Sunday, April 22, 2012

Tak boleh blah disini



1-Baru mendapatkan ROTTW terbaru dengan cover Cromok. Membaca temuramah, jujurnya patut lebih padat lagi- saya berminat sangat sangat nak tahu lebih detail tentang Cromok semasa mereka di Wollogong dulu. Dan berkaitan Arwah Din. Saya juga mendapat tahu seorang sekarang pensyarah di UTM pernah menjadi rakan muzik garaj mereka dulu. Maklumat maklumat beginilah yang patut diketengahkan. Ia membuatkan penceritaan menjadi lebih 'mahal'.

2-Cromok, senjata rahsia metal Malaysia. Lagu I don't belong here, punyai nilai sentimental pada saya.Dan saya selalu mengulang lagu lagu yang pada saya anthem dalam hidup hidup saya sebagai- music sure catch a moment. (band kami memainkan lagu ini untuk malam Archi nite HBP USM, esoknya saya dan band saya telah menjadi hero pusat pengajian kami. Saya sendiri diberi senyuman manis oleh seorang senior perempuan yang menjadi tumpuan pelajar pelajar lelaki. He......)

3-Jujurnya Cromok, dengan kembalinya Chot telah lengkap. Jika saya minta mereka keluarkan album baru pun, konsert reunion mereka yang lepas pun tidak saya hadiri, jadi saya doakan yang terbaik pada kumpulan legenda ini.

4-Oh Sam asal Johor rupanya.



No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA