Friday, April 2, 2010

PERGINYA DIN BERAMBOI (Mior Ahmad Fuad Mior Badri)

Aku terkesima pagi ni,bila kawan beritahu DinBeramboi meninggal....

Aku rasa sikit sebak dan rasa tak percaya...Baru semester lepas aku nampak kelebihan/potensi/bakat/kaliber Allahyarham melalui download program Spontan.Memang best lawak-lawak Allahyarham.Tak terfikir lawak macam tu boleh keluar,dan menjadi lawak yang betul-betul lawak.

Aku teringat pada awal-awal penampilan Din Beramboi dulu.Ada komen mengatakan gaya beliau kasar.Menggunakan kata nama 'aku' 'kau' dan 'bodoh' bila berkomunikasi dengan penonton.Jujur.Aku pun tak berapa gemar gaya macam tu.Tapi itulah Din Beramboi.Berani dan selamba.

Aku teringat dulu juga wujud satu majalah kartun(selain Ujang)yang menggunakan Din Beramboi sebagai maskot.Sekarang mungkin yang tinggal cuma nama saja.

Tak kisahlah apa yang lepas pun.

Pada aku Allahyarham ada kelainan berbanding pelawak segera atau pelawak-pelawak lain.

Din,we all love you.

Al-Fatihah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA