1-Dahulu pada waktu Msc saya, pernah sekali laptop Dell XPS M1530 saya mengalami kerosakkan internal HDD yang menyebabkan kerja dan koleksi jurnal saya hilang begitu saja. Hampir saja saya mengalami masalah besar pada semester akhir Msc saya itu.
2-Belajar daripada pengalaman, semua kerja samada siap, separuh siap, tak siap siap dan belum ada idea lagi (cuma bentuk kasar) adalah elok disimpan dibanyak tempat-pendrive, external HDD, emel, simpanan Windows Live etc.
3-Tapi kalau tak sempat simpan? Teringat cerita ngeri seorang pelajar PhD yang kehilangan semua datanya kerana kerosakkan komputer.
4-Saya pernah juga nampak di blog seorang blogger serius yang menggunakan 2 laptop untuk bekerja. Nampaklah kekusutan kajian beliau menuju siap.
5-Saya bercuti sekarang. Esok naik semula bekerja. Oh ya, laptop saya mula crash di waktu ia start. Death screen samada biru, hitam, warna pelbagai adalah death screen. Rasanya desktop lebih sesuai pada masa depan.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment