Wednesday, September 24, 2014

Berbual

1-Suatu masa saya mengikut seorang senior, semasa di USM, untuk bertemu dengan upline MLM beliau (proses menghasut pelajar pelajar universiti dengan bekal PTPTN). Kami bertemu di Restoran Khaleel depan USM pintu Bukit Gambir.

Berbual berbual, upline tadi adalah seorang alumni UIA. Nampak agak mewah juga dengan style, dan dimasa orang masih belum ada 2 ke 3 tiga telefon seperti hari ini, upline tadi dah mula dulu dah.

Jadi kemudian kami berbual tentang prospek MLM, tapi sebelum pergi jauh, upline tadi memintas kata, begini- 'Kita ni bercakap tentang bisnes yang potensi ratus ribu malah juta pun boleh. Takkan nak cakap tentang hal macam ni kat restoran mamak?'

Sampai sekarang saya gelak bila teringat senior saya tadi ini. Beliau tidak meneruskan MLM ini, tapi kemudian menyertai entah MLMlain pula yang bertemakan restoran, kemudian dengarnya menguruskan akaun syarikat luar negara dan macam macam lagi. Agak berjaya hidup, tapi bukan sebab MLM.

Jauhilah MLM, cong aja semua tu.

2-Semasa darjah 4, saya mengambil kelas tuisyen Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di Rambah. Salah seorang anak jiran sebelah cikgu tuisyen saya ini, India, juga bersama sama belajar. Sebulan RM50 aja. Dulu RM50 ni besar nilainya. Bila minta Ayah duit untuk bayar yuran tuisyen, takut betul kalau duit hilang. Depan pagar kelas tuisyen baru dapat pegang duitnya. Tak sampai 10 minit bertukar tangan dah. Teringat ada seorang kawan perempuan, yang setiap kali masa bayar yuran akan meminta tangguh. Ayah kerja sawit. Kesian dengar. Cun juga. Kali terakhir jumpa waktu PLKN 2004. Muka dah macam Amoi tapi mata tak sepet.

Balik pada kawan India tadi, ada sekali Deepavali, kami sekelas tuisyen- dalam 4 ke 5 orang saja, pergi ke rumah kawan India tadi. Sebelah rumah aja. Minum air gas, nak makan takut takut. Kunyah maruku.

Jadi salah seorang kawan tuisyen saya yang lain, Mamat namanya, mengenakan kawan kami yang India tadi. Nama kawan India tadi saya dah lupa, ini cerita tahun 1996 dulu. Kami memang bergurau agak advance untuk pelajar darjah 4.

Satu demi satu perkataan disebut Mamat yang kemudian diulang kawan India tadi.

Mamat mengajar kawan India tadi mengucap 2 kalimah syahadat.

Tidak mahu kalah, kawan India tadi meminta pula Mamat menurut apa yang dicakapnya. Kemudian dikatanya Mamat dah masuk Hindu.Saya dan kawan kawan lain tergelak aja.

Tak lah. Tapi kawan India ni kalau keluar daripada rumah masuk ke kelas tuisyen, menurut cakap Cikgu tuisyen sendiri, memang dia beri salam Assalamualaikum.


No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA