Sunday, October 2, 2011

Rancangnya

1-Jumaat lepas jam 3 sepatutnya saya dan penyelia, dibantu seorang senior PHD tahun 2, berbincang tentang proposal saya.

2-Okay, saya mengaku saya hantar proposal tersebut mengikut format UTM dan saya tersilap perkiraan, sedikit, kerana menyangkakan proposal itu boleh diubahsuai 100% kemudian. Bahasa mudahnya proposal asal dihantar untuk di HANTAR. Kesilapan saya.

3-Tapi saya tegaskan disini, walau tiada siapa peduli, saya memang berminat untuk pengkajian tajuk proposal saya itu. Dilemanya ialah- Lean Construction atau Sustainable Development/construction?

4-Esok jam 8 setengah pagi adalah waktu pindaan dari hari Jumaat lepas. Harapnya sesuatu yang baik akan terjadi.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA