1-Dibuka Disember 2010 yang lepas.
2-Ikut apa yang saya Google, ada yang sudah menerima biasiswa ini pada Februari 2011(RM2300(bulanan)+RM24000(yuran)+++).
3-Selepas penghantaran dokumen, proses mengambil masa 2 bulan untuk duit dimasukkan ke akaun (kalau dapat biasiswa).
4-Risau juga fikirkan memandangkan saingan yang ramai, tapi rezeki Allah SWT tentukan. Niat yang baik Insya Allah baiklah dapatnya.Saya tunggu setahun untuk menyambung PHD (kawan-kawan luar negara begitu mudah menyambung PHD, sabar banyak-banyak, mesti ada hikmah).
5-Minggu depan bercadang selesaikan semua urusan penghantaran dokumen untuk PHD. Saya pilih UTHM dan UTM untuk permohonan. Jangkaan kemasukkan (kalau ada rezeki, Insya Allah) ialah pada September atau Disember 2011. Mana-mana pun saya tak kisah, yang penting dapat(seterusnya hidup kembali stabil,Insya Allah). Ya Allah bantulah hamba Mu ini.
6-Kalau-kalau ada yang berminat menyambung ke peringkat Sarjana/PHD kelak, nasihat saya PNGK jangan jatuh bawah 3.50. Pengalaman. Pengalaman.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
3 days ago
No comments:
Post a Comment