Sunday, September 30, 2012

Malas dilemma- A Dr(by thesis) in the house.

Saya tidaklah berada dalam posisi yang tepat untuk memberi apa apa motivasi berkaitan PhD, terutama yang jauh lebih cemerlang berbanding saya. Beratus ribu lagi PhD holder yang boleh menceritakan apa apa yang anda mahu. Saya sendiri bermula semula ke peringkat pertama. Tapi saya melihat falsafah dalam 2 gambar dibawah-



 

 EVEN MR BEAN MADE IT!!



Wednesday, September 19, 2012

Mencari asal usul

Pemberitahuan- Ini cuma pendapat peribadi dan hasil pembacaan daripada pelbagai sumber, yang dirujuk. Bacalah jika anda rasa berguna. Saya tak rasa rugi berkongsi walaupun cuma tahu sedikit saja.



1-.....Masalah (untuk kajian). Satu kesalahan pelajar dengan tesis/disertasi ialah memulakannya dengan pencarian tajuk. Tidak tepat.

2-Saya juga begitu pada awal awalnya. Memikirkan tajuk demi tajuk. Mencari tajuk yang menarik. Tajuk yang kelihatan Pendekar Laut. Gah. Padahal tesis/disertasi ini bukan nak menyelamatkan dunia. Ia cuma sedikit sumbangan pada dunia keilmuan.


 Hak keluar pada bulatan terbesar (dibulatkan dengan X)  itulah penemuan kajian.




3-Anda sudah ada idea besar untuk kajian. Katakan anda minat mengkaji berkaitan pengurusan risiko dalam pengurusan binaan. Maka dapatkan keywords dulu (risk management, construction, planning etc). Kemudian cari didalam jurnal jurnal (bukan Google Scholar!!!) yang dilanggan pihak universiti. Atau pandai pandai andalah (kalau ada kawan belajar di uni, minta password untuk masuk ke dalam subscribed journal). Cari artikel artikel berkaitan. Disini anda perlu ingat 1 keyword (waktu mencari artikel)- LATEST. Cuba cari artikel terbaru atau paling lewat beberapa tahun kebelakangan ini. Anda fikir artikel tahun 1991 masih valid? Mungkin. Bergantung pada keadaan dan nature penyelidikan anda.

4-Pada saya, pelajar penyelidikan perlu peka dengan nama nama besar berkaitan dengan bidang kajian masing masing. Kerana nama nama itulah yang menyokong tahap konkrit kajian kelak. Untuk mengambil dan menulis semula quote quote juga ada cara membezakan nama nama pakar dan tidak pakar.

5-Paling penting sekali, mesti dapatkan pandangan penyelia. Disinilah pada saya cabaran terbesar. Buat saya, sebagai langkah berhati hati, ialah buat kerja dengan bersistem. Kedengaran tiada yang istimewa, saya tidak memaksa anda mengikut, tapi ini pengalaman saya. Bersistem siap dengan backup plan. Jika penyelia katakan begitu begini, cuba kemukakan fakta. Kata kunci disini- Pelajar penyelidikan perlu lebih pakar daripada penyelia sendiri.  Sounds bragging but the world of research is essentially full of surprises. Be prepared.



Thursday, September 13, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Hostel

1-Sekarang saya menetap, mulai Rabu minggu lepas+dijangkakan hingga tamat pengajian, di Kolej Tun Ghafar Baba. Reaksi pertama saya dengar ialah 'Jauhhhh.....(daripada fakulti dll)'.

2-Setelah siap mendaftar apa semua dan berkira kira semula, memang jauh. Mungkin dengan kenderaan hampir 10 ke 30 minit, jika sesat. Ditambah permukaan berbukit dan selekoh selekoh yang agak menarik adrenalin kembali bermotor. TZM dirumah sudah bernyawa baru sekarang.

3-Saya menggunakan van Nissan Vanette Ayah saya sebagai kenderaan sehari hari sekarang. Saya seorang saja yang memandu dan menaiki. Jadi kadang kadang timbul perasaan nakal balik malam malam mencuri curi lihat seat sebelah pemandu dan belakang.Syukur Alhamdulillah.

4-Saya lihat banyak juga fasiliti sekitar kolej. Sekarang ini saya tidak pasti samada semester untuk undergraduate sudah bermula atau tidak. Ataupun kolej kediaman saya ini memang tidak ramai undergraduate. Pelajar luar negara memang ramailah di kolej ini.

5-Kelakarnya bila saya tahu kemudian yang mana jarak kolej saya tersangatlah dekat dengan rumah Pak Ngah saya di Taman Seri Pulai. Lepas saja pagar belakang UTM sampailah. Dulu dulu semasa bocah cilik ada juga datang tidur dirumah Pak Ngah dan berjalan jalan sekeliling taman. Jadi pada malam malam awal itu, saya keluar mencari makanan. Masuk ke kawasan rumah rumah kedai. Terasa pelik sebab rasa macam pernah lalu saja kawasan ini. Saya lihat disebelah kiri dan ternampak sebuah masjid. Pernah solat Jumaat dan solat wajib disitu bersama keluarga. Sah saya pernah berada dikawasan ini sebelum sebelum ini. Kenangan kembali berputar.

6-Terasa agak sunyi berseorangan disini. Maksud saya rakan rakan. Tiada yang saya kenal disini. Anda yang berada disekitar mahu jamming? UTM takdak studio ka? Pengembaraan bermula.


Monday, September 10, 2012

Bahasa Inggeris dalam kampus universiti

1-Dulu saya dan rakan rakan, terutama rakan Kelantan, sering mempertikaikan penggunaan Bahasa Inggeris (selepas ini BI) di universiti kami. Saya tidaklah begitu ekstrim kerana ada juga asas yang sedikit solid dalam BI. Agak kasihan juga pada diri saya dan rakan sebilik saya kerana kami sering menjadi sasaran membantu menyiapkan tugasan BI kawan kawan, terutama saing Kelate saya. Tidak mahu ditolong tidaklah patut. Sedang selepas meminta kami membantu menyiapkan tugasan, kawan kawan tadi hilang dengan gewe mereka...........Karma is a 'punk'.

2-Begitupun yang saya lihat, agak tidak berapa majoriti antara kami yang berusaha mempertingkatkan penguasaan BI kami. Kedatangan ke kelas BI, pada sesetengah antara kami, juga kerana mengejar agar tidak di banned menduduki peperiksaan semata.

3-Sebagai pelajar universiti yang diajar konsep no spoon feeding, kami mencari ikhtiar bila berdepan dengan blok BI ini. Samada membeli kamus Besta (untuk kaum Cina), membeli kamus (untuk kaum Melayu) atau menggunakan perisian terjemahan. Dalam 1 segi ia bagus mengajar kami berusaha tatkala 1 segi lain mengajar kami budaya hentam keromo. Ini kerana sebagai pelajar kami terkenal dengan last minute.

4-Selalu juga, dalam tugasan berkumpulan, antara kriteria menjadi ketua kumpulan ialah pengetahuan BI yang lebih. Jadi dapat dibayangkan tugasan ketua antaranya mencari grammatical error dalam tugasan disamping membetulkan perkara lain.

5-Ada juga kawan yang meng update status FB berkenaan beza pelajar majoriti dan minoriti dalam kelas kelas diuniversiti. Iaitu majoriti terpaksa mengikut minoriti yang foreigner. BI lah apa lagi.

6-Sekarang saya nampak kebaikkan penggunaan dan penekanan BI dalam universiti. Tidaklah tahu jika anda mahu membidas pernyataan saya ini kelak. Kebaikkannya ialah buat penyebaran budaya ilmu.

7-Maksudnya sesuatu budaya akan menjadi satu identiti pada bangsa dan negara. Apatah lagi berkaitan budaya/displin keilmuan. Ia pasti mengambil masa untuk kekal dan diterima ramai.

8-Telah ada kenyataan berbentuk hipotesis yang mana pusat keilmuan dunia akan berpindah ke sebelah Timur sini. Bukan lagi berlegar didunia barat. Kenyataan ini saya dengar diwar warkan pada satu persidangan di German beberapa hari sebelum ini. Saya mendengar daripada autoriti kuat universiti sendiri.

9-Jadi persoalan sekarang bersedia atau tidak kita mengehadkan peranan Bahasa Melayu demi penyebaran dan pengukuhan ilmu pengetahuan dirantau kita, khasnya diinstitusi pengajian tinggi kita? Jujurnya saya tidak nampak 1 pelan memperkukuhkan Bahasa Melayu kita andai kata benar pusat keilmuan dunia akan berpindah ke sisi kita kelak.

10-Janganlah bersangka buruk pada saya. Maksud posting ini sekadar menjentik nakal minda minda kita. Saya langsung tidak mampu mengubah apa pun dasar sedia ada. Pendapat peribadi saya terlalu mixed feelings. 1 soalan saya ialah kenapa UMNO? Bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Ia berbau politik mungkin. Tapi sangat dekat dengan akar budaya kita.

11-Saya boleh membantu anda mengetahui isi pemikiran saya tapi saya tak dapat membantu tahap pemahaman pemikiran anda. Wallahualam.

Wednesday, September 5, 2012

Uni Thrash Metal

1-Melihat-lihat muka muka anak anak muda yang bertahun lahirkan 1990 1991 1992 di universiti terasalah diri semakin tua.

2-Kawan kawan seusia sudah pun ramai meninggalkan zaman bujang. Bahagia bersama keluarga dan berkarier. Saya masih terasa sayang meninggalkan zaman universiti walau dalam hati tidak menolak rasa mahukan perubahan dalam hidup. Sekarang nama kedua saya ialah- cuba bersabar.

3-Selamat memasuki alam universiti. Dan ia antara masa terbaik sepanjang hidup.

Sunday, September 2, 2012

Not merah

1-Saya dikampung hari ini. Berumah di rumah arwah Atuk (Al Fatihah). Kebiasaan sebenarnya untuk kami berehat hujung minggu dikampung. Selalunya Mak Usu dan Pak Usu balik ke kampung bersama, cuma tahun ini mereka beraya di rumah biras di Perak sana. Dengarnya berjalan sampai ke Pulau Pinang.

2-Jadi ada juga saudara mara lain yang datang. Saya sambil sambil bergurau bertanyakan pelajaran anak anak saudara. Jujurnya sedikit kecewa kerana boleh dikatakan ramai anak anak saudara yang bijak bijak namun persekitaran tidak begitu membantu. Disuruh baca A-Z juga kerap terlupa huruf.

3-Jadinya saya menyuruh seorang anak saudara bernama Acit. Beliau memanggil saya kadang kala Abang, kadangkala nama saya. Sepatutnya Pak Ngah. Tidaklah saya kisah sangat selagi tidak beraku kau dengan saya. Kalau beraku kau antara yang lebih muda dan tua memang pantang dalam keluarga saya. Kecualilah yang umur lebih kurang.

4-Acit boleh menyebut setakat huruf ABCDEFGHIJK. Terlupa huruf LM terus ke NO. Jadi saya cuba beberapa cara untuk membantu beliau. Saya tidaklah gemar memarahi kecuali tegas bilamana diajar tegur tidak berkesan.

5-Bila sampai ke K, saya suruh beliau menjerit L sekuat kuat hatinya. Biar keluar isi dalam dada lah kiasan jeritannya. L!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

6-Agak berkesan juga. Alhamdulillah. Pandangan saya berdasarkan pengalaman ialah budak kalau dimarah memang ada yang boleh diajar, namun tidak semua akan menerima dengan memahami sebab dimarah itu. Jadi saya tidak suka dimarah maka saya tidak mahu memarahi orang. Hukum karma kata Wings.

7-Ada masa anak saudara saya Acit itu tersalah salah sebut huruf KLMN. Tambahan lagi gaya sebutan. L disebut dengan lidah menyentuh gigi depan, M disebut menutup rapat bibir atas dan bawah, N mulut tertarik hujung ke hujung. Acit agak bermasalah kerana rongak gigi depan untuk menyebut dengan lancar.

8-Jadi saya gunakan teknik keduniaan. Beri wang RM10. Sebutan L menjadi semakin lancar bila galakkan materialistik didepan mata.Mungkin agak tidak patut mengajar sebegitu namun ia agak efektif. Tidaklah saya mahu beragumen panjang hal ini.

9-Sambil sambil mengajar saya bertanya apa cita cita Acit besar nanti? Dijawab mahu jadi polis. Terus saya melawak- 'Kau tak boleh jadi polis. Suruh baca ABC pun nak kena beri RM10.'


KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA