1-Kebarangkalian tinggi buat saya yang tidak sesuai mencatatkan perkara ini disini, sesuai status saya yang ke bulan terawang ditanah terapung.
2-Saya paling tidak boleh menerima pernyataan masing masing nak selamatkan diri sendiri saja. Biarpun saya juga menyedari sebab sebab perlakuan begitu.
3-Soalnya sampai bilakah kita membiarkan sesuatu yang tidak betul berjalan sedang kita melihat mendengar saja tanpa mahu membetulkan?
4-Politik. Dalam semua lapangan.Dalam lapangan saya ialah universiti (tidak ditujukan khas pada Alma Mater saya sekarang).
5-Cantas mencantas yang seolah olah tidak menggambarkan minda intelektual. Tidaklah saya terlibat kerana saya lalang dipadang pasir dipantai saja. Cuma saya punya hati buat menilai baik buruk.
6-Dan tidaklah saya mahu menjadi wira cuma terkesan juga dengan mereka mereka yang berpolitik lebih daripada akuan Berkhidmat untuk Negara.
7-Paling teruk ialah janji beramai ramai mengubah keadaan, tatkala menghampiri konflik beransur ansur berkurangan jumlah.
8-Infrastruktur kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.
9-Saya melihat, mendengar dan mengambil iktibar. Bak kata seorang pensyarah saya di USM 'hang bukan nak selamatkan dunia. Dapatkan your degree sudahlah'. Ironik. Biarpun terselit sebuah kebenaran.
Masa lalu yang takkan berulang
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment