Wednesday, January 11, 2012

Sekitar hidup

1-Saya berutus emel minggu lepas dengan mereka yang berautoriti, berkenaan pembentangan proposal tesis. Di UTHM, mengikut balasan emel, kami pelajar Penyelidikan dikehendaki paling kurang 2 kali sesi pembentangan. Paling kurang dan tergantung pada SV.

2-2 sesi itu satu daripadanya untuk pertahankan proposal dan yang satu lagi ialah progres. Saya kira kalau mahu bentang lebih lagi pun boleh bergantung pada diri sendiri dan lampu hijau daripada SV. Nantilah, proposal pun masih ke laut lagi.

3-SV dahulu ada menawarkan tawaran mengajar sambilan di UTHM cuma sekarang baru saya rasa nak terima. Sebab? Nak kahwin-dengan orang dulu atau Gibson Les Paul dulu, tengok mana rezeki datang dulu.

4-Saya ada terfikir memandangkan pengajian saya tiada cuti semester atau cuti cuti khas lain (kecuali dipohon), bagaimana keadaan kalau kalau pelajar ijazah muda dan Msc campuran bercuti? Kampus akan kosong, perpustakaan tutup, kafe tutup dan paling menjadi isu ialah blok sewaan akan tinggal kosong. Blok 3 tingkat dengan setiap tingkat anggaran 16 bilik kosong dan cuma ada 2 pelajar penyelidikan- saya dan seorang lagi bekas pelajar UMS. Teringat cerita seram......

5-Kemudian masuk pula pelajar Diploma baru UTHM. Semester mereka mungkin berlainan dengan ijazah muda dan Msc campuran. Mudahnya waktu cuti semester nanti blok sewaan tidaklah kosong. Haraplah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA