Friday, June 10, 2011

USM Kubang Kerian

1-Alhamdulillah, walaupun mulanya tiada data permohonan kemasukkan universiti pada pihak UPU/KPT, rezeki dah ditetapkan Allah SWT. Adik saya dapat tawaran kemasukkan ke USM Kampus Kesihatan di Kelantan. Mujurlah USM mendapat status autonomi yang membolehkan pengurusan USM memilih sendiri bakal pelajar dan tidak melalui UPU/KPT. Kalau tidak entahlah. Mimpi ngeri agaknya.

2-Tidak sia-sia saya bising disini dan suratkhabar, walaupun usaha yang kecil, ada hasilnya. Syukurlah.

3-Pada pihak UPU/KPT, jangan buat silap lagi dimasa depan. Sediakan server, tenaga I.T yang boleh 'compete' dengan baik waktu ribuan permohonan online diterima. Jangan mengeluh dan membuat alasan disebabkan terlalu banyak permohonan yang masuk, berlaku kesilapan. Kalau permohonan bukan untuk dihantar pada UPU/KPT nak hantar pada siapa permohonan yang beribu-ribu tu?Ingat. Pemohon membayar untuk nombor unik ID. Bukan mengemis pada UPU/KPT. Pertingkatkan lagi perkhidmatan sebagai 'civil servant'.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA