Friday, January 22, 2010

MANGKATNYA SEORANG SULTAN YANG BERANI

AL FATIHAH UNTUK SULTAN ISKANDAR.MOGA JOHOR SELALU BERKAH.PERMATA JAUHAR BERSINAR DIHUJUNG TANAH MELAYU.DAULAT TUANKU!!!!!!!!!!!!

Monday, January 18, 2010

Bengkel TZM yang di cadangkan di kawasan belah utara(Penang,Kedah,Perlis,Perak dll)

Resit pembaikan motor TZM aku.Kira ok la banding bengkel Cina.Kalau nak murah semua benda susah la jugak kan?


Minggu lepas aku pi hantar motor di Kepala Batas mengikut Abang YDP NBC En Masry Che Ani@PP (terima kasih Bang belanja makan).

Lebih tepat di Nazri ( ka Nazree kut ejaannya) Motor di Kampung Padang,Lahar Kepar,Kepala Batas,England,Pulau Pinang.Dekat dengan masjid Kampung Padang tu.Bawak-bawaklah ke masjid.Sebelum kita yang dibawak.Hehe.

Bos nya dikenali ramai sebagai Ba(Bang) 'E.Bengkel Melayu kita.Dibantu pekerja-pekerja Melayu yang muda-muda.Aku suka gaya sorang pekerja dia,yang dipanggil 'Ustaz',sempoi ja.Umur baru 20,tapi terer bikin motor(bagus2).Kerja depa ni kira halus la.Tak tipu-tipu punya mengikut penerangan Abang PP.Aku setuju.Depa ni bukan kira untung sangat,tapi nak berkawan ramai orang.Bagus gitu.Kalau bengkel Cina...... majoriti huh.Servis karburetor pun RM38.Tobat kawan.

Aku hantar hari Rabu minggu lepas dan hari ni Isnin(18/1/2010) aku dapat motor aku.Memang nampak macam lama depa bikin motor aku ni.Tapi banyak la depa bikin.Aku puas hati jugakla.Waktu aku sampai 'Ustaz' dok pasang 'fairing' M aku.

Paling best depa boleh servis barang-barang yang kebiasaannya kalau pi kedai Cina depa kata 'sula losak la ini balang,lu kasi tukar la,tidak losak oo lu punya motor'(cilakak).Contoh macam servo,radiator,dan entah apa lagi aku lupa.Kat kedai Ba'E ni dia boleh servis kan part-part tu,kalau memang barang tu betul-betul dah taraf 'scrap' baru dia cadangkan tukar.

Dia rekomen barang ori atau at least brand 'OEM',dia tak mau kalau tukar lokal nanti customer susah,pasal dia pun dapat susah jugak customer asyik ulang-alik je.Fahamlah kan?Tapi harga boleh bincang la ikut bajet kita masing-masing.

Mengikut yang aku baca kat web NBC-http://www.nusantarabikersclub.com/html/index.asp- bengkel ni pakar dengan sistem YPVS.Aku setuju lagi.Waktu aku sampai 1st time bersusun TZM disertai NSR sebijik.Ada jugak motor-motor cub,biasala.Aku nampak jugak fairing skuter VS pun ada.Second time aku pi lagi nak ambik motor,sebijik RD 125 Ba'E dok tukang.

Kalau naik bas dari Butterworth,hangpa cari bas Rapid Penang nombor 601 atau UTC (Butterworth-Sungai Petani dan nombor bas aku tak pasti).Tambang baru RM 2 lebih je.Jangan risau ,kalau-kalau takut terlajak ka sesat ka.Ni panduan aku bagi kalau naik bas-JANGAN MALU BERTANYA.He.

Bas akan lalu depan Taman Wira,terus lagi,terus lagi,lalu Bagan,terus lagi,lagi,lagi,lagi sampai Pekan Kepala Batas.Sabar.Belum sampai lagi.Biar bas jalan lagi.

Nanti kat depan hangpa jumpa papan tanda 'Lahar Ikan Mati' depan lagi sikit ada papan tanda '<-Lahar Kepar ' haaa siap ready nak turun.Depan situ simpang 3.Kat situ ada sederet kedai makan(jual bihun kedai 1st sekali).Berhenti situ.Kalau tak faham juga tanya penumpang lain,tak payah tanya drebar depa bukan tau sangat jalan-jalan situ.Aku tau la,aku dah kena. Kalau tak mau jalan kaki macam aku dekat 3 km nak ke Kampung Padang call bengkel Ba 'E (04-5759315),depa boleh hantar orang pi ambik.Tada hal la.

Kalau naik kenderaan sendiri.Hangpa cari highway Alor Setar.Masuk simpang Kepala Batas.Lepas tol ada traffic light.Masuk kanan.Terus.Jumpa traffic light lagi.Masuk kanan lagi.Terus.Sampai la dekat area Lahar Kepar masuk kanan(simpang 3.Ada kedai makanan sederet.Ada tali air sebelah kanan).Terus masuk,jalan sampai jumpa papan tanda KAMPUNG PADANG.Depan sikit je ada papan tanda tepi jalan belah kiri 'Nazri Motor Abang E Pondok Maxoil ada dijual disini',masuk kiri.Terus je.Nampak la dalam 100 meter dari papan tanda kedai tadi.Sampai la.
Depa cadangkan brand Maxoil(keluaran Bumiputera).Ba'E kata even Shell VSX pun karbon banyak.Aku beli sebotol rega RM20 nak try.Teka mana satu taukey?

Bengkel Abang E pondok(memang pondok) p/s gambar blur

Bengkel tepi sawah


Ni la Bang E

Nsr pun ada.Part untuk model ni memang mahal.Pehhh

Aku puas hati la dengan TZM aku sekarang.Prestasi kira ok la.Aku cadang dimasa depan nak tukar blok pulak.Cari Y1 murah-murah.Berdesup pergi macam motor Abang PP.

Motor aku setelah siap dibaiki.Hehe.(kredit Majalah Roda-Roda)

p/s-
1.Bengkel ni tempat lepak orang-orang kampung
2.Terima kasih kat Wan dok hantar aku pi balik Penang dengan TZM dia.
3.Terima kasih kat semua.
4.Terima kasih paling besar sekali kat Mak aku pasal Mak yang bagi aku duit nak bayar (RM500)
5.Aku baru tau teruk dah aku kena main dengan bengkel Cina.Piston lokal kata ori.Tak guna.Sekali cas RM600++.Barang lokal semua.Takpa la aku jumpa bengkel TZM yang baik punya even jauh tapi puas hati.

Sunday, January 17, 2010

Keh keh keh keh

500
240
138
400

Apa benda figur atas ni?Keh keh keh.Dalam 2 bulan.Akan berjalan-jalan.

Monday, January 11, 2010

Isu bakar gereja.....Black Metal ke apa kau ni?

Aku pun nak bercakap sikit tentang isu ni.Ye la.Aku pun rasa tak nak percaya je kes macam ni boleh jadi.Tapi kalau fikirkan siapa sebenarnya yang mulakan punca sampai jadi isu macam gini?Pihak Kristian.Hangpa tak cukup ka dengan 3 tuhan,nak bolot lagi nama ALLAH?Dah berapa tahun pihak Kristian ni cuba untuk dapatkan kebenaran?

Yang kerajaan pun satu,pi bagi kebenaran depa guna buat apa?walaupun dok main tarik tali kata hal ni boleh dibawa berbincang cara baik.Haaa.Dah jadi macam ni apa nak kata?Cara baik gitu hasilnya?

Sekarang aku sebagai rakyat memang rasa panas hati tentang isu macam ni bila ada surau yang jadi sasaran pihak yang menangguk di air keruh ni.Tapi bila aku belek suratkhabar,apasal banyak dedahkan tentang kebakaran gereja tu je?siap bagi peruntukkan lagi tu.Yang pasal surau kena pecah dan kena kencing tu tak banyak mana pun liputannya?

Sekarang ni semua orang kena berjaga-jaga.Aku tak minta Malaysia huru hara pasal benda-benda gini,tapi kita kena hati-hati sekarang.Sediakan payung sebelum hujan,tapi kalau hujan petir kau nak juga harap pada payung?

Kalau 13 Mei boleh jadi dulu,kenapa tak boleh jadi lagi sekarang?Fikirlah sendiri.

Berpijak dibumi yang nyata.Islam agama rasmi dalam Perlembagaan.Bila Islam terancam,kedaulatan negara terancam.Tapi siapa yang berani betul-betul bangkitkan hal ni?

Aku cuma risau satu je.Kalau memang ada pihak ketiga yang sentiasa standby je untuk huru harakan negara.Hangpa nak kata apa?Dok diam je?

Last but not least.Orang Melayu akan bersatu cuma bila Islam dan hak Melayu dipertikai.Kepada yang berkenaan hati-hati.


MFTAQIYUDDIN

Wednesday, January 6, 2010

Friday, January 1, 2010

Serum'punk'

Kalau Indon serang Malaysia,agak-agak siapa menang?Sebenarnya Malaysia menang.Guaranteed.Kerajaan Malaysia dah lama bersiap sedia dalam menghadapi ancaman negara-negara jiran.Tengok je Malaysia ni tak banyak kerenah sangat,tapi beware!! persediaan kita cukup baik.Jadi kat sini aku nak reveal satu rahsia sulit Malaysia dalam menghadapi ancaman Indon.Ni je la 1 rahsia top secret yang aku tau.

Jika perang meletus dan Indon melalui TNI atau pertubuhan Buluh Runcing menghantar pasukan mereka,Kerajaan Malaysia akan bersiap sedia dengan satu pasukan khas SAHAJA.Siapa?

-PERTUBUHAN RELA.

Hehe

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA