Resit pembaikan motor TZM aku.Kira ok la banding bengkel Cina.Kalau nak murah semua benda susah la jugak kan? Minggu lepas aku pi hantar motor di Kepala Batas mengikut Abang YDP NBC En Masry Che Ani@PP (terima kasih Bang belanja makan).
Lebih tepat di Nazri ( ka Nazree kut ejaannya) Motor di Kampung Padang,Lahar Kepar,Kepala Batas,England,Pulau Pinang.Dekat dengan masjid Kampung Padang tu.Bawak-bawaklah ke masjid.Sebelum kita yang dibawak.Hehe.
Bos nya dikenali ramai sebagai Ba(Bang) 'E.Bengkel Melayu kita.Dibantu pekerja-pekerja Melayu yang muda-muda.Aku suka gaya sorang pekerja dia,yang dipanggil 'Ustaz',sempoi ja.Umur baru 20,tapi terer bikin motor(bagus2).Kerja depa ni kira halus la.Tak tipu-tipu punya mengikut penerangan Abang PP.Aku setuju.Depa ni bukan kira untung sangat,tapi nak berkawan ramai orang.Bagus gitu.Kalau bengkel Cina...... majoriti huh.Servis karburetor pun RM38.Tobat kawan.
Aku hantar hari Rabu minggu lepas dan hari ni Isnin(18/1/2010) aku dapat motor aku.Memang nampak macam lama depa bikin motor aku ni.Tapi banyak la depa bikin.Aku puas hati jugakla.Waktu aku sampai 'Ustaz' dok pasang 'fairing' M aku.
Paling best depa boleh servis barang-barang yang kebiasaannya kalau pi kedai Cina depa kata 'sula losak la ini balang,lu kasi tukar la,tidak losak oo lu punya motor'(cilakak).Contoh macam servo,radiator,dan entah apa lagi aku lupa.Kat kedai Ba'E ni dia boleh servis kan part-part tu,kalau memang barang tu betul-betul dah taraf 'scrap' baru dia cadangkan tukar.
Dia rekomen barang ori atau at least brand 'OEM',dia tak mau kalau tukar lokal nanti customer susah,pasal dia pun dapat susah jugak customer asyik ulang-alik je.Fahamlah kan?Tapi harga boleh bincang la ikut bajet kita masing-masing.
Mengikut yang aku baca kat web NBC-http://www.nusantarabikersclub.com/html/index.asp- bengkel ni pakar dengan sistem YPVS.Aku setuju lagi.Waktu aku sampai 1st time bersusun TZM disertai NSR sebijik.Ada jugak motor-motor cub,biasala.Aku nampak jugak fairing skuter VS pun ada.Second time aku pi lagi nak ambik motor,sebijik RD 125 Ba'E dok tukang.
Kalau naik bas dari Butterworth,hangpa cari bas Rapid Penang nombor 601 atau UTC (Butterworth-Sungai Petani dan nombor bas aku tak pasti).Tambang baru RM 2 lebih je.Jangan risau ,kalau-kalau takut terlajak ka sesat ka.Ni panduan aku bagi kalau naik bas-JANGAN MALU BERTANYA.He.
Bas akan lalu depan Taman Wira,terus lagi,terus lagi,lalu Bagan,terus lagi,lagi,lagi,lagi sampai Pekan Kepala Batas.Sabar.Belum sampai lagi.Biar bas jalan lagi.
Nanti kat depan hangpa jumpa papan tanda 'Lahar Ikan Mati' depan lagi sikit ada papan tanda '<-Lahar Kepar ' haaa siap ready nak turun.Depan situ simpang 3.Kat situ ada sederet kedai makan(jual bihun kedai 1st sekali).Berhenti situ.Kalau tak faham juga tanya penumpang lain,tak payah tanya drebar depa bukan tau sangat jalan-jalan situ.Aku tau la,aku dah kena. Kalau tak mau jalan kaki macam aku dekat 3 km nak ke Kampung Padang call bengkel Ba 'E (04-5759315),depa boleh hantar orang pi ambik.Tada hal la.
Kalau naik kenderaan sendiri.Hangpa cari highway Alor Setar.Masuk simpang Kepala Batas.Lepas tol ada traffic light.Masuk kanan.Terus.Jumpa traffic light lagi.Masuk kanan lagi.Terus.Sampai la dekat area Lahar Kepar masuk kanan(simpang 3.Ada kedai makanan sederet.Ada tali air sebelah kanan).Terus masuk,jalan sampai jumpa papan tanda KAMPUNG PADANG.Depan sikit je ada papan tanda tepi jalan belah kiri 'Nazri Motor Abang E Pondok Maxoil ada dijual disini',masuk kiri.Terus je.Nampak la dalam 100 meter dari papan tanda kedai tadi.Sampai la.
Depa cadangkan brand Maxoil(keluaran Bumiputera).Ba'E kata even Shell VSX pun karbon banyak.Aku beli sebotol rega RM20 nak try.Teka mana satu taukey?Bengkel Abang E pondok(memang pondok) p/s gambar blur
Bengkel tepi sawahNi la Bang E
Nsr pun ada.
Part untuk model ni memang mahal.PehhhAku puas hati la dengan TZM aku sekarang.Prestasi kira ok la.Aku cadang dimasa depan nak tukar blok pulak.Cari Y1 murah-murah.Berdesup pergi macam motor Abang PP.
Motor aku setelah siap dibaiki.Hehe.
(kredit Majalah Roda-Roda) p/s-
1.Bengkel ni tempat lepak orang-orang kampung
2.Terima kasih kat Wan dok hantar aku pi balik Penang dengan TZM dia.
3.Terima kasih kat semua.
4.Terima kasih paling besar sekali kat Mak aku pasal Mak yang bagi aku duit nak bayar (RM500)
5.Aku baru tau teruk dah aku kena main dengan bengkel Cina.Piston lokal kata ori.Tak guna.Sekali cas RM600++.Barang lokal semua.Takpa la aku jumpa bengkel TZM yang baik punya even jauh tapi puas hati.