Copy daripada FB saya. Perbincangan bersama rakan rakan.
'Saya selalu terfikir yang zaman sekarang pelajar pelajarnya
beruntung dengan adanya PTPTN. Zaman zaman dulu bila dapat masuk universiti
tapi gagal dapatkan biasiswa maka terpaksalah lupakan aja peluang.Macam Emak
saya sendiri.Terpaksa cari kerja dari Pontian hingga ke Muar.Kerja kilang aja
pun.Itu jumpa Ayah saya tu.Hehe.Saya dulu pun pernah terfikir kalaulah PTPTN
daripada pinjaman menjadi biasiswa, dan kemudian fikir fikir semula PTPTN itu
sendiri dah besar nikmat.Ramai anak anak Melayu yang dapat peluang untuk
mulakan langkah pertama ke peringkat pengajian tinggi dengan pinjaman PTPTN
ni.Saya salah seorang.'