Monday, February 22, 2010

Cakap pasal gitar

Waktu cuti itu hari,aku try beberapa modes. Tak sangka rerupanya pilihan note dan pattern berlainan ni sedap juga.Patutlah ramai gitaris solo bila menggoreng cantik je notes depa.

Rahsianya pada susunan.Tak perlulah kompleks sangat.Tapi kalau tanya apa modes yang aku try tu hari.Jawapan klasik 'aku tak tahu'.

MENTAL BLOCK

Balik Cuti Raya Cina.

Objektif
1-Buat tesis chapter 2
2-Buat RMT 556
3-Tunggu respon bebudak Cina untuk RMB 513.

Hasilnya
#1-Hampehhhh penat je bawak buku ISO banyak-banyak...Layan gitar je banyak
#2-Ok.Berjaya dihantar pada Jazmi.Reference je tinggal.
#3-&5^%$#@*( !!!!

Tuesday, February 9, 2010

Bila kita sendiri tak serius.Aku kau,sama la!!!!

Aku pun jenis malas juga. Tapi tu cerita lain. Yang aku nak sembang kencang kat sini ialah peniaga-peniaga Melayu tentang sikap mereka.

Ada satu masa aku call sorang Brader ni, nak tukar plug motor,pasal aku memang tak reti tukar plug, jadi daripada menyusahkan diri sendiri buat benda yang aku tak mahir dan kemungkinan menyebabkan fairing motor aku(original) berharga 500 keatas mengalami kerosakan lebih baik upah orang(ni pendapat yang ditulis jurulatih jutawan ni-Azizi Ali). Tak silap aku hari Ahad.Weekend la yang pasti masanya.

Memang la ada kata hari Ahad orang nak rehat kat rumah. Kalau gitu buat apa kau tampal sana-sini name card kau kalau time orang panggil kau kata 'Tak dan la Abang tunggu'.Lat-last aku call Cina motor Sungai Dua,cakap senang je.Terus sampai.Even kena cas lebih sikit tapi ok la, tidak macam mana aku nak bergerak?Bas bukan ada waktu tu. Aku pun jenis tak bayar duit bas dah sejak berapa sem lepas. Membazir je bayar pasal sejak sem 2 aku dah bawak motor sendiri.

Ada lagi insiden yang aku bengang dengan so call entrepreneur Melayu ni. Aku text sorang brader ni.Jam dekat tengah-tengah malam.Aku saja la nak tau harga gitar yang dia dok war-warkan sebagai murah.2 bijik SX rega 1000 lebih dalam iklan dia.Tapi bukan model yang aku nak.Dia boleh reply 'Esok je la kita bincang.Saya nak tidur ni'.

Laaaa.....Last2 rezeki aku dapat jugak gitar idaman aku dari orang persendirian (orang kaya.Melayu kita tapi bukan peniaga). Harga jauh lebih murah dari mana-mana kedai.RM280.Mana nak cari?

Aku selalu dengar la kalau Melayu berniaga mesti ada je masalah sikap. Lepas tu mesti ada yang kata sokonglah peniaga Melayu,okay bila orang sokong apa dapat balik?Sakit hati. Kita semua tau lah benda-benda macam ni memang jadi. Munafik la kau kata tak jadi gitu!!!Tak semua tapi ramai. Kau rajin-rajinlah berjalan sikit. Tengok sendiri.

Aku pun tak suka bangsa lain atau pendatang lebih kaya daripada orang Melayu yang sekaum seagama dengan aku, tapi macam biasalah....semua macam lalang ditiup angin.

Apa penyelesaian?

Pada aku sistem pendidikan patut diubah. Ini pun benda yang dah selalu diperkatakan. Malas aku nak taip. Gunalah sel otak sendiri.

Wednesday, February 3, 2010

Antara rasa yakin dan berhati-hati

Selalu kalau apa yang aku nak buat,kalau rasa yakin memang aku buat dan hasilnya Alhamdullillah.Tapi bila dah tengah nak yakin tu jadi 100%,mest ada isyarat hati yang mengatakan kalau aku buat gini jadi apa,kalau aku buat macam ni pulak jadi apa pulak kang?Kira aku menggunakan otak untuk calculate risk.

Lecturer aku pesan kalau tak yakin jangan buat langsung.Kadang rasa macam ekstrem je pesan Lecturer aku ni.Tapi aku rasa applicable jugak.Hak kita.Suka kita lah.

Jadi sekarang ni aku rasa nak tidur jap.Yakin boleh!!!!!

p/s-baru balik Queensbay

Apa yang aku rasa

Hari ini kelas agak bosan.Walau cuma 2o lebih slide power point,tapi bosannya yang amat.Tapi aku ambik jalan bijak.Aku salin sikit-sikit nota berkaitan assignment yang akan dibagi hujung kelas nanti.OK.Dapat la juga esen apa yang di lecture kan hari tu.Aku tak da la kata lecturer tu bosan,tak.Lecturer tu ok,cuma mood aku hari tu memang malas........Dah la semalam pun........Emmmm.......

Kalau nak fikir beban kerja memang bertimbun.Tambah pulak semua data aku hilang bila format laptop tu hari.Apa la nasib.Disk D tak dapat backup.Hilang semua kerja-kerja aku dari semester 1 degree lagi.External harddisk yang aku buat backup pun tak dapat detect,sejak aku bagi member aku isi filem dengan lagu sem lepas.Aku redha ja.

PTPTN pun satu la.Aku bukan tak bersyukur dapat pinjaman,ya la aku memang tak layak dapat JPA atau apa-apa biasiswa pun,Pointer aku 3 lebih je.Tapi awat la lambat sangat PTPTN ni.Depa salahkan IPS USM.Yang jadi mangsa kami student master.

Ni dah bulan 2 dah ni.Duit tak nampak-nampak lagi.Faedah tinggi.Nasib aku tak hantar lagi borang penangguhan.Tidak mesti jadi macam sorang member aku,dah hantar borang penangguhan bulan Mei tahun lepas,dalam 3 minggu lepas dapat jawapan-SILA HANTAR SEMULA BORANG PENANGGUHAN.....Aku dengar pun rasa macam nak marah.

Bagaimanapun tahniah la PTPTN atas perkhidmatan excellent yang hangpa bagi sebelum-sebelum ni(cuma sem kali ni kira fail la).Dah dapat MS ISO ke belum?

Tuesday, February 2, 2010

YANG PALING BOSAN

HARI INI YANG PALING BOSAN TERTEKAN DAN KECEWA WALAU DENGAN YANG PALING KITA HARGAI PUN TAK TERJAMIN APA-APA.

2.2.2010

24.Ya Allah jadikan aku barisan pertama dalam semua perkara yang Kau redhai.Matikan aku dan orang yang aku sayangi dalam Islam.Muliakan kami dengan kesabaran.Timbulkan rezeki kami dari punca yang tak terjangka.Makbulkan doa-doa kami Ya Allah.Bantulah kami cemerlang dunia akhirat.

Ampunilah segala dosa kami luar dan dalam.Hapuskan segala sifat yang buruk dalam diri kami.Jadikanlah kami ramah tamah dalam semua urusan dan tidak pula teraniaya dari hasad dengki kaum yang fasik dan musyrik dalam semua masa.Murahkan rezeki kami sekadar cukup dan tidak pula sehingga terasa susah.Tambahkan iman kami dan jadikan kami rajin beribadah.

Bantulah kami Ya Allah dalam menghadapi Ujian Mu.Amin.Selawat dan Salam Ke atas Nabi Muhammad.

Monday, February 1, 2010

Why not?

Selalu juga bagi aku kalau ada saja benda-benda baru datang dan mengganggu zon selesa aku,akan aku jawab- NO WAY PUNK!!

Tapi lepas aku tengok cerita YES MAN( Jim Carrey) aku rasa kenapa tak aku apply method ingin mencuba selagi ada peluang dan masa?Apa salahnya kan?Hidup ini cabaran ye tak?

Ok.Why not aku cuba ubat kurus lepas ni?Why not aku sambung PHD kat U selain USM?Why not aku tukar selera daripad gitar style LP ke Strat pulak?Why not aku cuba format laptop aku sendiri?Why not aku tukar plug TZM aku sendiri?Why not aku stop tulis post ni dan cuba buat dulu apa-apa yang 'why not' kat atas ni?He.....

Kenapa Bahasa Inggeris penting?

Agar ruangan 'sex' diisi dengan betul.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA