1-Berjalan-jalanlah saya tadi mencari laptop baru. Kedai yang saya pergi adalah kedai 'Gold Partner' Asus, mudahnya memang digalakkan kalau mencari laptop Asus baik pergi ke kedai begini. Rujuk di-http://my.asus.com/ASUS_Website_Information/Where_To_Buy/
2-Berjalanlah saya ke dua kedai- Navotech dan Vycon.
3-Di Navotech saya bertanya tentang model A43SJ-VX259 (i5,GT 520M 1gb,2gb RAM,14'',640gb HDD, USB 2.0, 2 years warranty). Saya ada menelefon kedai 'Gold Partner' yang lain di Batu Pahat ini, ada yang mengatakan model ini sudah kehabisan dan ada yang perlu memesan dulu. Harga semua sama- RM1999.
4-Di Vycon saya dihadapkan dengan sebuah model baru (ada dalam katalog terbaru Asus untuk September-Oktober 2011) A43SJ-VX498V (i5,GT520M 1gb, 2gb RAM, 14"640gb HDD, USB 3.0, 2 years warranty). Harga-RM2099.
5-Untuk kedua-dua model ini saya memang mahukan naik taraf 2gb RAM ke 6gb RAM, tambah lagi RM80-RM100.
6-Balik saja ke bilik, saya terus google mencari maklumat tentang laptop ASUS A43SJ-VX498V(I5, 2gb RAM,GT 520M 1gb,640gb HDD,USB 3.0, 2 years warranty):-
1-Vycon Tech Sdn Bhd(BP) -RM2099 (+RM80 'upgrade' tambah 4gb RAM lagi)
2-Lelong.com.my- RM1899 (http://www.lelong.com.my/asus-a43sj-vx498v-14-a43sj- series-notebook-I1058554-2007-01-Sale-I.htm)
3-Techzone.com.my-RM1999 (http://www.techzone.com.my/product.php?id_product=364)
Jarak beza RM100-200. Model sama. Banyak tu beza harga. Model ini didatangkan dengan beg percuma, jenis jinjit. Kalau jenis macam sandang belakang perlukan antara RM100-200 lagi dana tambahan.
7-Saya fikir jika mengambil model VX259 tadi, bolehlah beli beg sandang belakang. Kalau VX498V memang perlu tambah duit lagi.
8-Bajet saya-RM2200. Alang-alang membeli dan mahu pakai lama.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
2 days ago
No comments:
Post a Comment