Wednesday, March 30, 2011

Kasih Nya

1-Saya pada masa dulu mengaku agak sinikal tatkala membaca artikel kasihnya Allah SWT, kerana pada masa itu belum sampai hidayah Nya dan kelemahan akal dan nafsu saya.

2-Sekarang pada waktu saya sangat-sangat memerlukan tanah berpijak, rahmat Nya datang dalam bentuk ketenangan hati melalui beberapa amalan kecil yang saya termampu. Alhamdulillah.

3-Begitupun kedegilan dan nafsu tak sabar selalu juga membuatkan saya rasa was was. Astaghfirullah.

4-Ya Allah, hamba Mu paling jahat dan terhina ini meminta ampunan Mu Ya Allah. Kalau bukan kerana rahmat Mu Ya Allah, tidak dapat aku berdiri disini. Ya Allah,jauhkan aku daripada keburukan sesuatu yang aku minta kerana tidak aku ketahui hakikatnya. Sebaik-baik teman dan kekasih cinta adalah Mu.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA