Showing posts with label ILMU LP. Show all posts
Showing posts with label ILMU LP. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Ilmu LP

Disclaimer-Saya tidak memiliki sebahagian besar informasi, asal usul, gambar foto dan apa-apa yang mungkin diketengahkan kelak bertujuan atas isu hakcipta atau apa-apa sebab yang jelas.

Tujuan penulisan ini ialah untuk memperkayakan Bahasa Melayu selain kepentingan pengetahuan awam dan bukan atas dasar komersial.


Tumpuan akan diberikan pada gitar keluaran Gibson dengan model Les Paul (Standard/Custom) kerana:
  1. Saya mula mengkaji sedikit sebanyak berkaitan pemalsuan gitar ini melalui jenama dan model disebut diatas;
  2. Telah wujud budaya mengiklankan gitar tiruan/palsu/bohong ini di Malaysia dan perlunya kesedaran dan ilmu sebelum lebih ramai menjadi mangsa, dan anda sendiri mungkin terdedah pada risiko;
  3. Apa-apa saja diatas sebab yang jelas

Anda boleh mendapatkan informasi lebih di internet bagi menambahkan pengetahuan, kerana di Amerika anda, ilmu anda berkaitan sejenis gitar saja memungkinkan anda menjadi pakar rujuk yang penting.


1-Definisi 'fake'- having a false or misleading appearance/one that is not genuine or authentic.

2-Definisi 'replica'- copy or reproduction of a work of art produced by the maker of the original or under his or her supervision/any close or exact copy or reproduction

3-
Syarikat Gibson adalah antara pemain utama/pemuka dalam industri gitar dunia. Gitar-gitar keluaran mereka terutama yang direkabentuk pada tahun 50 an mendapat sambutan yang sangat hebat hingga ke hari ini. Model Les Paul dikeluarkan pada 1952 (Gold Top) dan kemudian Custom dan model Junior (1954), dan model Standard (1958).

LP Goldtop 1952 with trapeze bridge



LP Custom with P90 (VOS pic)


Pic says it all


4-Model-model seperti Les Paul (LP),SG,Explorer,Flying V dan sebagainya telah menjadi rekabentuk yang diminati ramai sementelahan ramai pula golongan artis pelbagai genre muzik yang menggunakan alatan muzik keluaran Gibson.

5-Jika dilihat sambutan masyarakat sekarang pada gitar keluaran Gibson seperti LP sendiri, agak ironik kerana sewaktu dikeluarkan dahulu pada tahun 50 an ia kurang mendapat sambutan hingga dihentikan pengeluarannya pada 1961.

6-Namun apabila pemuzik-pemuzik legenda mula menggunakan LP, seperti Eric Clapton, Michael Bloomfield, Jimmy Page, Peter Green,Keith Richard dan ramai lagi-Gibson telah mengeluarkan (reissue) semula gitar LP tadi pada 1968.

7-Maka gitar-gitar buatan sebelum tahun diberhentikan itu telah menjadi buruan ramai orang samada peminat artis-artis legenda itu, pemuzik, pengumpul dan lain-lain.

8-Perlu diterangkan disini, penulisan ini lebih berat pada model LP standard dan LP Custom kerana 2 model ini sangat digilai dan paling terkenal. Dan inilah antara model yang banyak dipalsukan dan dijual sebagai asli (dengan harga premium).

Bersambung.


Monday, October 24, 2011

Pengenalan

Model Les Paul custom. Joe Wings antara yang mahsyur menggunakannya


1-Kemudahan internet membantu pengetahuan/ informasi/ maklumat dll tersangat mudah. Seperti mengetahui hakikat adanya zarah yang dilihat sangat kecil hingga perlu alat bantu penglihatan, hakikatnya jika dilanggar zarah itu- NUKLEAR. Subhanallah.

2-Saya mahu jika boleh, memberi sedikit ilmu berkaitan pengenalan dan pembezaan gitar-gitar terutama Gibson Les Paul pelbagai model yang mungkin memasukkan bakal pembeli dalam statistik tertipu membeli gitar palsu, paling celaka (dengan keizinan) jika membayar harga premium.


Model Les Paul Standard Flame top. Ini idaman utama saya. 'Burst color' pastinya

3-Saya mulakan dengan sebuah cerita- di Pontian Johor pada tahun 2004/2005 dahulu, seorang penduduk kami tidak mengetahui apa yang dalam pemilikannya, maksud saya nilai barang miliknya itu. Sebuah gitar.

4-Tidak diketahui apa sebabnya, beliau ini mahu menjual gitar tersebut pada sebuah kedai. RM300.00(tiga ratus Ringgit Malaysia sahaja). Anda mahu tahu apa gitar yang dijual? Gibson Les Paul original USA. Model apa saya tidak pasti. Sumber cerita ini saya dengar daripada seorang abang sepupu saya yang terlibat dalam bidang audio disekitar Pontian dan daerahnya.


Model Les Paul Studio

5-Anggaran harga Gibson Les Paul Studio bermula dalam RM3000-4000(anggaran saya), model Standard RM14,000(ini saya lihat di Evo Music, Penang), model Custom RM15,000-25,000. Bukan harga rasmi. Ini anggaran saya untuk memberi anda pengetahuan berapa nilai sebenar gitar ini. MAHAL.

6-To the next posting, later. Insya Allah.


p/s-saya memang peminat Gibson Les Paul.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA