Friday, October 22, 2010

YM 01:31

ok
nk berpuisi kejap
smbil tggu megi kembang
ditujukan pada wak
rindu sering tertahan
sayang selalu berjauhan
apa yang buat aku tersenyum
ialah mengenangkan di kau
dalam sedih
waktu gusar
tatkala perit
nurr
aku mahu makan megi
tata

Monday, October 18, 2010

Beliau

'Tido sini?'

Dah 3 bulan beliau pergi.Kali terakhir berjumpa aku sempat menciumnya.Seminggu kemudian dengan tenang dan sejujurnya, terlalu rileks, beliau berangkat.

Saat beliau disemadi maka hilanglah sebahagian kenangan dan kasih beliau.

'Tido sini?'

Aku bukanlah cucu kesayangan beliau dan tidak ada cucu cicit yang favorit. Kebanggaannya bukan rumah tanah atau akaun bank tapi semua cucu-cicitnya.

'Tido sini?'

Banyak kenangan aku dengan handsome man ini. Ke Singapura,Pulau Dayang,Melaka,JB,Pontian tapi paling bahagia dan paling dikenang bila beliau membawa aku ke klinik di bandar.

'Tido sini?'

'Tak la Tok,Fahmi balik rumah'

Al Fatihah

Sunday, October 17, 2010

INSPIRA

1-Cun. Proton Inspira. Tapi better beli yang 26% local parts atau 60% local parts?

2-Dengan rumor harga RM80K-96K for sure this is not such affordable car.

3-Enjin 1.8 tu je dah cukup buat tidur malam termimpi-mimpi.

4-Hopefully defect tak la majoriti.

5-Dengan Lotus tuning memberi nilai tambah.

6-Tapi kalau dah beli nak ke convert pada Mitsu EVO X?ermmmmm

7-Tapi better beli yang Special Edition atau R3 punya (kalau ada duit lebih dan kesabaran yang ekstrem)

8-Perggghhhh bila aku nak dapat kerja ni..Haha..................................

Saturday, October 16, 2010

CELCOM BB

Salam Hormat

Saya Muhammad Fahmi Taqiyuddin bin Saad,Mykad-860202235765, ingin membuat aduan berkenaaan dengan mutu perkhidmatan Celcom Broadband(BB) yang saya langgani.

1-Saya sekarang tinggal di Pontian, Johor atau lebih tepat lagi dipinggir bandar Pontian Kechil di Rimba Terjun. Perkhidmatan BB yang diterima sangatlah tidak memuaskan walaupun tidak sampai 3km dari Bandar Pontian.

2-Dengan kadar bayaran RM98.00 per bulan perkhidmatan yang diterima adalah sangat-sangat mengecewakan. Jarang-jarang benar saya mendapat HSDPA /3G dan jika dapat pun tidak akan bertahan lebih 20 minit kebiasaannya dan terputus terus. Lebih teruk lagi sambungan EDGE/GPRS sejak kebelakangan ini adalah pada tahap 'POOR'.

3-Apa yang membuat saya semakin tidak berpuas hati sudahlah perkhidmatan teruk, tiba-tiba keluar paparan di skrin laptop mengatakan BB saya sudah menghampiri had limit 5GB sedangkan sambungan yang diterima ialah EDGE/GPRS semata 24/7, bagaimanakah boleh begitu banyak memakan 'byte' sedang talian yang digunakan adalah paling perlahan(EDGE/GPRS)?

4-Saya paling tidak berpuashati ialah masih perlu membayar RM98.00 setiap bulan untuk perkhidmatan yang dijanjikan kononnya lebih bagus daripada pakej RM68.00 atau yang lebih rendah tapi mutu perkhidmatan tersangatlah menghampakan. Apakah pihak Celcom memang tidak serius dalam memberikan perkhidmatan?Saya telah 'update' perisian modem Vodafone saya kepada versi 9.4.6 namun tiada perbezaan.

5-Memandangkan telah beberapa bulan keadaan ini berterusan saya sudah semakin hilang kepercayaan pada Celcom dan akan memberhentikan terus langganan BB melainkan ada langkah mengatasi masalah ini. Saya membayar RM98.00 untuk perkhidmatan BB yang tersangat teruk pada setiap bulan dan sebagai pelanggan saya mahukan penerangan dan penyelesaian daripada pihak Celcom.

6-Jika tiada maklumbalas sehingga Jumaat 22 Oktober 2010 maka saya akan ajukan kan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pihak media massa selain mengadu perihal ini di semua forum sembang maya di internet.

7-Disini saya sertakan maklumat berkaitan

Nombor Hanset-019451****
Pakej dilanggan-Celcom BB Advance(RM98.00)
Modem-Vodafone K3565Z.

Harap diberikan perhatian serius.

Terima kasih.

Friday, October 15, 2010

MICROCUBE-SLASH'S SOUND?-SOLO

Ok.Reviu sikit.Aku dah guna mini/praktis amplifier Roland Microcube ni semenjak 2006.

1-Disebabkan aku berpuashati dengan produk ni, aku beli satu lagi Mcube ni.Ya, aku ada 2 Mcube ni.

2-Berkenaan sound Slash.Hangpa tau ka apa gear Slash dok pakai dan which era do you prefer the Slash-soundwise?Aku replicate sound Slash pada album GNR;-Use Your Illusion 1 dengan refer pada lagu hits November Rain+Dont Cry+album AFD;Sweet Child.

3-Gear aku ialah-LP Copy+Mcube.....Takde efek luar melainkan built in efek Mcube tu(Sila Google untuk extra info).

4-Aku bernasib baik pasal dapat beli ori Gibson's Pups jenis 490 depan belakang.Pups ni guna Alnico II sama macam Slash favourite Seymour Duncan Alnico Pro II.Lebih kurang la.

5-Paling penting pada aku kalau nak replicate sound Slash ialah gunakan gitar Humbucker/Humbucker. Dan neck pups diutamakan. Try cari Slash prefer configuration pups yang mana satu untuk solo?-Neck pup

6-Setting pada amplifier ialah mode R-fier,jam 2 untuk Gain dan tone,sedikit efek chorus,jam 2.15 untuk reverb.You are ready to go.

7-GNR banyak menggunakan tuning Eb. Jadi sila dapatkan elektrik tuner.

Misc-Setiap gitar berbeza karakternya.Aku gunakan LP untuk cover GNR+Metallica,Explorer untuk Metallica(lagi)+lagu-lagu Trash.Ibanez RT untuk The Messiah will come again+Hendrix-esque.Semuanya keluar bunyi dari Mcube.Recommended.

Hope this will help.THANKS.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA