Tuesday, March 22, 2011

PRIVATE BLOG

1-Apa terjemahan BM nya untuk 'private blog'? Blog persendirian? Terkawal? Terhad? Peribadi?

2-Ada beberapa blog yang saya faham memang perlu di letak status 'private' untuk isi kandungan yang samada lucah, ganas, rasis dan lain-lain.

3-Blog Abnormalsuam yang dulunya selalu saya masuki sekarang hanya untuk pembaca yang dijemput saja. Blog Fakir-fikir sekarang pun untuk pembaca yang dijemput saja tatkala tampalan ini dibuat. Apa lagi blog-blog lain, saya kurang ingat.

4-Hak mereka sebenarnya, cuma kadang-kadang rasa terkilan, kerana saya memang minat membaca hasil-hasil tulisan mereka seperti di blog Abnormalsuam, yang mengingatkan saya suasana kampung di utara tanahair, cerita-cerita hantunya dan lain-lain. Sekarang saya terpaksa mencari alternatif lain untuk mengisi masa tatkala melayari internet.

5-Bagaimana blog saya ini?Tak perlu letak 'private' pun kerana memang tidak ramai pembaca. Fakta.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA