Monday, May 30, 2011

Makan is Heaven

'Makan mana?'

Ayat favorit kami kawan-kawan usai saja kelas sebelah pagi. Antara tempat utama ialah kafe Desa Indah Kembara (lauk pauk pelbagai dan paling penting murah-murah, contoh nasi lebih+ayam+sayur+ikan+kentang+sambal belacan=RM3 lebih), kafe Bakti(harga standard, penuh sesak tapi pasal kenal dengan Kakak yang jual situ, kami tak kisah sangat la), gerai makan di Sungai Dua (lupa nama kedai, tapi trademark disitu ialah gulai rusa(?), mahal tapi penuh sesak) dan paling canggih ialah di Seoul Garden di Georgetown sana(Gurney Plaza). Satu kepala RM20++ dan makan sampai taubat tak mahu datang lagi.

Waktu makan malam pula, kadang kalau rajin kami turun sama ke kedai-kedai tomyam yang bersepah. Biasanya di Mutiara Tomyam(paling kerap disini, pelayan pun dah kenal kalau datang aja tak payah ulang order, pasal dah kerap sangat datang makan menu yang sama), Nur Tomyam( kawan-kawan minat makan sini, aku tak berapa sangat pasal sini port couple, aiseh leceh), kadang di Juara Sulung Tomyam(kat sini agak kurang sikit, ada sekali order lain sampai lain), atau Nazri Cafe(pernah tunggu order 1 jam, epik. Terus kena banned 1 semester). Ini semua kedai dikawasan Ivory.

Ada juga kami makan jauh sikit seperti di 'Turbo'/Ina Cafe (aku suka port sini, tomyamnya sedap dan tak kedekut nasi sangat, suasana lebih santai tapi selalu kena 'raid', kes pekerja Selatan Siam), Longkang(makan char keoy teow), dan ada satu kedai depan 7eleven Sungai Dua.

Sarapan jarang-jarang pasal kami campur terus sarapan dengan makan tengahari. Tapi kalau rajin juga turun biasanya di kafe desa saja atau paling rock di Restoran Khalel, kena nasi lemak mamak. Rasa lemak-lemak tak macam nasi lemak biasa. Sambal pun rasa lemak-lemak manis. Kacang pun rasa lemak-lemak manis. Muka mamak jual aja yang tak.....

Sekarang bila bosan tak tahu nak makan apa, bawalah diri ke dapur menyiapkan magi kari letup kurang air tambah telur ayam 2 biji, pun dah Alhamdulillah.

p/s-nasi kandar?pehhh. Setahun dah tak pekena.

It's always difficult.

1-To make sure you didn't hurt someone's feeling. It's always unfair. But then who cares of what we think.

2-I argued with someone special this morning and it ended up very bad. Very sad. But then I still feels very good inside, since I got to say what I wanted to say. Fine. That's what I will always do. To voice my view. But I also know when to stop;- When there is no credit left.

3-But worst is I still trapped in a corrupted system. People will let you down as if that is the mother of all policy.

Sunday, May 29, 2011

Antu berok

'Mu penah kena kacau antu?' tanya Awe. Seperti biasa aku yang keseorangan di kedai Awe, suatu malam.

'Dengar bunyi ada la, kalau ada pun mungkin kecik-kecik dulu. Gapo We?' soal ku.

'Haaaa. Kira mu ni tak la penah kena kacau yang teruk-teruk. Gitu?' tambah lagi Awe.

'Dak pernah la kalu hak teruk-teruk tu' balas ku.

'Saing kawe pernah dulu kena kacau. Demo bawak kereta malam-malam. Tup-tup ada oghe tino kek belakang' terang Awe tanpa aku minta.

'Muko cantik molek. Come sungguh' kata lagi Awe.

'Kawe tu dok perati jah dari cermin keto. Last-last tino tu jadi muko hodoh benar. Busuk siap!!!' menurut lagi si Awe.

'Pas tu?' soal ku bagi menambahkan semangat Awe.

'Kawe tu sound la kek antu tino tu, Patut la takdo jantan nok kek mu, muko hudoh serupo nate berok. Kah kah kah!!!' gelak Awe pada ceritanya sendiri.

'We, ais kosong satu' balas ku.

Why I hate Dell?

1-Hi. Its been a time since I wrote anything regards to the customer's perspective/complaint etc.

2-If you asked me what company or companies I do hates the most? Easy;- DELL. This company is famous for their PC/ Laptop, computer related etc. And they sucks big time.

3-If you Google bout Dell, I believed majority of the stories will conclude/juiced/summarized this- DELL SUCK!!!

4-Yes, I did a mistake before for purchasing a Dell laptop- XPS M1530. At first I love it very much that I give a sweet mouth to everyone bout how good that laptop is, but then it backfired me- in a costly way.

5-But what make me chose Dell at the first place? I got another Dell laptop from my Dad. Latitude C640 and it's a great laptop excluded- dead batteries, lousy in house VCD writer/reader, no spare part for the touch pad(now I got to use external mouse), and it come with Windows XP (famous with viruses, trojan, etc/and no more XP support after this from Microsoft). But I loved that C640. Its built as tough as a WWII tanks. But that's the only positive thing bout Dell. Other still sucks.

6- The point I made this posting is because someone approached me through email asking bout the case of my XPS M1530 and offering some kind of help. Hey, thanks man!!

7-But I already wanted to forget this, all the problems is enough. But I still wanted to keep continuing to spread this- STOP BUYING DELL. I did. How bout you?

p/s- sorry for the 's' word, but Dell always 's'.

Saturday, May 28, 2011

PPSMI

1-Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya tak nak ulas pro kontra dan tahap mana sokongan dan bangkangan. Saya dapati Bahasa Melayu adalah bahasa yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia (hairan juga bila ada Cina yang tak fasih berbahasa Melayu), dan Bahasa Inggeris juga penting.

2-Kenapa tak wajibkan saja kelulusan Bahasa Inggeris dalam SPM? Cadangan saya kalau nak dilaksanakan, mulakan dengan pemilihan terbaru murid Darjah Satu dalam tahun-tahun mendatang, contoh 2013, jadi 6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah sama dengan 11 tahun, jadi murid Darjah Satu yang bermula pada tahun dipilih itu pada 11 tahun kemudian wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM. Cadangan asas dulu. Bagaimana kalau ada cikgu yang tak fasih Bahasa Inggeris?

3-Atau perkasakan saja Dewan Bahasa dan Pustaka, jadikan GLC dan usaha giatkan terjemahan buku-buku asing ke bahasa kebangsaan Malaysia(adakan kerjasama dengan penerbit penulis asal itu bagi mengatasi isu hakcipta), kemudian jadikan bahan bacaan wajib baca. Hmm:-rasanya dah ada program bahan bacaam wajib ini dulu tak silap saya. Apa cerita? Lagi penuhkan buku-buk terjemahan ini ke perpustakaan diseluruh negara. Boleh tak kalau DBP kenakan tindakan saman ke atas mana-mana entiti yang tidak mengutamakan Bahasa Melayu? Kita lupakan UMNO dan kita kekalkan PEKEMBAR.

4-Malaysia perlukan pemimpin (Melayu yang utama) yang bijak dan berani.

Friday, May 27, 2011

White Explorer (no pickguard) with Floyd Rose bridge?


The color is perfect. Body shape is perfect(I love explorer shaped) and ebony board(!!!!). Passive pups can be changed later to active ones. Blackout AHB II should chugging the world. But floating (floyd rose, kahler etc) bridge?

Floyd rose bridge

I remembered what Malmsteen used to say bout a floating bridge guitar that kill the sustain. That's maybe true, basically. Since that I believe to increase the short singing notes on the fretboard, we have to invest more on gadgets. True eh? Still wonder how Gary Moore used to have that high screaming sustains on Parisienne Walkway.

Ebony fretboard(always associated with high end guitar, the common one on mass produced guitars is rosewood)

Gibson, please change it back to stop tailpiece tune o matic bridge then I might consider one in the future (preserved the color and non pickguard too!!).


Always love the hockey stick/banana headstock+kidney tuner (plus you can whacked people with it in any dangerous event)

Thursday, May 26, 2011

Spicy taste for Proton eh?

Keh keh keh

SAPU MALAYSIA?

1-Ikut pengalaman saya bergaul dengan masyarakat, akan ada 2 puak berlainan. Dan kedua-dua puak mahukan penyertaan lebih ramai anggota. Saya turut cuba ditarik masuk. Namun saya terfikir tak mungkin kedua-dua pihak ini benar atau salah dua-duanya sekali. Jadi apa pilihan yang tinggal?

2-Politik. Orang Melayu perlu mengekalkan kuasa politik. Muktamad. Tapi perpecahan orang Melayu dah jadi perkara biasa. Soalan saya disini- orang Melayu berpolitik lebih untuk mempertahankan siapa? Pemimpin atau Rakyat? Skop soalan saya ini ditujukan pada semua orang Melayu Islam. Yang murtad tu kita manusia pun tak suka, apa lagi Allah SWT ye dak?

3-Ada yang saya lihat bersungguh-sungguh mempertahankan ideologi politik hingga saya terfikir hidup, mati, bernafas, makan, minum beliau semua politik. Tapi apa hasilnya yang jelas?

4-Kita disatukan dengan satu bangsa satu agama satu negara, tapi tak mustahil ada yang mahu kita berpecah. Anda tak pernah fikir seserius ini? Apa tak mungkin Melayu Islam jadi hamba satu masa nanti? Apa tak mungkin kepala kita dipijak orang?

5-Lihat Singapura sebagai contoh, secara peribadi saya lihat Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura sebagai contoh dimasa depan tentang apa akan terjadi bila kuasa diberi pada bukan Melayu. Rasis kah saya?

6-Saya tidak mahukan perpecahan dalam negara, apatah lagi perpecahan sebangsa saya. Tidak. Bolehkah saya anggap semua yang terjadi ini kerana Malaysia kekurangan pemimpin yang benar-benar berkualiti?

7-Pemimpin meminta rakyat mengubah cara hidup sedangkan pemimpin mendapat entah berapa banyak duit sebulan berbanding rakyat yang majoritinya bergaji kurang 2 ke 3 ribu.


8- Masih ada lagi kah pemimpin ,kerajaan memerintah atau pembangkang, yang boleh berfikir? Saya neutral dan tidak memihak mana-mana parti politik, yang saya tahu saya rakyat Malaysia.

Tuesday, May 24, 2011

Rockers dan mistikal

1- Kumpulan tempatan dengan pengaruh besar, Butterfingers sedang merakam album 1.2 miligram(tak silap) mereka suatu malam.

Waktu itu mereka sedang sibuk merakam dram. Pemain dram mereka duduk merakam dalam bilik rekod. Ahli yang lain pula berada di ruang konsol.

Tup tup tup

Mereka semua terdengar dibilik kosong sebelah pemain dram tadi berada, sesuatu yang tidak kelihatan berjalan-jalan.

2-Siapa tak kenal Jimmy Page? Gitaris dan pengasas kumpulan legenda Led Zeppelin. Selain Page, ahli lain ialah Robert Plant, John Paul Jones dan mendiang John Bonham. Page bermula dengan menjadi sessionist kepada ramai artis-artis terkenal di Britain sebelum menubuhkan Led Zep. Beliau pernah bermain untuk kumpulan legenda, Yardbirds, menggantikan seorang gitaris legenda, Eric Clapton.

Led Zeppelin terkenal dengan muzik rock mereka yang penuh karisma. Samada lagu berentak rancak (Whole Lotta Love, Communication Breakdown) atau perlahan (Stairway to Heaven), ia menjadi perhatian peminat-peminat diseluruh dunia.

Tiba-tiba telah timbul kritikan yang mengatakan Led Zep popular bukan kerana muzik tetapi paras rupa dan ‘exposure’ yang terlebih. Kalau anda pernah melihat foto Led Zep pada tahun 70 an, iya, mereka memang ada rupa.

Jimmy Page bagaimanapun langsung tidak bersetuju kenyataan begitu. Bagi membuktikan yang Led Zep benar-benar berbakat dan serius bermuzik, Page mahukan suatu perubahan untuk album terbaru. Let the music do the talking. Beliau yang telah membeli sebuah mansion, Headley Grange, mahukan band nya itu merakam di sana.

Pilihan yang tepat, walaupun tenaga kerja yang terlibat terpaksa berkerja lebih, kerana kerja dilakukan bukan di studio rekod professional, namun ‘sound’ yang terhasil daripada sesi rakaman di Headley Grange memang mengagumkan(dengarkan bunyi dram mainan John Bonham dalam lagu When the Levee Break), ironinya Page sendiri tidak gembira dengan rakaman gitarnya disitu.

Headley Grange asalnya dikatakan dimiliki Anton Levy, seorang Satanist. Rumah agam ini terletak dikawasan pendalaman di luar Kota London. Dibina pada 1795, mulanya berfungsi sebagai ruang pekerjaan untuk orang-orang miskin dan bermasalah mental. Jauh daripada selesa, Headley Grange menyimpan pelbagai kisah.

‘Macam dalam cerita Charles Dickens. Suasana klasik England lama- Headley Grange memberikan perasaan tak berapa ‘mesra’ dan pastinya, menyeramkan.’ cerita Page dalam satu temuramah.

‘Saya pilih tinggal di bilik di tingkat paling atas, dimana suasana dalam bilik tu terasa melekit/lembap. Headley Grange memang menakutkan bagi Robert (Plant) dan John (Bonham), tapi saya suka rumah tu. Memang ada hantu rumah tu.’ sambung Page.

Suatu malam, di Headley Grange, Page, yang menaiki tangga utama menuju ke biliknya ditingkat atas, terlihat sesuatu. Sesuatu yang berwarna kelabu dengan sosok manusia di hujung tangga atas bahagian koridor menuju ke biliknya. Beliau memerhatikan dengan teliti kerana tidak mahu tersalah lihat, mungkin refleksi cahaya?

Tidak. Memang sah: hantu. Page berpaling pantas ke belakang, enggan berdepan.

3-Kumpulan rock dari Singapura, Rusty Blade terkenal dengan lagu-lagu hard rock mereka yang teknikal. Mungkin boleh dikatakan itulah sound konsep Heavy Metal pada masa kini. Pernah dengar lagu Ikrar Perwira? Lagu kegemaran penulis daripada Rusty Blade.

Khalid Mobin memang dahsyat dalam permainan gitarnya. Sekarang pun kalau anda dapat siaran TV Singapura- Suria, Rusty Blade bermain live di TV, pasti anda setuju Rusty Blade masih berbisa.

Suatu malam, di tahun 80 an dulu, Rusty Blade dalam kenderaan van yang dinaiki menuju ke kawasan persembahan mereka (tak silap di negeri Perak). Instrumen muzik diletakkan dibelakang van. Perjalanan melalui kawasan yang gelap gelita. Kiri kanan semuanya hutan.

Agaknya kerana jalan yang tidak berturap cantik atau instrument tidak disusun elok, mereka terpaksa berhenti dalam jalan yang gelap itu bagi menyusun semula instrumen mereka yang tergolek-golek dibelakang van.

Bagi pemuzik, alat muzik mereka adalah sambungan anggota sendi mereka. Maka instrumen mereka perlu dijaga dengan baik.

Waktu menyusun barang-barang, mereka terdengar bunyi sesuatu mengeruh disemak sebelah jalan. Suasana yang gelap gelita yang cuma diterangi lampu van yang malap agak menakutkan kumpulan rock ini.

Bunyi mengeruh itu makin kuat dan seperti berlari ke arah mereka yang dibelakang van. Kelam kabut mereka masuk ke dalam kenderaan dan memecut meninggalkan tempat itu.

Ironinya, Rusty Blade ada sebuah lagu bertajuk Langsuir Liar. Langsuir kah yang mengganggu mereka malam itu? Liar sungguh.

4- Pernah dengar muzik Southern Rock? 2 kumpulan paling berpengaruh dengan jenisan muzik sebegini ialah Lynyrd Skynyrd dan The Allman Brothers. Selain memainkan jenisan muzik yang sama, kedua-kedua kumpulan ini ditimpa nasib yang sama- kematian ahli kumpulan.

Lynyrd Skynyrd mengalami kemalangan kapal terbang yang membunuh vokalis –Ronnie Van Zant, gitaris- Steve Gaines dan kakaknya, merangkap penyanyi latar- Cassie Gaines.

The Allman Bros pula kehilangan pengasas dan gitaris-Duane Allman kerana kemalangan motosikal.

Pelbagai cerita misteri kedengaran selepas kematian Ronnie Van Zant(Lynyrd Skynyrd), ada yang melihat mendiang lengkap berpakaian hitam dengan batang pancing dikawasan paya yang gemar dikunjungi mendiang semasa hayatnya.

Isteri Ronnie pada satu malam, tidak berapa lama selepas tragedi, terjaga dan melihat Ronnie dihadapannya, hanya untuk berpesan agar menjaga anak mereka dengan baik.

Pemain dram Lynyrd Skynyrd mengalami kecederaan yang sangat parah angkara tragedi terhempasnya kapal terbang mereka. Beliau diisytiharkan 2 kali mati. Dalam keadaan koma, beliau berjumpa Ronnie Van Zant dan Duane Allman dalam satu kabus berbentuk log (batang balak/kapal?), dan Ronnie berkata- ‘Get yourself outta here boy, it’s still not your time yet’. Beliau terus tersedar.

Seorang anggota The Allman Bros pula maut dalam kemalangan setahun setelah kematian Duane Allman, cuma satu blok saja jaraknya dari tempat Duane kemalangan dahulu.

Gregg Allman(vokalis utama The Allman Bros), adik Duane, sehingga sekarang masih merasakan setiap kali mereka mengadakan persembahan, beliau terasa mendiang abangnya berada berhampiran, sehingga ke tahap Gregg boleh terhidu bau badan mendiang abangnya itu.

Sunday, May 22, 2011

But the memory remains







At least say hello

Can men and women be friends?

Sunday morning, as usual for my weekend routine; - got myself a copy of NST newspaper. My favorite is CBT, not sure what you call it in English- sisipan. Hmmm.

Then to the cartoon section, then to the Viewpoints- a reader’s letter makes me thing- Can men and women be friends? Why not give a try?

I don’t like the proposed idea by that particular reader. My explanations below.

He asked if you are a husband, would it be okay for your wife to go out with male friends, such a s her former classmates or officemates? Or if you are someone’s wife, the same situation above.

Hmmm.

For my answer, I will give my no no- if my wife is not accompanied with her mahram (someone that’s like your blood brother/sister/mother/father/relatives/in law (or by wedlock)) and yes if I am with her for the meeting.

But how about if I, myself is going to meet my former female classmates or officemates then?

Simple, I invited them to my place.

We can have lunch/dinner/ whatever and in the same time maintains what we need to maintain.

You know there are several rules abide within the relation of men and women. Especially the Muslim, plus the lack of religious awareness nowadays in our country (free sex, prostitution etc). I am not going to say that I am a Saint, but you get the idea.

Plus I don’t wanted my wife (ahem…to be) to get jealous. Women are easily driven by jealousy and I hate the chain reaction after that.

I love her though I never know whom I am going to spend my entire life with.

Friday, May 20, 2011

Motor

1-Penulis berborak dengan seorang pengawal keselamatan. Beliau pesara polis. Macam-macam disembangkan kami.

Penulis bertanya apa pengalaman paling tak dapat dilupakan beliau masa bertugas dulu. Ada banyak katanya, tapi satu yang paling diingatnya ialah waktu beliau dan rakan beliau mengejar seorang lelaki yang menunggang motor Yamaha RXS pada suatu malam. Berpakaian semua hitam dengan topi keledar hitam.

Penunggang RXS itu memang sangat cekap menunggang, setiap korner memang banting habis. Berdesup.

Cuma mereka(polis dan rakannya) mengejar lelaki itu dalam satu kawasan kecil dalam bandar. Jadi logiknya mungkin dapat juga tahan penunggang itu.

Pecut punya pecut mengejar, penunggang RXS itu memasuki satu lorong.

Tatkala polis dan rakannya itu masuk ke dalam lorong tadi, suasana jadi senyap sunyi. Jalan mati.

Tiada jalan lain untuk keluar selain jalan masuk. Kiri kanan semua dinding rumah kedai bersambung. Penghujung jalan ialah pagar batu rumah Cina.

Bila difikirkan balik baru mereka perasan, penunggang RXS itu tiada nyalaan lampu depan dan belakang.


2-Seorang kenalan penulis bercerita waktu kami berjumpa minum-minum di Tambak Pontian. Beliau bekerja di Tanjung Bin.

Suatu malam waktu nak balik, beliau yang menunggang Yamaha LC 135 meraba-raba seat belakang yang kosong(tiada berikat apa-apa muatan seperti beg/pouch dll). Memang tabiat.

Kali kedua meraba tiada apa-apa. Kali ketiga meraba terasa ada kain di seat belakang. Beliau enggan menoleh dan terus menumpukan pandangan ke hadapan 100%.


3- Waktu di USM dulu, kami dikerah menyiapkan tugasan berkaitan penyenggaraan bangunan. Kami memilh sebuah pasaraya yang menghadap lebuh raya dan laut. Kami menemuramah seorang pengurus yang cukup sempoi.

Usai mendapatkan maklumat kami turun ke bawah bersama pengurus tadi dan berborak macam-macam.

Pengurus tadi bercerita pengalamannya merembat balik ke Pantai Timur kerana urusan keluarga. Urusan mustahak.

Waktu di atas lebuh raya dan mengambil selekoh tajam dengan kelajuan 160 km sejam, matanya terpandang ke tepi jalan. Sekeluarga makhluk berbulu dan mata merah tercongok ditepi.

Alhamdulillah perjalanan beliau selamat.


4-Seorang sepupu tua penulis pernah kemalangan. Motor RXS ditunggangnya ‘total lost’ dan dijual sekerap RM300. Kejadian berlaku pada awal 90 an. Penulis teringat lagi waktu mengunjungi beliau di Hospital Pontian.

Punca kemalangan ialah kerana berlumba haram suatu malam.

Kawan-kawan semua sekepala. Bila memecut motor yang sudah diubahsuai, kelajuan memang mengagumkan. Namun jika kemalangan gigi geraham yang keras pun boleh tercabut.

Sepupu tadi melihat satu jalan lurus dihadapannya waktu beliau sedang ‘leading’ perlumbaan. Diturunkan gear dan pulas minyak 360 darjah.

Pummm!!!!!!!!!!!!!!!

Masuk longkang.

Jalan yang dilihat lurus tadi rupa-rupanya selekoh tajam.

Terima kasih pada rakan-rakan sekepala berlumba haram tadi, ditinggalkan sepupu itu tadi dalam longkang keseorangan. Pengsan. Mujur longkang berdasar lembut.

Kenangan perlumbaan malam itu ialah parut dari dahi hingga ke sebelah hidung.


5-Seorang kawan penulis bekerja sementara di Pekan Nenas lepas SPM. Suatu tengah malam beliau menunggang motor EX5 Class beliau.

Jalan agak lengang kerana hampir tengah malam. Kawan itu tadi pula tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Dan terlelap atas motor lepas saja kawasan bandar Pekan Nenas.

Sedar-sedar beliau sudah memasuki simpang ke Parit Mesjid menuju rumahnya. Jaraknya lebih 30 km dari kawasan bandar Pekan Nenas hingga ke simpang Parit Mesjid tadi.

Menunggang sambil tertidur dengan jayanya sepanjang perjalanan.Bagaimana?Wallahualam.

Alhamdullillah, umur beliau masih panjang.

Misteri 50 tahun.

‘Kamu duduk sini, Mak ke belakang sana. Jangan merayap di luar. Ada kematian, tak elok.’

Si anak melongo saja, orang-orang tua dan orang lelaki daripada keluarga si mati duduk berkumpul mengelilingi jenazah jiran sekampung, seorang perempuan separuh baya. Allahyarhamah dibunuh komunis petang tadi. Ditembak curi.

Puncanya komunis marah kerana seorang saudara rapat Allahyarhamah enggan bekerjasama dengan komunis. Siapa nak menindas bangsa sendiri yang susah semata nak bagi Cina komunis makan nasi di hutan?

Si anak melingas mata melihat persekitaran dalam rumah. Kaum Ibu duduk berkumpul di dapur. Terdengar tangisan sambil dipujuk-pujuk jangan sampai meratap.

Suami Allahyarhamah memang dah lama hilang, tak tahu jejak ke mana. Mungkin pulang ke Sumatra. Anak-anak Allahyarhamah cuma 3 orang. Kawan sepermainan si anak.

Jenazah ditutup beberapa lapis kain batik. Allahyarhamah ditembak tepat di sebelah kiri tepi kepala, waktu keluar ke laman rumah. Waktu orang kampung sedar, Allahyarhamah terhinggut-hinggut nazak. Nafas penghabisan dihembus dengan kuat, lalu senyap.

Jenazah akan dikebumikan malam itu juga. Waktu itu orang tak hirau sangat post mortem mayat yang dibunuh begini. Lepas polis datang dan periksa sah mati, maka jenazah terus diuruskan orang kampung.

Beberapa lama kemudian, selepas siap mandi dan kapan, tibalah masa solat jenazah. Orang-orang kampung semua turun menziarah, menyertai solat. Bukan orang lain Allahyarhamah ini, ada juga kaitan saudara. Yang tak muat untuk solat bersama menunggu dibawah. Keranda mengusung jenazah siap dibuat. Andang-andang kelapa dibakar mencerahkan suasana laman rumah.

Si anak berbaris dibahagian belakang. Waktu takbir pertama, seisi rumah mendengar bunyi dengusan kasar. Anak-anak kecil dibelakang saling pandang memandang. Takbir kedua, dengusan tadi berbunyi lagi. Takbir ketiga, anak-anak sudah mencari Ibu mereka dibelakang(dapur). Orang-orang dewasa dan Tok Imam buat selamba saja.

Takbir keempat,bunyi tangisan nyaring dari atap rumah. Ada seorang lelaki diluar berani memanjat ke atas bumbung nak menjenguk, tiada apa-apa dilihatnya.

Usai saja solat, Tok Imam meminta disedekahkan Al Fatihah sebanyak-banyak untuk Allahyarhamah. Perjalanan ke kubur tidak disertai si anak kerana gelap malam, ditambah kejadian tadi cukup membuat Emaknya melarang turut sama, biarlah orang lelaki dewasa dan tua saja yang ke kubur.

Di kubur terjadi satu kejadian pelik, waktu orang-orang yang menggali lahad menunggu jenazah, datang angin berhembus kuat. Sebelum ini memang tak pernah jadi begitu. Namun pengkebumian berjalan lancar.

Malam itu, dirumah mereka, si anak masih memikirkan kejadian di rumah Allahyarhamah tadi. Orang tuanya sudah berlingkar tidur dibilik. Si anak terkebil-kebil memandang atap. Tidurnya seorang dalam biliknya sendiri. Waktu itu adik kembarnya terlambat 2 tahun lahir.

Pap pap…..

Telinga si anak menangkap bunyi orang berjalan di luar rumah. Jelas terdengar tanah dipijak orang. Kerikil-kerikil kelitik-kelitik seperti disapu kaki orang. Si anak diam-diam saja sambil menutup mata.

Krukk krukk.

Bunyi anak tangga pintu depan dipijak orang.

DUMM DUMMM DUMM!!!

DUMM!!!!!! DUMMM!!!!! DUMMMM!!!!!!! DUUMMM!!!!

Pintu diketuk dengan kasar. Kalau bukan kerana kayu pintu masih kukuh rasanya sudah pecah pintu sebaik saja ketukan pertama.

DUMMM!!!!!! DUMMMM!!!!!! DUMMMMM!!!!!!!DUMMMMMM!!!!!DUMMMMM!!!!!!

Si anak menggigil ketakutan. Dikelubung badan dengan selimut. Hairan fikirnya, takkan Emak dan Ayahnya tak terdengar ketukan sekuat begitu?

TUMM!!!!! TUMMM!!!!!!

Jantung si anak seperti nak keguguran. Daun tingkap biliknya yang tertutup pula diketuk.

Berapa tinggi agaknya ‘orang’ yang mengetuk ini? Rumahnya jenis rumah kampung yang tinggi. Bahagian bawah rumah dalam 10 kaki tinggi untuk lalu lalang.

TUMM!!!!!!! TUMMMM!!!!!!!!!TUMMMM!!!!!!!!TUM!!!!!!!!!!!!!

Tak boleh jadi begini, fikir si anak.

‘Mak!!!!!’

Si anak menjerit sambil berlari ke bilik orang tuanya.

Jaga saja si Emak dan Ayah, tiada lagi bunyi-bunyi ketukan tadi. Senyap.

Sekarang 2011, hampir 50 tahun, si anak masih tidak mengetahui siapa atau apakah yang yang mengganggunya malam itu.

p/s- si anak adalah Pak Uda penulis (berkahwin dengan Kakak ibu penulis.)

IMF

1-Feel like to apply

Thursday, May 19, 2011

Berborak dengan Mat Lo (orang kampung faham la apa isi cerita)

'An, An oooo An'

'Aaan...Ooooo An'

Pembunyi diatas ialah seorang jejaka unggul Kampung Rimba Terjun( Barat)- Mamat Lo. Pagi-pagi selepas aku siap bagi makan pada kucing-kucing yang dah cecah lebih 20 ekor, maka bunyi-bunyian diatas kedengaran. Dah 3 ke 4 hari.

Kadang-kadang aku intai saja dari dalam rumah. Hari ini tergerak hati aku melayan beliau.

Aku(A)- Mat, nak apa Mat? Pagi-pagi dah datang.
Mamat Lo(ML)-Fahmi, panggil Pa an(An) Mi.

A-Rilek dulu(bergerak keluar dan duduk dibangku batu). Kau kerja mana sekarang Mat?
ML-Esok nak ambik gaji. Pa an ajak pergi rumah Ah Liang.

A-Kat mana kau kerja Mat?
ML-Esok ambik gaji. Dah berhenti dah.
A- Aku tanya kau kerja mana?

ML-Pa an ajak aku pergi rumah Ah Liang. Nuek(kawan rapat Mamat Lo) yang isi borang.
A-Aku tanya kau kerja mana Mat oi?

ML-Kilang. Panggil Pa an, Mi. Pa an nak tanya kerja kat Ah Liang.
A-Kilang apa Mat?Aku tanya kau dah berapa kali dah.

ML-Shimano.
A-Shimano (kat) Pekan?

ML-Ha ah.
A-Kerja berhenti, kerja berhenti, kerja berhenti, kerja berhenti. Apa la.

ML-Tu la sapa suruh berhenti Econsave dulu. Haha (Mat Lo kerja disana dulu sebagai jaga).
A- A'ah yang kau gaduh dengan supervisor kau dulu tu? Haha. Kerja dah sedap, dekat rumah. Berhenti. Hahaha. Tengok Jo (sepupu aku dan juga kawan Mat Lo) sekarang. Dah senang. Dah ada kereta. Dah kahwin.

ML-Dulu Jo kerja kilang papan pasal berenti? Kilang aku tu (bekas tempat kerja Mat Lo)
A-Batuk.

ML- Tu la, tak nak pakai topeng.
A-Seminggu kerja, tak tahan batuk.

A-Aku pun dah setahun habis belajar pun tak ada hasil juga. Hahahaha.
ML-Hahaha

ML-Setahun dah? Bilang sambung?
A-Nanti la.

Dua-dua senyap.

p/s- Rezeki ditangan Allah SWT.

Tuesday, May 17, 2011

Peledak Hitam (‘Black Album’ METALLICA) Part 1



Black Album METALLICA

Pada penghujung 80an, Metallica telah menemui kebuntuan kreativiti mereka. Dengan album Black (‘Metallica’) kemudiannya, mereka merempuhi segala batasan yang taboo pada genre mereka (asalnya), membuat rekod yang meletup ditangga carta dan menjadikan mereka aksi metal terbesar sepanjang zaman.

Ia menjadi satu kenyataan yang umum- ‘Metallica’ telah menjadi aspirasi ramai melalui karier mereka- album yang tidak saja sekadar menandakan tahap kreativiti tertinggi tetapi juga memecah tembok perdana( komersial).

Album ini menandakan pengakhiran satu era pada masa grunge dan rock alternative mula mengambil tempat pada awal-awal 90 an.

Ia adalah album ke 5 Metallica, dengan tajuk yang sama. Dikeluarkan pada 1991, dikenali sebagai Black Album, kerana cover art yang minimalnya;- kelabu-atas hitam. Apa pun panggilan album itu, ia adalah satu tanda kenaikkan aras pada profil Metallica sendiri- James Hetfield, Kirk Hammett, Jason Newsted dan Lars Ulrich.

‘Bila anda mengalami sendiri semua kejayaan yang dah kami capai, automatik anda dah tahu apa rasanya. Jadi tiba masanya untuk bergerak.’ James Hetfield.

Daripada kelompok metal membawa ke era kejayaan komersial antarabangsa dan menjadi Superstar.

Walaupun Black Album juga menandakan pengakhiran era Metal, ia menjadi batu tanda pada Metallica sendiri, pada karier dan muzik mereka. Album sebelumnya …. And Justice for All dikatakan Metallica telah kekeringan idea. Album ‘Justice’ itu menampilkan muka baru Jason Newsted dan paling ketara-tanpa Cliff Burton, yang meninggal dunia dalam kemalangan bas pada 1986. Memang ‘Justice’ menjadi album tahap Platinum pertama mereka, tapi ia juga album yang paling mengecewakan pada Metallica sendiri.

Kecuali lagu ‘One’-pengisahan kebisuan, kebutaan, kecacatan seorang askar yang terperangkap dalam koma- semua lagu dalam ‘Justice’ dikatakan gagal dalam sudut artistik, tidak seperti album sebelumnya- Master of Puppets yang dianggap salah satu daripada album terbaik Metallica.

Pada penghujung 18 bulan tour mereka pada 1989, Metallica dianggap kumpulan terbaik dalam kelompok metal generasi baru. Pencalonan Grammy untuk Aksi Heavy Metal Terbaik membuktikan industri muzik telah mengenali mereka, disamping jutaan lagi peminat diseluruh dunia.

Tapi muzikaliti, Metallica dalam keadaan tenat.

Hammett berkata- ‘Waktu tour ‘Justice’, kami menyedari pendapat ramai mengatakan lagu-lagu dalam album tu terlalu panjang. Satu malam waktu habis persembahan, lepas bermain 9 minit durasi untuk lagu terakhir daripada ‘Justice’, salah seorang daripada kami berkata, ‘Dah, tadi kali penghabisan kita main lagu tu!!’

Tidak seperti kebanyakkan kumpulan, yang biasanya meneruskan jalan yang sama, Metallica mengambil keputusan untuk album seterusnya, mereka mahu sesuatu yang berlainan- bermula dengan Penerbit.

Penerbit berketurunan Denmark, Flemming Rasmussen telah bekerja dengan dengan mereka pada album ‘Justice’ dan 3 album terawal; Master of Puppets, Ride the Lightning dan Kill’ Em All. Penglibatan Flemming lebih sebagai fasilitator, seseorang yang meneruskan arah yang diambil daripada pemuzik.

Sekarang yang diperlukan Metallica ialah, seperti dikatakan Hammett ‘Hal yang berkaitan visi’. Mereka menemui apa yang dihajati dengan Bob Rock,seorang penerbit yang dikatakan, tanpa segan-segan lagi, pemikiran terlalu komersial, dan juga seorang pakar dalam hal-hal studio yang pernah bekerjasama dengan Motley Crue (Dr Feelgood) dan Cult( Sonic Temple), memberikan grup-grup tersebut kejayaan terbesar dalam karier mereka. Namun resume Bob yang begitulah yang menarik perhatian, Hetfield dan pembuat polisi utama- Ulrich.

Pemilihan Bob Rock mungkin inisiatif paling radikal dibuat Metallica. Ulrich menerangkan hal ini kemudiannya, waktu grup ini sibuk merakam di studio One on One di North Hollywood.


‘Kami rasakan dah sampai masa untuk rekod sesuatu yang besar, berisi siap dengan ‘fat low end.’

Ulrich lalu menyambung lagi ‘Dan untuk mencapai visi rekod begitu, kami dapati album-album dalam tahun-tahun sebelum ini- bukan lagu tetapi bunyi keseluruhan- ialah album Dr Feelgood. Jadi kami katakan pada pengurus kami ‘Telefon mamat ni dan tanya dia nak mix kan ke tidak untuk album akan datang( Black Album)’.

‘Pengurus kami kemudian datang balik dan katakan, yang mamat tu bukan saja setuju untuk mix tapi dia juga dah lihat persembahan live kami. Dia suka sangat dengan kami dan nak sangat terbitkan album kami.’

‘Kami waktu tu macam, eh kami ni Metallica la, takda orang lain boleh cakap apa-apa pun tentang muzik kami dan beritahu apa benda nak dibuat!’

‘Tapi beberapa hari lepas tu, kami berfikir semula dan kata okaylah, kita cuba rilek sikit dan bagi peluang kat mamat tu. Kan nama dia Bob Rock kan, eh Rock tu, jadi boleh kot?’

Satu perjumpaan kemudiannya diadakan di rumah Penerbit itu di Vancouver, Canada.

Ulrich menyambung lagi, ‘Kami tengah duduk-duduk dan kata ‘Eh Bob, kami tahu kami dah buat album-album yang bagus, tapi dalam 3 tahun ni kami nak rekod sesuatu yang lebih kental dan ada banyak groove.’

Bob menjawab, ‘Masa aku tengok persembahan live kamu dan dengar rekod kamu,aku terfikir kamu tak dapat sikit pun tangkap apa yang kamu buat waktu live kamu masuk ke dalam album-album kamu.’

Metallica bersetuju dengan kenyataan Bob Rock .

Daripada itu Metallica membuka teritori ego mereka dan mahu melihat bagaimana kolaborasi ini akan membawa mereka ke arah mana.

Bila Hetfield dan Ulrich memainkan untuk Rock sebuah demo yang dirakamkan pada musim panas tahun 1990 di studio rumah Ulrich, Bob jadi sangat gembira dan bersetuju meninggalkan sementara Vancouver dan merekod untuk Metallica di Los Angeles. Bob jadi sebegitu gembira sebaik mendengar trek ‘Sad but True’

‘Bob dah macam, Wow!!! Ini lah Kashmir (sebuah lagu hits oleh Led Zeppelin di tahun 70an) untuk 90an!!’ kata Ulrich.

‘ Aku tengok James kemudian dan kami berdua berfikir- orang tua ni(Bob) baru je dengar satu trek gitar dengan dram, dan melodi vokal yang cuma bunyi na na na…?’ gelak Ulrich kemudiannya.

‘Lepas saja kami bagi dengar Bob demo tu tadi, suasana dah mula hidup. Kami terbangkan Bob ke sini, studio One on One, dan dalam bilik ini, dekat dengan mesin tu, aku mainkan lagi 2 ke 3 lagi lagu dan, BOOOMM!! Dari situ, ok kita dah boleh jalan (kerjasama Bob Rock dan Metallica).


TBC

Monday, May 16, 2011

Polite tichondrian

1-Too many politics is bad for you. But everyone nowadays just wanted to be influential for the sake of them self.

2-I wanted to blame them but then what?or who to blame?We are slowly rotting.

3-Cursed you and all of your descendants. Yeah, I just blamed them.

Wan I love You.






Dah berapa minggu saya dok renung tenung gambar Kawasaki Ninja convert R1 ini di mudah.my. Ohhh. Kemas hasil kerja bengkel yang buat modifikasi ni.

Kalau ada RM20,000 orang lain buat kahwin, tapi kalau saya... Hehehehe. Cik 'T'(TZM) pun dah perlu di 'convert' juga.

p/s-Kawasaki Ninja ZXR 250 tukar 'fairing' Yamaha YZF R1 (hence Wan)

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA