Friday, April 20, 2012

Proposal Defense II

1-Alhamdulillah. Saya berjaya melepasi Proposal Defense untuk proposal tesis saya tadi. Jam 9.46 pagi.

2-Panel yang hadir daripada 3 disenaraikan, cuma 2 dapat menghadirkan diri- Dr Lokman dan Prof Shakri.

3-Input input diberi mereka dapat juga membuka pemikiran saya yang agak kusut kebelakangan ini. Terima kasih. Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.

4-Bersungguh sungguh, itu nama kedua saya selepas ini. Insya Allah. Minta doa teman teman yang sudi menjenguk baca blog saya yang tak semenggah mana ini.

5-Kalau ada pelajar yang mahu mendapatkan tips untuk Proposal Defense mereka, samada Master atau PhD, saya sukacita menulis disini supaya
  • Pastikan idea anda sangat sangat jelas (termasuk pernyataan masalah,kaedah penyelidikan (ini antara bahagian kritikal), tersusun dengan teratur dan mampu mendatangkan perasaan puas hati (impressed) pihak panel penilai.
  • Tidak semestinya slide power point mencapai berpuluh puluh, saya pun cuma 24 slide saja dan seorang kawan Master, lagi handal-10 slide saja. OK kalau anda mahu buat juga slide sampai berpuluh puluh (ada yang saya lihat 40 hingga 60 lebih slide), tak ada masalah.Cuma had masa perlu ingat. Anda perlukan input daripada panel, dan input itu yang penting sebenarnya, bukan penyampaian anda yang mesti nak cukup cukup masa yang diberikan (saya mengambil 46 minit daripada 1 jam masa diberi-25 minit untuk pembentangan dan baki soal jawab dengan panel), tapi pandangan daripada panel sendiri.
  • Bergantung pada nasih anda juga untuk pemilihan panel. Manusia pelbagai ragam. Kawan kawan saya mendapat beberapa orang panel yang menyoal hingga si kawan tadi 'blur' sejauh-jauhnya. Jujurnya bersedialah sehabis baik daripada slide 1 hingga habis.
  • Bagi beragama Islam, solat wajib, solat sunat hajat dan zikir adalah pelengkap diri terbaik. Doa mintalah pada Allah SWT agar dimudahkan. Ingat Allah SWT waktu senang untuk Allah SWT ingat kita waktu susah. Jujurnya kalau Allah SWT kehendaki, apa saja boleh jadi.
  •  Kalau boleh sampai awal ke tempat pembentangan. Untuk belajar penggunaan projektor. Serius.Waktu saya sampai ke bilik tutorial (tempat pembentangan) tadi, cuma saya dan seorang panel- Dr Lokman, yang bertungkus lumus memastikan projektor berfungsi. Nampak macam remeh, tapi silalah belajar serba sedikit hal teknikal alat bantuan mengajar ini.
  • Kalaupun 'blur' tak dapat jawab, buat buatlah ikhlas mengambil catatan pandangan panel panel anda.
  • Tahniah saya ucapkan untuk anda yang akan melakukan Proposal Defense kelak.Janganlah risau sangat kalau anda bersedia dari awal. Kadang kala nasib juga memainkan peranan.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA