Monday, September 10, 2012

Bahasa Inggeris dalam kampus universiti

1-Dulu saya dan rakan rakan, terutama rakan Kelantan, sering mempertikaikan penggunaan Bahasa Inggeris (selepas ini BI) di universiti kami. Saya tidaklah begitu ekstrim kerana ada juga asas yang sedikit solid dalam BI. Agak kasihan juga pada diri saya dan rakan sebilik saya kerana kami sering menjadi sasaran membantu menyiapkan tugasan BI kawan kawan, terutama saing Kelate saya. Tidak mahu ditolong tidaklah patut. Sedang selepas meminta kami membantu menyiapkan tugasan, kawan kawan tadi hilang dengan gewe mereka...........Karma is a 'punk'.

2-Begitupun yang saya lihat, agak tidak berapa majoriti antara kami yang berusaha mempertingkatkan penguasaan BI kami. Kedatangan ke kelas BI, pada sesetengah antara kami, juga kerana mengejar agar tidak di banned menduduki peperiksaan semata.

3-Sebagai pelajar universiti yang diajar konsep no spoon feeding, kami mencari ikhtiar bila berdepan dengan blok BI ini. Samada membeli kamus Besta (untuk kaum Cina), membeli kamus (untuk kaum Melayu) atau menggunakan perisian terjemahan. Dalam 1 segi ia bagus mengajar kami berusaha tatkala 1 segi lain mengajar kami budaya hentam keromo. Ini kerana sebagai pelajar kami terkenal dengan last minute.

4-Selalu juga, dalam tugasan berkumpulan, antara kriteria menjadi ketua kumpulan ialah pengetahuan BI yang lebih. Jadi dapat dibayangkan tugasan ketua antaranya mencari grammatical error dalam tugasan disamping membetulkan perkara lain.

5-Ada juga kawan yang meng update status FB berkenaan beza pelajar majoriti dan minoriti dalam kelas kelas diuniversiti. Iaitu majoriti terpaksa mengikut minoriti yang foreigner. BI lah apa lagi.

6-Sekarang saya nampak kebaikkan penggunaan dan penekanan BI dalam universiti. Tidaklah tahu jika anda mahu membidas pernyataan saya ini kelak. Kebaikkannya ialah buat penyebaran budaya ilmu.

7-Maksudnya sesuatu budaya akan menjadi satu identiti pada bangsa dan negara. Apatah lagi berkaitan budaya/displin keilmuan. Ia pasti mengambil masa untuk kekal dan diterima ramai.

8-Telah ada kenyataan berbentuk hipotesis yang mana pusat keilmuan dunia akan berpindah ke sebelah Timur sini. Bukan lagi berlegar didunia barat. Kenyataan ini saya dengar diwar warkan pada satu persidangan di German beberapa hari sebelum ini. Saya mendengar daripada autoriti kuat universiti sendiri.

9-Jadi persoalan sekarang bersedia atau tidak kita mengehadkan peranan Bahasa Melayu demi penyebaran dan pengukuhan ilmu pengetahuan dirantau kita, khasnya diinstitusi pengajian tinggi kita? Jujurnya saya tidak nampak 1 pelan memperkukuhkan Bahasa Melayu kita andai kata benar pusat keilmuan dunia akan berpindah ke sisi kita kelak.

10-Janganlah bersangka buruk pada saya. Maksud posting ini sekadar menjentik nakal minda minda kita. Saya langsung tidak mampu mengubah apa pun dasar sedia ada. Pendapat peribadi saya terlalu mixed feelings. 1 soalan saya ialah kenapa UMNO? Bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Ia berbau politik mungkin. Tapi sangat dekat dengan akar budaya kita.

11-Saya boleh membantu anda mengetahui isi pemikiran saya tapi saya tak dapat membantu tahap pemahaman pemikiran anda. Wallahualam.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA