Monday, November 15, 2010

CELCOM BROAD BAND = DRAKULA..THEY SUCK!!

Salam

Minta pegawai yang dikatakan tersebut hubungi saya semula dan untuk pengetahuan saya telah panjangkan aduan saya pada SKMM semalam.

Terima kasih.

From: Careline
To: "oddmetalia@yahoo.com.my"
Sent: Tuesday, 26 October 2010 21:30:29
Subject: Re: Re: ATTENTION TO MANAGER-TIDAK BERPUASHATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN CELCOM BROADBAND ADVANCE PACKAGE(RM98.00)

Salam Sejahtera



Encik Muhammad Fahmi Taqiyuddin



Terima kasih di atas e-mel encik.



Pihak kami telah membuat siasatan menyeluruh berhubung aduan encik dan mendapati liputan bagi kawasan tersebut adalah terhad untuk liputan 3G.



Sehubungan itu, pihak kami telah membuat usul supaya kawasan tersebut dinaikkan taraf liputannya. Celcom telah pun telah pun merancang aktiviti penaikan taraf liputan dan dijangka siap pada akhir 2011. Untuk pengetahuan encik , kelulusan untuk membangunkan liputan di sesebuah kawasan itu akan mengambil kira beberapa faktor daripada pelbagai sudut oleh pihak yang berkenaan.



Salah seorang pegawai kami telah cuba menghubungi encik pada 26 October 2010,untuk memberikan penjelasan lanjut, namun ianya gagal.

Kesulitan yang dihadapi ekoran perkara ini adalah amat dikesali. Maklum balas encik amat dihargai dalam membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dari semasa ke semasa.




Terima kasih.


Nazrul Hadi Mohamad
Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Pengurusan Interaksi Pelanggan


Sent:Monday, October 25, 2010
To:Careline
From:oddmetalia@yahoo.com.my
Subject:Re: Re: ATTENTION TO MANAGER-TIDAK BERPUASHATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN CELCOM BROADBAND ADVANCE PACKAGE(RM98.00)

Salam sejahtera

Saya memberi tempoh sehingga Jumaat 22 Oktober 2010 yang lepas untuk menerima penerangan daripada pihak Celcom tapi apakah yang dibuat?Apakah pihak Celcom fikir saya bergurau?

Perlukah saya meneruskan aduan saya kepada SKMM dan pemberitahuan dalam forum-forum internet tentang kelemahan perkhidmatan Celcom?

Minta jawapan segera.

Terima kasih.

From: Careline
To: "oddmetalia@yahoo.com.my"
Sent: Thursday, 21 October 2010 0:31:51
Subject: Re: ATTENTION TO MANAGER-TIDAK BERPUASHATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN CELCOM BROADBAND ADVANCE PACKAGE(RM98.00)

Salam sejahtera.

Encik Muhammad Fahmi Taqiyuddin

Terima kasih kerana menghantar e-mel kepada Celcom berhubung perkhidmatan Broadband di Rimba Terjun, Pontian.

Siasatan terperinci telah dimulakan oleh Bahagian Rangkaian dan Operasi (Selatan) Celcom terhadap maklum balas encik. Sebarang semakan boleh dibuat menggunakan nombor rujukan kes: C101021-25169041.

Kami amat menghargai maklum balas yang telah diberikan kerana ia dapat membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa.


Terima kasih.



Irma Aneeza Sani
Pengurusan Interaksi Pelanggan
Perkhidmatan Pelanggan








Sent:Monday, October 18, 2010
To:Careline
From:oddmetalia@yahoo.com.my
Subject:Re: ATTENTION TO MANAGER-TIDAK BERPUASHATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN CELCOM BROADBAND ADVANCE PACKAGE(RM98.00)

Salam Hormat.

Dibawah disertakan maklumat yang dikehendaki. Minta diberi perhatian serius.

1. Nombor telefon bimbit / pelan data Celcom-0194514786/0194880317(BB)
2. Jenama dan Model Telefon bimbit / Kad Data 3G / Peranti lain yang digunakan / PDA / Komputer riba-VODAFONE K3565Z/DELL XPS M1530.
3. Sistem Operasi yang digunakan (Leopard/Tiger/Windows/XP/Vista -etc)-WINDOWS 7 ULTIMATE 32 BITS/4gb RAM/500GB HDD
4. Web browser yang digunakan? (Mozilla/IE/Netscape/Opera- etc)-MOZILLA FIREFOX 3.6.8
5. Tarikh dan masa berlaku -JUN/JULAI/OGOS/SEPTEMBER/OKTOBER 2010
6. Lokasi tuan/puan ketika mencuba perkhidmatan 3G (Alamat Penuh)-NO12,TMN RIMBA JAYA,RIMBA TERJUN,82000,PONTIAN,JOHOR
7. Isyarat liputan di skrin telefon bimbit atau di komputer riba tuan/puan-80%(EDGE/GPRS) 20%(HSDPA/3G)
8. Mesej yang tertera semasa masalah berlaku-NOT CONNECTED/POOR
9. Nombor alternatif yang boleh dihubungi-0174492860

Terima kasih. Minta balasan semula secepat boleh tentang apa langkah yang diambil pihak Celcom.

From: Careline
To: "oddmetalia@yahoo.com.my"
Sent: Monday, 18 October 2010 0:35:42
Subject: ATTENTION TO MANAGER-TIDAK BERPUASHATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN CELCOM BROADBAND ADVANCE PACKAGE(RM98.00)

Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Merujuk kepada aduan tuan/puan berhubung perkhidmatan Broadband, kami ingin merakamkan rasa kesal di atas kesulitan yang dialami.

Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan maklumat seperti di bawah bagi memudahkan pihak kami menjalankan siasatan lanjut dengan segera:

1. Nombor telefon bimbit / pelan data Celcom-0194514786
2. Jenama dan Model Telefon bimbit / Kad Data 3G / Peranti lain yang digunakan / PDA / Komputer riba
3. Sistem Operasi yang digunakan (Leopard/Tiger/Windows/XP/Vista -etc)
4. Web browser yang digunakan? (Mozilla/IE/Netscape/Opera- etc)
5. Tarikh dan masa berlaku
6. Lokasi tuan/puan ketika mencuba perkhidmatan 3G (Alamat Penuh)
7. Isyarat liputan di skrin telefon bimbit atau di komputer riba tuan/puan
8. Mesej yang tertera semasa masalah berlaku
9. Nombor alternatif yang boleh dihubungi

Maklum balas tuan/puan amat dihargai dalam membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Terima kasih.

Nazrul Hadi Mohamad
Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Pengurusan Interaksi Pelanggan

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA