- Saya tercengang bilamana seorang teman bertanya status kilang arak yang pada waktu kempen PRU lepas mahu ditutup PR. Kita tahu hakikat kilang arak tadi tidak ditutup. Yang saya tercengang, dan sedikit bengang, ialah bila ada komen (pro pembangkang-edited) kata hak kelulusan kilang arak tu dibuat Persekutuan, negeri PR cuma sedia tanah saja. Makna kata dah tahu yang kilang tu tak boleh ditutup sebab bukan hak negeri, buat apa waktu kempen dulu war warkan nak tutup? Satu segi tetap akan salahkan Persekutuan, satu segi lagi cuci tangan. Pada saya ini tidaklah sebab besar bagi menolak PR, tapi sebab kecil ini meyakinkan saya besarnya 'berborak' PR ni.
No comments:
Post a Comment
Sedapnya menulis komen?