Saturday, April 30, 2011

S.L.Y

As long as one and one is TWO

More than I LOVE YOU

MOM
1-Pensyarah saya Dr Haji QS Ilias Said, pernah pesan, untuk apa-apa hajat atau cita-cita, tulislah apa yang dimahukan itu, Insya Allah jadi. Pensyarah itu membuktikan dirinya sendiri sebagai bukti-jutawan, tiap-tiap tahun ke Mekah buat Haji, bina masjid di tebing Sungai Mekong, dan lain-lain. Pensyarah ini seorang Al Hafiz, satu karekter saya nyatakan disini untuk membunuh rasa negatif sesiapa yang membaca tampalan ini. Lagipun susah sangat ke untuk menulis apa yang dimahukan diri sendiri?

2-Maka disini saya taipkan apa-apa yang saya mahu:

a-Mati syahid atau Husnul Khatimah
b-Kebebasan kewangan
c-Jodoh yang baik dan keturunan yang soleh dan tidak cacat cela
d-Dipanjangkan umur Mak Ayah dan dijauhkan malapetaka dan penyakit
c-Diberi maqam yang tinggi untuk Rasulullah saw
d-Diampuni segala dosa arwah Atuk
e-Saya dijadikan seorang yang disegani, disayangi, dicintai segala makhluk
f-Diberi kesabaran, keyakinan dan kemahiran bercakap
g-Diberikan lidah yang fasih dan ditajamkan minda
h-Diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke syurga bersama keluarga, orang tersayang, saudara mara dan kawan-kawan
i-Dibantu menyambung PHD dan memperoleh biasiswa
j-Dijauhkan segala keaiban fitnah syirik munafik dan orang serta perkara negatif

3-Selagi bernama manusia akan selalu berkeluh kesah, rasanya setakat ini saja dulu. Anda macam mana?

Sesuatu yang aku suka



'Allah SWT turunkan hujan, kerana nak beri kita pelangi'.






1-Alhamdulillah. Semoga catatan ini menjadi saksi di akhirat sana aku bersyukur atas apa-apa yang Allah SWT tetapkan.

2-Allah SWT tak pandang apa-apa melainkan takwa semata. Sedangkan dunia ini nilai pada Allah SWT tidak lebih daripada sehelai sayap nyamuk.

3-Bagi yang membaca catatan ini, terima kasih dan selalulah berfikir kebesaran Allah SWT pada waktu susah dan senang untuk mengingatkan diri siapa hamba siapa Penguasa.

4-Aku juga berdosa.

Matinya

1-Kalau diberi peluang aku mahu sentiasa dekat dengan dia.

2-Apa yang mahu dimakannya, apa yang mahu diminumnya semua aku sediakan. Insya Allah, walau aku tahu aku bukan jenis berduit sangat. Untuk dia, tak apalah.

3-Selalu ada dekat dengan dia, berborak, bergurau, berjalan ke sana sini. Damping dia dengan penuh kegembiraan. Buat dia tersenyum selalu. Sokong apa saja yang dia buat untuk kebaikan diri dia. Korban apa yang termampu untuk dia.

4-Kalaulah aku tahu dia akan pergi tak berapa lama lagi.

5-Dia adalah orang-orang yang kita sayang, kenal, pernah bekerjasama, berperasaan cinta dan mungkin orang yang kita mahu sentiasa dekat. Boleh jadi Ayah, Emak, Atuk, Nenek, Adik beradik, kawan, kekasih, teman sekerja, kawan sekuliah,kawan sekampung.

6-Bila mereka telah pergi, selain doa dan belangsungkawa, tiada apa lagi kita termampu bagi membantu.

7-Hargai apa yang kita ada sekarang. Bukan sesuatu yang tak jelas dimasa depan.

Thursday, April 28, 2011

Sedikit sikit

1-Jangankan bersyukur, malahan selalu mengeluh. Tanda iman yang cacat.

2-Marah melihat orang lain senang, gembira melihat orang lain susah. Maksudnya fikiran yang bermasalah.

3-Menunggu atas sejadah turunnya duit berkepuk, ertinya lemah.

4-Mata melihat kebendaan, hatinya mati, buta dan impoten.

5-Solat ke laut, kerja di utamakan, maksudnya kufur.

Wednesday, April 27, 2011

Kesetiaan atau keperluan?

1-Kontra dan pro Malaysia dan negara luar (negara maju seperti USA, Britain, Jerman dll) dalam skop ekonomi dan tahap kepuasan rakyat.

2-Kita terdengar klise keadaan di luar lebih baik dibanding dalam Malaysia. Di luar senang cari makan, kos hidup rendah berbanding Malaysia, faedah yang pelbagai, lebih 'secure',dasar merit bukan kuota dan banyak lagi.

3-Saya tidak mengetahui sangat keadaan diluar negara tetapi itu bukan sebab untuk berdiam diri. Patriotik kadang-kala tidak diletakkan pada semua keadaan kerana realiti itu lebih 'real'.

4-Jika diberi pilihan untuk saya ke luar negara;- bekerja, migrasi, hal akademik dll saya fikir saya memilih USA. Itu pilihan personal saya. Memang tiada tempat mana-mana dalam dunia yang dapat memuaskan hati. Klise;- Malaysia tetap dihati. Ya, itu benar. Malaysia tetap dihati.

5-Bagaimanapun semua keputusan yang dibuat akan ada dampaknya. Dan perit jika dampak itu buruk. Lihat apa yang terjadi pada bekas warganegara Malaysia yang memohon kerakyatan Britain (saya lihat majoriti bangsa Cina, pelik?Tidak) dan gagal memperolehnya. Mereka boleh gunakan pelbagai alasan bagi membela nasib, tapi yang pasti mereka bukan lagi warganegara Malaysia. Maaf, saya memang tersinggung dengan golongan sebegini.

6-Saya pernah terbaca seorang saintis Mesir yang mempunyai 2 kerakyatan dan saya percaya tidak semua individu boleh begitu. Malaysia dan juga beberapa negara Asean memberi kerakyatan pada rakyat asing untuk bidang sukan dan itu dapat saya terima kerana tidaklah besar mana pun (mengikut apa yang baca dan matematikkan berdasarkan bacaan massa). Jika ada yang tidak berpuas hati pergilah bertanya pada penggubal undang-undang.

7-Masa akan menjadi lapangan pilihan. Padang hati difikiran.

Gelap

Adakah anda pernah tinggal dirumah yang mana satu ruangan dalamnya jarang-jarang dimasuki cahaya matahari?

1- Along tidur berseorangan malam itu didalam bilik tengah. Bilik itu memang biliknya seorang, ibu bapanya dibilik lain dan adik-adiknya dibilik lain.

Bilik yang menjadi miliknya itu memang agak terperosok reka letaknya. Pintu bilik mengadap ruang tengah antara dapur, 2 bilik lain dan ruang depan.

Ada katil disediakan, tapi Along lebih suka tidur dilantai beralas tilam. Pintu bilik memang dibiarkan terbuka. Memang tiap kali tidur akan mengadap pintu bilik.

Suatu malam waktu seisi rumah telah tidur, Along tersentak. Tidurnya terganggu tiba-tiba. Matanya memandang tepat pada pintu bilik. Sesosok hitam berdiri ditengah pintu.

Bergoyang-goyang perlahan-lahan.

Kemudian menjadi semakin laju. Kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan. Sangat laju. Anda bayangkan pen atau pensil yang digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan dalam kelajuan yang tinggi.

Berpeluh-peluh Along melihat sosok hitam itu beraksi. Hampir setengah jam. Kemudian lesap.






Kadang-kadang kita terperasan sesuatu melintas disebelah kita. Berani tak berani saja untuk melihat tepat. Kadang benda itu berhenti sekejap disebelah.

2- Sahbudin mengadap monitor komputer. Kirinya pintu bilik.Waktu pagi-pagi buta. Bilik digelapkan agar tidak mengganggu keluarganya tidur.

Seronok membaca entah apa dalam komputer, ekor matanya terlihat sesuatu melintas dipintu. Tidak dipedulikan Sahbudin, tapi dikuatkan speaker komputernya untuk memberanikan diri.

Sekali lagi ekor matanya melihat sesuatu melintas lagi. Di buka Winamp dan dipasang Surah Al Fatihah.

Benda yang melintas itu berdiri ditengah pintu. Putih. Cuma Sahbudin tidak melihat tepat. Sekadar melalui ekor mata sebelum benda itu menghilang.







Pengawal keselamatan terutama di waktu malam memang banyak cerita misteri. Mereka dah lali tapi kita yang mendengar terasa ngeri. Ini kan pula kena jumpa benda itu hari-hari. Selamba.

3- Kadir baru mula meronda. Sekarang gilirannya. Setiap 2 jam beliau dan Mahadi akan bertukar-tukar meronda sekeliling kawasan kilang. Mereka baru sebulan dua bekerja dikawasan kilang yang baru 3 ke 4 bulan dibuka. Produk buatan kilang ini ialah kuey tiow mentah. Jam 2.25 pagi.

Luas kawasan lebih kurang hampir padang bola sepak. Yang leceh ialah kilang ini 2 tingkat. Setiap kali meronda perlu memanjat tangga untuk mengisi buku catatan ditingkat atas. Depan kilang jalan besar ke JB. Kiri kanan pokok sawit. Jalan kosong tiada kenderaan. Cuma gelap malam saja seperti biasa melatari habit pekerjaan mereka berdua.

Kadir menyalakan rokoknya.Satu demi satu anak tangga besi dilangkahnya. Dapat didengar radio yang dipasang dipondok pengawal. Bolehlah buat-buat beranikan diri. Tidaklah terasa sunyi sangat waktu meronda.

Walkie talkie dibawa agar memudahkan komunikasi. Mahadi duduk berkawal dipondok jaga sambil minum kopi panas yang selalu dibawa Kadir.

‘Di…Di’

Berbunyi walkie talkie milik Mahadi. DIcapai dan ditanya kenapa kepada Kadir.

‘Tingkat atas. Sekarang’. Dan walkie talkie terus senyap.

‘Apa kena dia ni?’ kata Mahadi perlahan. Dicapai cota kayu, dan lampu picit. Mencicit lari Mahadi naik ke tingkat atas.

Sampai dikoridor tingkat atas, Mahadi melilau mencari Kadir.

‘Dir oi, kau kat mana?’ tanya Mahadi melalui walkie talkie. Senyap.

‘Kau memain la, main la. Karang aku turun balik kang. Oi, kau kat mana?’ dikeraskan sedikit suara Mahadi. Geram dan cemas.

Eaaukkkkkkkkk…Eaaaukkkkkkkkkkkkkkk……..

Nyaring bunyi sesuatu diudara.

Mahadi memasang telinga. DIgenggam erat cotanya. Beliau menghampiri dinding pejabat. Bersiap sedia. Samada bersedia berlari atau bersedia memukul apa saja yang menjadi punca bunyi tadi, dengan cotanya.

TANGGGG!!!! Gedegangg!!!!

Mahadi terasa seperti separuh nyawanya hilang terperanjat mendengar bunyi tong sampah kuning dibaling ke arahnya.

Menggigil sudah satu badan sekarang. Fikiran terkaku sekejap Mahadi.

‘Di….kau kat mana? Dengar bunyi tadi?’ suara Kadir keluar daripada walkie talkie.

Mahadi masih menggigil.

‘Di… Mahadi oi’ suara Kadir masih keluar daripada walkie talkie.

Tersedar Mahadi dan berlari turun ke bawah.

Kadir sudah ada dipondok jaga. Hairan melihat Mahadi yang ketakutan, berlari-lari turun tangga.

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Kadir menarik Mahadi cepat-cepat masuk ke dalam pondok jaga. Ditutup pintu. Radio masih berbunyi.

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Bunyi macam Keldai mengekek. Tapi mana ada keldai disini? Dalam TV selalulah juga nampak.

Tukkkk Tukkkk. Bunyi ketukan sesuatu ditingkap pondok jaga. Tingkap jenis sliding. Kaca hitam tapi lutcahaya. Orang dalam boleh nampak orang luar.

Esoknya Mahadi berhenti kerja dan Kadir demam 2 minggu.

Bila ditanya penyelia mereka, jawabnya cukuplah. Tak mahu jumpa lagi malam-malam. Apa dia? Mulanya mereka tak mahu beritahu, tapi setelah dipaksa begini jawabnya.

‘Ada benda muka buruk betul dok melekap ditingkap pondok jaga. ‘

Benda itu menggoyang-goyang kan kepala mengacah-acah dan tersenyum menampakkan siung.

p/s-Kadir adalah jiran penulis. Bila ditanya siapa yang menyuruh Mahadi naik ketingkat atas, Kadir cuma menggeleng saja.

Nasi goreng ayam nasi lebih

'We, biasa!' laung ku pada Awe didalam kedai. Aku duduk diluar kedai dimeja yang setentang jalan raya, apakala kalau ada kereta lori terbabas ke tepi, aku mati dulu. Begitulah gambarannya.

'Bereh!!' laung semula Awe sebagai jawapan. 'Boh(bos) minum apa?' laung semula Awe. 'Teh ais' balasku sambil menafikan hakikat aku perlu kurangkan susu pekat manis. Dr Health 9000 ada dirumah.

Pommmm. Sebiji Honda Wave modified meluncur laju, hah kalau ini yang terbabas;- penunggang tu yang mati dulu- kena pukul.

'Sorang jo ko?' tanya seorang pekerja Awe. Aku tersenyum saja. Malu.

Astro menayangkan cerita filem Hong Kong. Pelakonnya ku kenal rupa tapi nama tidak. Biasa menghiburkan aku waktu kanak-kanak dulu. Nak guna Google cari nama pun pelakon itu pun, tajuk filem pun kadang-kadang tak berapa tepat. Memang penting kuasai bahasa lain selain BM dan BI.

Tapi dalam kubur nanti guna BA. Heh.

5 minit, 6 minit, 7 minit.

'Nah Boh, sorang jo ko?' tanya Awe menghantar order biasa aku. Aku tersenyum saja. Malu.

Nak makan order aku ni, biasanya aku kunyah daging ayam dulu. Kalau ada cili kan aku gaulkan dengan nasi, kalau ad biji cili aku asingkan pasal waktu PLKN dulu ada kawan kata biji cili boleh rosakkan buah pinggang. Lama dulu, tahun 2003 dulu. Ingat lagi kenangan makan ikan jaket dengan kawan-kawan yang cuma 2 orang saja aku pernah jumpa kini, pekerja kafe UIAM belakang Mahallah Usman yang agak kedekut nasi, performance depan Fasi, dihambat komando, burger mahal, UIAM yang lebih luas dari Bandar Pontian, sungai UIAM yang keruh,dewan utama UIAM yang seluas taman perumahan aku, berjalan kaki ke mana-mana saja,komando yang masuk air,berendam dalam kolam mandi tiap-tiap minggu, keluarga angkat di Felda Mempaga II Bentong Pahang, awek tak jadi-Chot, 3 amoi yang baik hati, kawan-kawan Cina, kamera hilang,jumpa dompet kosong,jumpa pengacara apa nama tu Wan apa ntah yang terkenal dengan 'apa kejadahnya' dan banyak lagi lah.

Itu belum cerita hal dalam Kem Legenda Gunung Ledang, tiap-tiap malam berdepan Malaikat Maut- tidur dalam khemah bawah pokok besar.

Alhamdulillah, kenyang.

p/s-aku bangga dengan apa yang aku lalui, siapa yang aku kenal dan apa yang aku belajar. Terima kasih untuk semua Ya Allah.

Monday, April 25, 2011

Kumpulan Beruk

Salam. Saya nak kongsi cara saya gunakan Celcom BB 'to the max'. Saya tinggal di Pontian,Johor. Kawasan paling selatan dalam benua Asia. Jadi boleh bayangkan tahap kualiti servis Celcom BB.

Mungkin ada yang dah tahu teknik/kaedah ini, tapi saya kongsikan juga untuk sedikit amal jariah-

1-Di Manage Device> Highlight pada Device> Klik Edit > Network Preference> Klik pada 3G only.

2-Keluarkan sim card dan tunggu seminit dua sampai 5 minit, kalau berhadapan masalah tiada sambungan talian internet. Restart komputer kalau masih bermasalah.

3- Taip atau Copy /ping www.google.com -t dan paste di Run, untuk pastikan talian internet tidak kerap terputus terutama selepas lepas had penggunaan.

4-Emel pada Celcom dan CC kan pada SKMM. Saya dah buat dan staff Celcom mencicit telefon saya, diberi rebat sebulan dan line semakin improve (dulu Edge kepada HSDPA sekarang(1 bar sahaja). Celcom sedikit gentar dengan nama SKMM mengikut pengalaman saya berurusan dengan Customer Care Line Celcom.

5-Komplen di mana-mana forum, blog(Mazidul Akmal Sidik wartawan TV3), dan diblog anda sendiri(kalau ada) berkenaan servis buruk Celcom BB dan emel pada pihak Celcom sebagai publisiti percuma.Ingat, publisiti baik atau buruk adalah publisiti.

6-Cuba cari alternatif lain (Yes, P1 dll) terutama yang tinggal dikawasan-kawasan jauh dari Lembah Kelang atau jauh dari ibu negeri masing-masing dan emelkan pada Celcom alternatif pilihan anda (selitkan kiasan untuk beralih penyedia servis internet) dan mungkin ada harapan Celcom perbaiki servis dikawasan anda seperti yang saya lakukan di Pontian Johor.

7-Kalau-kalau berhubung dengan kakitangan Celcom untuk mengadu(telefon), jangan berkasar kalau kita nak psiko mereka untuk bantu selesaikan masalah kita. Boleh bertegas. Tapi kalau-kalau jumpa yang kurang ajar, jangan risau kerana biasanya akan ada rekod perbualan. Saya pernah bercakap dengan seorang staff Celcom bernama Rizal yang agak kurang peka dengan masalah pelanggan dan tiada skil komunikasi. Tapi kemudian ada pegawai Celcom yang lain menelefon saya untuk meminta maaf. Selesai.

8-Kita boleh protes kualiti servis yang teruk dengan bayar bil lambat atau jauh lebih lambat dari tarikh sepatutnya bayaran dijelaskan. Saya jarang-jarang sangat menerima bil yang diposkan ke rumah jadi itulah alasan saya tiap kali lambat membayar bil. Gunakan kelemahan mereka untuk kenakan mereka balik.

9-Seandainya Celcom masih lepas tangan, buat solat hajat minta petunjuk untuk lepas dari cengkaman Kapitalis ini dan lepas dari pelbagai 'hidden charge'.

Apa yang saya perhatikan servis Celcom meliputi semua tempat sampai ke Pulau-pulau yang jauh dari tanah besar, jadi 'service provider' lain agak kekurangan dalam hal liputan. Dalam hal ini memang Celcom menang.

Tapi pelangganlah yang menentukan jatuh naik entiti perniagaan.

Gunakan hak anda 100%.

p/s-'Berukband' bagi menjelaskan tajuk tampalan ini.

Persoalan tergantung

1-Orang Melayu di Malaysia akan dikaitkan dengan agama Islam yang dibawa oleh pendakwah/ulama/pedagang dari negara-negara yang lebih dulu menerima Islam dan kita tahu pusat asal Islam ialah di Mekah dan Madinah sebelum tersebar keseluruh tanah Arab hingga ke seluruh dunia.

2-Tebalnya Islam dan Melayu hingga wujud istilah 'masuk Melayu' bagi yang baru memeluk Islam.

3-Perspektif utama penulisan saya ialah di Malaysia (merangkumi juga bekas bahagian Malaysia dan yang mempunyai sejarah dengan Malaysia seperti Brunei).

4-Islam diletakkan agama rasmi Persekutuan Malaysia. Begitulah pemahaman saya sebagai orang yang tidak praktis dalam undang-undang. Namun agama lain boleh diamalkan. Islam agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan, begitu seronok kita dengar. Persoalannya ialah benarkah Islam agama rasmi dalam catatan Perlembagaan dan dilaksanakan?

5-Kalau begitu (benarkah Islam agama rasmi dalam catatan Perlembagaan?) adakah yang lebih atas dalam Perlembagaan? Adakah wujud? Saya tidak mengkaji perlembagaan, cuma pertanyaan saja.

6-Atau rohnya (Islam agama rasmi) telah hilang?

7-Di universiti dahulu saya pernah bangkitkan adakah Islam itu cuma sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, bazar Ramadhan, baju Melayu, ketupat rendang? Malangnya kerana kelemahan teknik pembentangan saya tiada siapa yang faham.

8-Tampalan ini sengaja saya tinggalkan seperti ada sesuatu yang kosong, agar ruang vakum(kosong) itu dapat kita penuhi dengan berfikir sebentar untuk sesuatu yang lurus.

Download



http://www.imranhosein.org/media/books/j_in_q.pdf











Link- http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html

Sunday, April 24, 2011

2003 -SMTBP SINILAH MANA TAPAK BERMULA PERJALANAN





Cantiknya.....

Cuma aku katakan dalam hati saja bait baris diatas waktu melihat seorang gadis.

Kami kawan-kawan dalam Dewan Makan Asrama SMTBP. Makan tengahari, nasi ayam tahap ekonomi (gaya masakan). Tetap sedap bagi pelajar yang terkurung dalam asrama.

Meja kami dibahagian depan agar mudah menonton TV. Tengok Melodi tak silap masa tu.Hujung minggu makan sedap sikit. Bagi pelajar asrama yang terkurung (lagi) dalam asrama, sedap saja menu disediakan.

Hmmm.

Along(ABM) dah ada makwe, arwah Indon(KFL) tengah dalam proses mengurat seorang, Mat Noh(KFL) pun dah ada Markonah, Najib(KA) dok nak mengurat siapa aku lupa, Montel(KA) tak payah cakap, Balau(KA) kat kampung dia dah simpan seorang, Boss(auto) aku tau dia couple dengan Usop(EL), Bean(KE) sibuk dengan black magic dia, Kusut(auto) dia takda masa layan jiwa-jiwa,Aura(KJ) pulak tiap tahun ganti baru, aku ja takda. Yang lain aku tak tau.

Eh, yang cantik tadi macam mana?

Masih ada lagi ke si cantik tadi? Hmmm. Dah keluar dari Dewan Makan.

Sampai sekarang aku tak tau siapa namanya, orang mana, kelas apa. Maklumlah aku dalam kelas disekolah pun cuma bercakap dengan;-

1-Mira
2-Fiza
3-Azyati
4-Angah(N)
5-Markonah
5-Zalima
6-Makcik kantin

Dalam kelas pun takda minat sangat tengok perempuan pasal mula daripada Tingkatan 4 sampai Tingkatan 5 mata ni bagai digayut untuk tidur.

Adalah tengok-tengok seorang dua perempuan (rahsia), tapi masa tu kepala tak fikir sangat untuk berkawan dengan perempuan.

Pagi, petang, malam, tengah malam, pagi sebelum pergi sekolah asyik dengan kawan-kawan lelaki aja. Mana stim. Abang Stim korang ingat lagi?

Saturday, April 23, 2011

WACOM


1-Tengok lukisan digital di pergh.com dan deviantart/zhuzhu buatkan saya terfikir- masa untuk upgrade. Penggunaan mouse agak leceh, dan saya mahukan ketelitian. Dengan mouse biasa, terasa kaku padahal dah berbelas tahun melukis menggunakan pen/pensil. Bila nak buat garis lurus, tangan menggigil, bila nak fill in color guna bucket, tangan menggeletar.

2-Dulu saya tengok animasi apa entah (In The Making), animator menggunakan pen melukis diatas satu permukaan macam monitor. Saya tak tahu apa teknikalnya dipanggil. Bila saya cuba cari di pergh.com tentang tutorial melukis digital terjumpalah- WACOM.

3-Paling murah RM100, medium RM300-500, mahal RM900 keatas, paling mahal- TAK TAHU. Hmm... tangguh dulu untuk buat refret LP copy saya, nak cari Wacom pula. Hehe.

4-This is what I do best.

Personal vs public

1-Once I had a chat with a long time friend of mine. We went to same school in SMTBP( currently SMVBP).

2-I asked him when he will going to update his long hibernate mode blog, and he replied it's not his style to post anything that will look like a diary. Hmmm...

3-Now, is my blog look like a diary? A little maybe. Before I made a post that this blog will never got flag as private, but currently I feel it's going to be. I change you change typical.

4-Not because I thought all my posts here was too personal, some maybe, but I feel stupid for a reason that I will not discuss here. Just a hint, if that xx can, then why not me?

5-I only hesitate a bit now due to some people might think that my blog got explicit contents in it, you know that homosexual, hentai, adult things etc caused it to be a private one. No, not me.

6-I just wait and see whether this is a good idea or not.

Friday, April 22, 2011

Sin

1-Nowadays, I realized its okay to treat people in the baddest way. Don't blame me, politician made it a fact.

2-Umm. Sometimes I keep asking, what did I do to them (not politician, yet)?

3-Right or wrong doesn't matter as far I feel good. As far as I remember, if someone did stupid act first, then I never spare them my respect cos that animal does not worth it. Vice versa.

4-Rough method but usually, I got chewed by that low life. No more after this. So now I make a rule for myself;-

'If I concerned then it's good, if not just back off and fade off'.

5-All right isn't it? Since some people are just not worth it. Pity on them, but it's not my problem.

6-Darn. Selfish is the best policy when meet this kind of brainless wanker.

7-After all, this is the best. Maybe.

Wednesday, April 20, 2011

Bermain di jalanraya

Kami hanya melihat saja mangsa mengerang kesakitan. Dadanya berombak-ombak menahan pedih kesakitan. Darah umpama air keluar daripada mulut mangsa. Agaknya kalau disentuh sikit saja badan mangsa, pasti meraung menahan saraf sakit yang pecah dalam. Rasanya tunggu masa saja tu.

Saya cuma tahu mangsa dilanggar kereta bila melihat orang kampung telah berkerumun. Ikut tafsiran saya, mangsa dilanggar hingga terpelanting ke kawasan semak berhampiran, begitu kuat impak perlanggaran. Mujur tak termasuk ke dalam longkang sebelah jalan.

Mangsa terhinggut-hinggut, matanya terbuntang luas memandang ke langit. Darah masih umpama air keluar daripada getah paip. Tidak ada apa-apa yang dapat kami lakukan, hanya mengucap rasa kasihan dalam hati. Ini kerana mangsa tidak sepatutnya muncul disini.

Tambahan keadaan jalan yang lurus yang membelah kampung kami mula dari hujung jeti Kukup membawa ke Batu Pahat( Rengit). Memang selalu kemalangan maut terjadi.

Dulu ada kenalan pada seorang kawan maut kerana motor ditunggang merempuh sebuah kereta melintang dijalan yang sama. Kenalan pada seorang kawan itu habis nyawa bila, lehernya terbelah kerana termasuk ke dalam cermin tingkap sebelah pemandu.

Kenalan itu memakai helmet lengkap, bila berlanggar, bahagian kepala masuk dulu ke dalam cermin tingkap yang dipecahkan hentakan helmet. Kaca-kaca berceracak itu umpama guillotine, menyucuk leher kenalan tersebut. Saya yang mendengar pun terasa ngilu, inikan pula yang merasa begitu.

Waktu saya sekolah rendah di SKBP dulu, satu kemalangan terjadi pada seorang junior saya. Hari Sabtu, saya ingat lagi kerana diceritakan cikgu tuisyen saya- Cikgu Mahsar, junior itu dirempuh dan dilenyek kereta waktu mahu ke sekolah (aktiviti apa entah), hingga ada bahagian tulang jadi sehalus serbuk digelek kereta.

Balik pada cerita asal, disini memang kawasan yang agak asing berbanding tempat asal mangsa. Saya kemudian pulang ke rumah. Kemudian beberapa kawan sekampung datang ke rumah. Berborak pasal kemalangan tadi. Mangsa dah putus nafas.

Fikir kami memang dah ajal mangsa- seekor beruk liar, entah dari mana datang.

Jalanraya bukan tempat bermain. Itulah yang saya selalu terfikir bila menunggang atau memandu dengan kelajuan melebihi hadlaju kebangsaan. Saya terus perlahankan kelajuan.

Saya mahu hidup seribu tahun lagi.

Tuesday, April 19, 2011

MSC

'Od, jom pi Khalel.Naik motor ang.'

Jam 1 pagi.

Saya order limau ais, megi kurang kuah. Kawan tadi roti susu sama susu segelas. 3 pagi balik bilik.

Kelas cuma 2 hari dalam seminggu. Bahagia betul hidup. Seminggu paling kurang sekali pergi jamming, karaoke, Georgetown, Queenbay Mall. Library pula seminggu paling kurang 2 kali. Rajin juga saya dulu-dulu.

Tesis? Semester depan baru pulun (ternyata keputusan yang tidak tepat. Patutnya 1st semester, tesis tu dah siap Kajian Literatur(50%)).

Kalau ada assignment seboleh-bolehnya kami kawan-kawan sekepala saja dalam kumpulan (untuk tugasan kumpulan).

Kalau kena grup dengan kawan sekursus selain geng kami, rasa tak seronok.

Nak-nak geng dengan sesetengah non Malay, bukan 'foreigner'. Kawan sekursus yang 'foreigner' ramai yang bagus-bagus. Mungkin kerana depa lebih dewasa dan faham tanggungjawab selain sedar mereka perantau.I am proud with them.

Ada yang ok, baguslah, kena yang............Fahamlah? Non Malay pun bukan nak sangat grup dengan Melayu. 4 tahun di universiti, nak kata perkauman sangat, lebih pada rasa keselesaan dan kepercayaan lebih memihak pada kaum sendiri.

Nak kata Melayu negatif? piiiiirahhhhhhh angpa.....Waktu 'presentation' Melayu paling top.

Kualiti kerja kadang Melayu menang, kadang depa menang. Itu bergantung pada pelbagai faktor. Macam yang saya lihat kadang-kadang ketua dipilih yang rasa bermasalah besar. Maksudnya bukan isu kepimpinan, tapi tanggungjawab semua ahli kena fahamlah.

Jaranglah saya jumpa yang bermasalah, adalah seorang, waktu ijazah muda dululah. Orang negeri sendiri. Manusia serigala.

Senang cerita bukan rasis tapi kalau jumpa, Melayu atau bukan Melayu, yang senang 'kawtim', memang best buat kerja.

Yang penting siap kerja, waktu bentang cakap apa saja. Broken English? Lebih bagus dari 'broken'- kes duit takdak.

Hmm..........Rindu suasana masa tu.

Ya Allah, bantulah hamba sambung PHD. Amin.

Usaha untuk tawakal

Terasa indahnya dunia selepas tahu indahnya Akhirat.


فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا

AQT 9:55 [Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu.]



قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

AQT 10:58
[Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".]

Sabda Nabi Muhammad saw;

"Siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya nur (cahaya) di wajahnya dan siapa yang tinggalkan Solat Zuhur tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan Solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

F....K

What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?










Firetruck

Monday, April 18, 2011

Nurr, La Tahzan

1-Jangan fikirkan kalau nasib kita selalu buruk, esok lusa kelak kebaikan kan jadi juara;- buat kita.

2-Manusia mana tak pernah sedih, kerana hati kita juga kristal. Kan jadi spektrum warna-warna pelangi. Itulah keceriaan selepas reda hujan.

3-Mungkin kita jauh, tapi yang menghubungkan kita selalu ialah kecintaan pada Nya. Kita tak pernah sendiri.

4-Esok, mungkin hari kita.

5-Senyum itu ubat. Dan senyum Awak Nurr, sentiasa jadi antidot penawar setiap 4 musim.

Jangan bersedih.



Saya memang terlalu kasar buat Awak.

MF Taqiyuddin. 2011.

Atuk

Dulu masa kecil-kecil, kalau terjumpa majalah Gila-Gila yang lama-lama waktu kartunis Ujang (awal 90 an) masih sebagai staff di Creative Enterprise, saya paling suka lihat watak kartun Atuk. Selain daripada janggut-janggut halus yang tidak ditebas, yang lain hampir serupa dengan rupa Arwah Atuk. Sampai sekarang setiap kali aku melihat kartun Atuk dalam Gila-Gila, saya mesti terkenangkan Arwah.

Pakaian kegemaran Arwah kalau dirumah ialah baju pagoda putih atau t-shirt, seluar slack hitam, dan coklat cair. Arwah kalau membaca surat mesti akan pakai cermin mata.

Dan paling sempoi, Arwah selalu bergurau dengan menggunakan gigi palsu beliau. Akan dikeluarkan gigi palsunya, dan dijengoi-jengoi mengacah cucu. Kami para cucu ketawa besar melihat gurauan Arwah.

Dulu masa Arwah masih kuat, dibela beliau burung merpati. Sangat banyak dibela Arwah, jadi setiap pagi Arwah atau Mak Long Tik akan memberi makan nasi sejuk. Ada caranya memanggil burung-burung yang mencecah kadang sampai ratusan, saya pernah cuba sekali memberi makan, namun tiada seekor pun mahu dekat. Arwah cuma ketawa perlahan.

Selain membela merpati, Arwah juga akan memasang jerat. Yang saya selalu nampak terkena dengan jerat itu ialah tupai tanah. Rupa macam tupai biasa, cuma muncung lebih panjang dan gigi tajam. Nampak liar saja.

Dulu kalau waktu para cucu tinggal sementara di kampung, Arwah rajin ke bandar Pontian mencari lauk. Berseorang saja Arwah pergi. Saya ingat lagi Arwah akan memakai baju batik, seluar slack dan berkasut.

Dari rumah Arwah berbasikal menuju ke simpang besar jalan Johor Bahru- Pontian, menunggu teksi. Ada lah beberapa kali saya mengikut Arwah. Setahu saya Arwah paling suka dengan ikan Mayung. Maka itulah selalu dibeli sebagai hidangan. Tukang masak handal di rumah kampung mestilah Mak Long Tik. Asam pedas masakan Mak Long Tik mampu meliurkan saya. Pekat, pedas, dan sedap dimakan panas-panas. Kena pula ada kacang panjang, sambal belacan. Pehhhhhhhhhhh.

Kalau rambutan berbuah, Arwah akan mengambil galah dan sejenis alatan khas memotong ranting khas bertali. Kami para cucu akan mengutip setiap ikat 'motan' yang jatuh. Sedap dan manis buah 'motan' kebun Arwah.

Arwah juga jenis otak bisnes. Dulu Arwah berniaga kecil-kecil dirumah- jual minyak kenderaan. Botol besar RM2,botol kecil RM1. Disusun atas rak depan rumah. Berwarna-warni mengikut jenis botol diisi. Saya setiap kali melihat botol-botol itu teringat air gas. Setiap minggu Atuk dan Bang Ngah Dan akan ke bandar membeli bekalan minyak. Senang untuk orang kampung,tak perlu keluar jauh mengisi minyak motor.

Keluarga saya dulu selalu juga bawa Arwah berjalan. Ke Singapura, Kota Tinggi, Johor Bahru, Segamat, Kukup dan banyak lagi. Semua ditanggung keluarga saya. Yang penting Arwah gembira.

Sekarang apa yang tinggal cuma kenangan. Al Fatihah untuk Allahyarham Haji Abdul Samat bin Abu Bakar.

Sunday, April 17, 2011

Cerita Beta

USM Penang

Mak menangis memeluk aku. Sepupu aku dan keluarganya turut sama mengiringi. Waktu itu malam, jam berapa aku lupa. Tapi yang pasti 2 hari kemudian aku mesti dah ada di USM, Pulau Pinang. Ayah akan menghantar aku dengan kereta Nissan Sunny 130y. Aku akan bergelar siswa di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pembinaan/Projek. Tarikh 1 Julai 2006.

Istana Hantu Balik Pagi

Sepanjang perjalanan aku dan Ayah berbual-bual bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kereta dipandu ini enjinnya memang masih bagus, tapi kelengkapan lain agak sederhana. Lampu hadapan sebelah kanan (atau kiri, aku lupa) tidak secerah yang sebelahnya lagi. Ayah menyalakan 'high beam'. Dari Johor hingga ke Penang. Cuma kalau bertembung kenderaan lain, ditukar semula ke lampu biasa. 'Considerable.'

Tak silap aku di Muar, jalan yang melalui kampung-kampung (Parit) dari BP hingga ke Muar, kereta kami ditahan polis. Atau setepatnya 'roadblock'. Semua dokumen kereta lengkap, cuma 'high beam' tadi itu saja ditegur polis. Kami ada jawapannya jadi tiada masalah.

Kami berhenti tidur sebentar di Melaka, bukan di hotel atau rumah tumpangan. Tepi jalan.

Tak kisahlah, orang lelaki tidur mana-mana pun selesa. Ayah pun pernah pesan kita orang lelaki, kasilah tidur bawah pokok pisang pun, yang penting semangat nak ubah diri kena sentiasa ada. Cuma malam itu aku tak dapat tidur sangat. Fikiran berkecamuk, rasa bangga tiada, tapi rasa kusut serba salah. Sebab apa? Entah.

Jam 3 pagi kemudian, kami sambung perjalanan. Aku agak-agak kabur kemudian samada kami melalui lebuhraya atau jalan negeri. Beberapa lama kemudian, tak silap aku beberapa puluh kilometer lagi sebelum masuk ke Pulau Pinang, kami berhenti di R&R waktu tengahari. Ayah yang kepanasan dan kepenatan keluar duduk di wakaf, manakala aku yang masih dalam keadaan kusut memilih untuk duduk saja dalam kereta.

Aku renung wajah Ayah dari dalam kereta. Kedut semakin banyak pada rupa Ayah. Matanya sepet sedikit menampakkan kepenatannya. Rambut pun semakin kurang. Kepanasan cahaya matahari menyebabkan Ayah cepat rasa tak selesa, tapi perjalanan mesti diteruskan. Orang selalu terperanjat kalau dibandingkan aku dan Ayah. Aku tinggi dan besar, Ayah pula kecil saja orangnya. Dalam 1.6 meter. Rasa sebak aku. Aku berjanji akan balas jasa Ayah dan Mak.

Cuma waktu itu, aku masih tak nampak lagi masalah pertama aku di USM. Tunggu beberapa bulan disana nanti, baru tahu. Masalah perempuan, sistem universiti, dan tanggungjawab diri sendiri.

Kami bertolak semula. Waktu diatas Jambatan Pulau Pinang, aku terasa berdebar-debar. Inilah tempat yang selama 3 tahun aku akan berada, dimana suatu masa kelak aku iktiraf Penang sebagai negeri ketiga aku selepas Johor dan Kedah.

Penang Bridge(aku pernah pecut sepecut-pecutnya atas Jambatan ni. Saja-saja. Jalan kosong, 2 lorong pulak tu. Rambang mata dan pemikiran)

Ya, aku benar-benar sayangkan Penang, tapi rasa sayang itu bukan pada mahirnya setiap lorong dan jalan disana(sampai sekarang aku masih lupa-lupa ingat selok belok jalan terutama di Georgetown, ada cerita, nanti aku kisahkan, Insya Allah), tapi rasa semangat untuk sentiasa menyayangi Penang. Aku rindu Penang. Rindu suasana, rindu orang-orangnya. Nasi kandar yang sedap-sedap. Anak mami tiada.

Turun dari Jambatan, kami mengambil selekoh ke USM, didepan Gate Minden, kereta diberhentikan sedikit. Ayah bertanya tentang rumah tumpangan USM didalam kepada seorang pengawal keselamatan. Dibalas pengawal tiada kekosongan, tapi dicadangkan kami ke Anggerik Lodging tak berapa jauh didepan (belakang deret-deret Klinik Gelugor). Selepas mengucapkan terima kasih, kami terus ke sana.


(Ni nampak macam Gate Sg 2 pun ada, Gate Bukit Gambir pun ada, Gate Minden pun ada)


Aku lihat, dari luar pagar USM waktu kereta melalui, padang besar ,didepan logo besar USM diperbuat daripada susunan batu. luas mata memandang. Bukit-bukit hijau, bentuk bangunan kolonial. Rasa kusut semakin bertambah. Risau, tapi tak tahu apa punca.

Tak silap ini Padang A, kawasan di Padang Minden, seingat aku 3 kali saja pernah jejak kaki diatas rumput padang. Studio Jamming tu banyak kalilah.

USM. Esok aku akan menjadi sebahagian warga mu. Mahasiswa, walau sampai kini aku tak setuju ada 'maha' didepan siswa itu.


Anggerik Lodging. RM50 semalam(2006). Ruangnya memang mementingkan konsep 'economy of space'.

Bersambung.



Kredit gambar- Google.

Saturday, April 16, 2011

Not as planned

1-To be something as a sad outcome can kill self motivation. Reserved everything and nothing gained.

2-Not complaining, since we are just human. But to hide all the feeling inside with negativity of remorse is highly visible. Wish is only a wish. To see rainbow, but rain.

3-Got nowhere but to see blues.

Friday, April 15, 2011

No more embedded?

1-In YouTube, I cant find the embedded feature anymore. Just share, add to etc but no embedded. This is a problem. YouTube in a new management is like under a new dictatorial regime, at least for me.

2-BTW for this post I wanted to show a scene from Hell boy where the big red ape and that blue fish thing sang a song-Can't smile without You in duo. That's the best part of the movie. Still remember it when I watched it back in GSC Queensbay Mall. All the audience laughed and clapped for that part. Cool. I also love that song. Yes, I am in the feeling of that song now. But I am gonna make it. Insya Allah.

3-Hey, but I cant show ya the clip since can't get the code hence the embedded feature was disable(again). Hopefully this will be just for a short time. First no more download from YouTube, now this? After this a decrease in visitor? Decrease? Is that a right word? Yadda yadda yadda.Second MySpace to be huh?

Tidur awal

Senja tiba. Ayam masuk ke reban. Langit kelam-kelam coklat. Lampu-lampu dalam dan luar rumah dinyalakan biar terang mata melihat.

Jauhar naik ke rumah setelah menghisap rokok sebatang. Dibuka kipas angin dinding. Bersandar kemudian dikusyen empuk. Melihat siling rumah. Menerawang fikiran memikirkan bermacam hal. Rosnah, isterinya melihat-lihat saja suaminya termenung merenung keatas, melipat kain baju.

Kalid,anak sulung mereka berdua dengan bertuala melintas ruang tamu menuju ke bilik air di dapur. 2 orang lagi adik-adik Kalid sudah pergi ke surau. 7 tahun. Kembar seiras. Nyamuk-nyamuk berterbangan mengelilingi rumah, mencari sel darah merah.

'Bang, tolong tutup tingkap tu Bang. ' laung Rosnah pada Jauhar. Bangkit Jauhar berdiri kerana sayang bini. Pandangannya dilempar ke luar tingkap. Suasana mula gelap. Ditarik daun tingkap kayu.

Astaghfirullah!! Baca Jauhar dalam hati.

Terperanjat dan ketakutan. Tak jadi menarik daun tingkap. Dijauhkan sedikit dirinya kemudian dari tingkap. Berdebar-debar.

'Kenapa pulak tu Bang?' Maghrib dah ni, tutup la tingkap tu. Saya nak ke dapur siapkan makan' dan berlalu Rosnah ke gelanggang hariannya.

Kecebur. Kecebur. Bunyi dari bilik air. Jelas sampai ke ruang tamu. Jauhar masih dalam keadaan terperanjat. Beristighfar lagi lalu menarik nafas. Didekati tingkap semula. Segera dicapai dan ditarik daun tingkap ke dalam. Dentum daun tingkap berbunyi kuat ditutup Jauhar.

Waktu makan malam bersama, semua anak-anak mesti kumpul makan bersama. Rosnah bertanya 'Kenapa kuat sangat Abang tutup tingkap tu tadi?'. Jauhar menyuap perlahan-lahan. 'Abah terperanjat dengan labah-labah kot Mak?Haha' gurau Kalid. Adik-adiknya diam-diam saja.

'Tak ada apa-apa' jawab Jauhar. Menyembunyikan apa dilihatnya. Semua senyap.

'Mak, tadi siapa duduk atas bumbung?' tanya seorang adik Kalid. Mengapai-ngapai gulai didepan.

'A'aah la Mak, kenapa tak jemput masuk aja, duduk pulak atas bumbung, kalau jatuh kan sakit. Heran la, adik balik surau nampak orang tu atas bumbung. Hitam aja.' sokong seorang lagi adik Kalid.

Jauhar dan Rosnah cuma saling pandang memandang. Malam itu semua tidur awal.

DOWN MEMORY LANE-STUDIO PROJECT MANAGEMENT

Satu masa di tahun 2009 dulu

p/s-klik gambar untuk lebih jelas

Thursday, April 14, 2011

Perlunya keseimbangan antara Kerajaan dan Pembangkang

SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas.

Katanya, mereka menghasut generasi muda supaya membenci kerajaan kerana menyedari mereka kurang memahami sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dan kesusahan pemimpin negara membangunkan Malaysia ke tahap sekarang.

Beliau berkata, kumpulan radikal itu juga menggunakan media baru seperti laman sesawang dengan memburuk-burukkan kerajaan bagi membangkitkan kemarahan rakyat bagi memudahkan mereka menggunakan saluran politik untuk menumbangkan kerajaan.

"Bagi mengelak daripada terjerumus dalam perangkap kumpulan politik berbahaya, generasi muda perlu memahami sejarah silam terutama perjuangan menentang komunis dan menuntut kemerdekaan," katanya dalam forum bertajuk `Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media' di UiTM, semalam.

Forum anjuran bersama Jabatan Penerangan, Berita Harian, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM yang dikendalikan oleh Prof Dr Mokhtar Muhammad dari UiTM Shah Alam itu turut disertai Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Datuk Prof Dr Rosli Saludin.
Dr Ramlah juga mengingatkan generasi muda supaya terus mendokong perjuangan 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia adalah kesinambungan perpaduan berbilang kaum diperjuangkan sejak 54 tahun lalu.

Sumber : Berita Harian

Ulasan saya: Jujurnya saya tidak mahu Kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang ditukar, tapi pada masa yang sama saya tahu Pembangkang sangat-sangat diperlukan di Malaysia, dalam membentuk keseimbangan. Semuanya kerana rakyatlah Raja sebenar, terutama Bumiputera.

Kita tahu Kerajaan sedia ada sekarang, sebelum tsunami politik 2008, tersangat selesa bertakhta hingga mewujudkan zon selesa. Malangnya ketirisan dalam hal-hal kebajikan rakyat masih berlaku. Kita mungkin kekurangan pemimpin yang benar-benar berkualiti,bersih dan berkharisma.

Kita megah dengan pembinaan komersial besar-besaran di seluruh Malaysia, tapi dipelosok-pelosok di seluruh Malaysia juga, masih ada rakyat yang miskin. Masih wujud jurang kaya dan miskin dalam Malaysia yang tercinta. DEB saya lihat sebagai gagal, tapi niat murni DEB mesti diteruskan.

Terima kasih kepada Allahyarham Tun Razak (dan barisan kabinet menteri zaman itu). Al Fatihah.

Saya tegaskan sekali lagi disini, saya tidak mahu Kerajaan sedia ada sekarang ditukar, tapi yang perlu ditegaskan ialah perlunya keseimbangan, mudahnya gaya urban- Check and Balance.

Saya percaya keseimbangan ini bukan perkara baru. Tapi kenapa saya rasa jarang-jarang sangat terdengar?

'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan' adalah konsep yang sangat-sangat baik. Saya puji dengan ikhlas. Namun kita kekurangan sesuatu dalam perlaksanaan konsep itu.

Apa kekurangan itu? saya serahkan pada mereka yang dibayar gaji beribu-ribu hingga berbelas ribu sebulan melalui kutipan cukai untuk menjawab. Saya percaya mereka melihat pada skop yang lebih luas. Cuma saya harap pertimbangan wajar itu sentiasa ada. Insya Allah.

Sebabnya yang menyebabkan perlunya 'Check and Balance' ialah bagi menghapuskan zon selesa di pihak Kerajaan yang telah lama memerintah yang menyebabkan majoriti rakyat rasa ketidakselesaan. Contoh setiap kali harga minyak naik, keluarlah berbagai kenyataan yang mendahulukan Kerajaan, bukan rakyat. Selalu begitu.

Malangnya kerana telah lama begitu dan diulang-ulang, majoriti rakyat merasakan itu sebagai sesuatu yang normal. Kalau marah pun, seminggu dua kemudian semua orang terbiasa dan akhirnya lupa.

Di sinilah Pembangkang perlu ada. Cubit-cubit sayang pada Kerajaan. Kekerasan dan penghinaan melulu adalah amalan warga rimba banat.

Jujurnya bila seorang berautoriti mengatakan negara akan bankrap pada tahun sekian sekian kerana subsidi, itu menandakan nakhoda perlu ditukar. Berita lama, tapi sentiasa saya ingat. Saya tidak perlu mengatakan secara spesifik siapa yang perlu ditukar, tapi kita faham sesuatu dengan akal yang sihat.

4 tahun sekali adalah musim pilihanraya. Saya terfikir bolehkah disingkatkan 4 tahun itu? 3 tahun atau 2 tahun sekali? Apa rasionalnya mesti 4 tahun?Saya tak tahu. Elok kita cari sebabnya 4 tahun kelak. Saya tidak mahu alasan umum-kos tinggi. Itu ekonomi skala minor sedang kita perlu lihat ekonomi skala major- melibatkan KEBAJIKAN RAKYAT.

Rakyat mahukan kebajikan mereka diutamakan sentiasa, terutama majoriti;-Bumiputera.

Tidak perlu mengatakan masyarakat bukan Bumiputera tidak layak menerima hak-hak warganegara kerana selagi kita mahu Artikel 153 tegak, maka kita harus menerima yang bukan Bumiputera juga ada hak dalam Perlembagaan. Itu sejarah. Asas Malaysia.

Namun saya percaya, pasti ada sebab kenapa hak-hak Bumiputera dijunjung tinggi.

Tapi saya lebih percaya, rakyat yang miskin dan sederhana daripada pelbagai lapisan kaum lebih faham apa yang lebih diperlukan-ekonomi, sosial dan khidmat politik yang cemerlang.

Itulah demokrasi berperlembagaan menurut saya. Maaf jika terkhilaf.

Music Linked to Depression in Teens, Study Finds

Teenagers who spend more time listening to music are more likely to suffer from depression than kids who opt to spend their time reading, according to a University of Pittsburgh School of Medicine study.

The study, which involved 106 participants, adds to the growing evidence that media exposure is linked to emotional health. Over a two-month period, researchers called the participants as many dozens of times and asked them to report what types of media they were using including television, music, video games, Internet, magazines and books.

And what they found was that the adolescents who spent the majority of their time listening to music were 8.3 times more likely to be depressed. On the other hand, those who read books the most were one-tenth as likely to be depressed.

"At this point, it is not clear whether depressed people begin to listen to more music to escape, or whether listening to large amounts of music can lead to depression, or both. Either way, these findings may help clinicians and parents recognize links between media and depression," Dr. Briaqn Primack, assistant professor of medicine and pediatrics at Pitt's School of Medicine, who led the study, said in a press release. "It also is important that reading was associated with less likelihood of depression. This is worth emphasizing because overall in the U.S., reading books is decreasing, while nearly all other forms of media use are increasing."

According to the National Institute of Mental Health, major depressive disorder is the leading cause of disability, and is thought to affect one in 12 teenagers.

The study is published in the April edition of the journal Archives of Pediatric and Adolescent Medicine.

http://www.foxnews.com/health/2011/04/05/music-linked-depression-teens/


Wednesday, April 13, 2011

Teringat lagi la hai

Waktu musim buah durian memang meriah. Arwah Atuk rajin mengutip durian yang gugur. Disimpan untuk makan anak cucu. Wajahnya menunjukkan kepuasan waktu mengopek kulit durian. Ulas demi ulas disantap kami. Lemak gemuk berisi durian dari kebun Arwah. Selagi ada durian selagi itu diagah suruh kami makan.

Arwah memang tak lokek langsung dengan anak cucu. Alhamdulillah. Rezeki sentiasa ada untuk Arwah dan dikongsi dengan kasih sayang bersama keluarga. Aku teringat waktu ada sekali Arwah mengajar aku dan adik aku, Aie jampi untuk pandai belajar. Begini- lat tali lat terjumpa telinga gajah,hati aku terang mengadap kalam dihujung lidah. Dikongsi juga petua agar mata tahan tak rabun sampai ke tua, pagi-pagi bangun ludah tumit kaki kemudian gosok ke mata.

Arwah selalu tersenyum. Tengok TV tersenyum, tengok kucing tersenyum, berjalan keluar rumah pun tersenyum. Aku teringat dulu ada kucing warna kuning yang cukup bijak. Kalau Arwah hulur tangan pasti disambut si kucing. Kalau Arwah tepuk-tepuk kusyen si kucing naik berlingkar disebelah.

Waktu aku mahu ke universiti dulu, kira jadi anak rantau lah tu, aku meminta petua daripada Arwah. Dijawab dengan penuh keyakinan-'Doalah minta pada Allah'. Itu yang aku selalu buat. Berdoalah selalu.

Arwah cukup gembira kalau waktu solat cucu-cucunya mahu berjemaah sekali. Arwah pernah mengajar cara sujud yang betul pada aku. Waktu disekolah SMKDPB dulu, Ustaz Mustaffa menjadikan gaya sujud aku sebagai contoh ikutan. Betullah apa yang Arwah ajar dulu. Terima kasih Tok.

Arwah juga selalu menceritakan pengalaman beliau semasa mengerjakan haji dulu. Seolah-olah perjalanan haji beliau macam baru semalam berlalu. Aku masih ingat waktu ahli keluarga lain membuat kejutan waktu Arwah dan keluarga aku pulang dari airport, mengambil Arwah pulang daripada mengerjakan haji. Itu antara saat yang menyatukan seluruh keluarga kami.

Arwah begitu sayangkan cucu-cucunya. Wajahnya tersenyum bangga bila menyebut berapa ramai cucu, berapa ramai cicitnya.

Dulu dunia kami, para cucu, adalah kampung. Kampung dan kampung. Itulah Parit Kasim. Ada masa terluang, balik kampung. Cuti sekolah balik kampung. Raya Haji Raya Puasa mestilah balik kampung, walaupun ada sekali dua aku dan keluarga balik ke Kedah, ke kampung belah Ayah aku. Tok Wan aku disana pun baik juga,samalah macam Arwah. Bezanya disana aku masih ada Tok( nenek) lagi. Jadi di Johor ini, dengan Arwahlah tempat cucu menumpang kasih.

Arwah tak mahir membaca rumi, orang lama. Tulisan jawi memang boleh dibaca. Aku ingat lagi selalu kalau tidur di kampung,lepas saja Arwah solat Subuh, maka dipasang radio RTM. Tiap-tiap pagi. Jadi kalau radio dah berbunyi, walau tanah masih gelap kami sudah keluar keliling rumah. Suasana kampung yang sejuk. Kokok ayam jantan bagai irama khas untuk telinga.

Al Fatihah untuk Haji Abdul Samat bin ABu Bakar.

Tuisyen

Aku dan adik aku, Aie dihantar belajar kelas Bahasa Inggeris, di 4 tempat tuisyen. Tidaklah serentak. Kelas pertama waktu sekolah rendah, berhampiran Jabatan Kesihatan Pontian(BI). Kedua di Taman Rambah(BI, Matematik), ketiga (BI,Sains dan Matematik) berhampiran taman perumahan kami(Mahsar) dan terakhir di rumah Mr. Joseph(BI).

Ada juga 2 tempat lain yang minimum sekali aku pergi(Matematik,di Taman Megah), dan maksimum 3 kali(berhampiran Parit Masjid). Sekali kelas dengan sepupu aku Johar, naik basikal. Hahahahahaha.

Aku mahu bercerita waktu ditempat terakhir. Kelas lain masa nanti aku cerita. Alahhhh bukan ada orang sangat baca blog aku(FAKTA).

Seingat aku 2 kali aku mendaftar disitu. Pertama waktu tingkatan 3, dan terakhir waktu lepas SPM. Mr Joseph ini tegas. Bekas Pengetua sebuah sekolah yang alumninya Mak aku. BI beliau memang 'excellent' tapi beliau mengaku BM beliau memang tidak begitu baik(hmmm....).

Teknik pengajaran beliau ialah menerangkan 'grammar' dan balik baca 1 buku English, minggu depan datang bincang tentang isi buku dibaca. Pernah sekali aku mengatakan 'lazy' pada beliau untuk membaca. Bukan main marah. Tapi aku takut sekejap, kemudian biasa-biasa saja.

Ada sekali entah macam mana, waktu kami dalam kelas, terbuka cerita tentang nama Nabi-nabi dalam Bible dan kitab suci Al Quran. Daud- David, Yaakob-Jacob, Ibrahim-Abraham dan lain-lain.

Aku dapat menjawab semua soalan beliau kecuali nama Yaakob tadi. Mr Joseph menunjukkan muka bangga dan senang sambil mengatakan 'Smart boy' pada ku lalu menepuk bahu aku,pasal aku duduk paling dekat dengan beliau sebelah kiri. Itu antara motivasi terbaik pernah aku terima.

Thanks Sir. Thanks Sir. Thanks Sir.

All of the knowledge you teach us will be within us forever.

The best part is Mr Joseph encourage us just to use simple English. And he summarized the whole teaching with this phrase- 'My name Ishmael'. Simple, full and meanest.

p/s-that phrase is in the opening of one world famous book. Check it out yourself. Also, the biggest thanks go to my Mak and Ayah for giving us all the opportunity to learn and feed us with good knowledge. I love you Mak Ayah.

Tuesday, April 12, 2011

Teingat la hai.

Teringat cerita di kampung dulu. Waktu rumah lama masih tegak. Pertengahan 90 an. Kami para cucu selalu berseronok tiap kali berkumpul. Rasanya sekarang 2011 cuma waktu hari raya saja baru rumah Arwah Atuk penuh dengan keluarga.

Rumah Arwah Atuk terbahagi pada 3 bahagian. Ruang paling depan separuh kayu dan papan ber lantai simen tanah, ruang tengah kayu penuh tinggi, ruang dapur separuh kayu papan dan lantai simen tanah juga.

Ruang tengah dulu dibahagi dua,satu bahagian (a)bercantum dengan ruang depan, dan satu bahagian (b) bercantum dengan dapur. Kalau malam-malam raya, anak cucu tidur di ruang tengah bahagian (a) dan selebihnya bergelempang depan TV di ruang depan.

Masih teringat Arwah Atuk mengubat orang. Jenis-jenis sakit ringan saja yang penulis selalu nampak dan tahu. Macam sakit gigi dan pening-pening kepala. Dari ruang depan nak ke ruang tengah dihubung tangga kayu naik ke atas(ruang tengah), dibahagian situlah Arwah Atuk mengubat orang.

Teknik pengubatan begini,dikeluarkan pisau lipat beralas kain buruk. Diselak tikar getah dibahagian atas hujunga anak tangga hingga menampakkan papan kayu, Arwah Atuk membaca doa lalu mengetuk-ngetuk papan kayu(ini untuk mengubat sakit kepala tak silap penulis). Begitulah seingat penulis.

Tiap senja, cucu-cucu dikerah masuk rumah. Kami yang masih sekolah rendah waktu itu sudah siap mandi. Kami disuruh solat berjemaah bersama Arwah Atuk dan golongan tua keluarga kami. Kemudian waktu makan malam. Ruangnya dibahagian dapur. Berkumpullah semua menjamah hidangan hasil masakkan emak-emak saudara.

Usai makan,kami menonton TV. Kalau ada cerita-cerita menarik seperti filem-filem P.Ramlee atau cerita hantu Indonesisa (selalunya paling seronok ditonton ialah lakonan mendiang Suzana), seluruh ahli keluarga berkumpul. Tambah sedap lagi bila ada 'wrestling'. Waktu itu zaman Hulk Hogan, Ultimate Warrior, ol skool Undertaker, Brett Hart, Mankind dll. Arwah Atuk bersemangat menonton. Masih terbayang-bayang seronoknya Arwah melihat gusti.

Hampir jam 11 malam dikira waktu tidur. Takkan kami para cucu nak tidur dah? Kami melepak didepan rumah. Senang cerita bahagian anjung. Sambil berborak-borak, mata meliar-liar juga menonton kegelapan malam. Manalah tahu kalau-kalau ternampak 'sesuatu'. Rasanya kami takkan ketakutan, kerana beramai-ramai membuatkan kami seronok dan berani. Silap-silap kami kejar 'sesuatu' itu. Tapi seingat penulis tidaklah pernah kami nampak benda bukan-bukan.

Kalau hujan malam itu, lagi lah seronok. Tidur sejuk aja. Tapi siap, nyamuk tak pernah cuti. Waktu 5.30 pagi setiap hari, Arwah Atuk dah bangun untuk mandi dan solat. Kami para cucu bangun lingkungan 7 pagi hingga 8 pagi. Biasanya sarapan sedan dihidangkan waktu-waktu begitu. Basuh muka tanpa gosok gigi, kami pun bersila depan pinggan. Menu selalunya nasi goreng, bihun, kadang-kadang ubi rebus cicah sambal bilis.

Usai makan,yang rajin pergi mandi, yang malas tonton TV. Waktu 11 pagi, emak-emak saudara berkumpul di dapur menyiapkan bahan masakkan tengahari. Kami pula bermain-main keliling rumah.

Oh ya, waktu itu kebun getah masih ada lagi. Biasanya kami masuk ke kebun mencari biji getah. Kemudian berlawan biji getah penemuan siapa paling keras kulitnya melalui cara seorang daripada kami mengepit dua biji getah dengan tangan, miliknya dan pihak lawan.Yang pecah kalah, yang menang tak dapat hadiah apa-apa.

Al Fatihah untuk Allahyarham Haji Abdul Samat bin Abu Bakar.

FEEL




Make peace with God by have good faith on Him, and make peace with men by art and good quality of love.

Shorga depa, nraka kita

1-Kaum bukan Islam di Malaysia memegang ekonomi dan bidang-bidang profesional kepakaran tinggi. Kaum Islam tidaklah banyak penglibatan dalam bidang sebegini. Ingat. Tidaklah saya katakan kita yang Islam sesuatu yang negatif pada apa-apa sisi.

2-Kita telah dikatakan keatas kita dunia ini syurga bagi mereka(kaum kafir) dan neraka bagi kita(kaum Islam).

3-Tapi Baginda yang kita cintai telah bekalkan kita dengan persediaan dan pesanan untuk membantu menyenangkan hidup kita. Kan pernah kita dengar miskin menghampiri kekafiran?

4-Perspektif saya, kita, terutama Melayu Islam, di Malaysia masih terantai dengan pemikiran zon selesa. Termasuk diri yang menulis ini. Dan berita baik ialah kita pasti menang, jika kita berusaha. Terima kasih.

5-Melayu Islam sangat kreatif dan banyak idea. Pegang itu.

Hujan hasilkan pelangi

1-Saya gagal untuk 'blend' dengan tekanan secara baik dan memuaskan. Lebih pada tahap 'escapism' bila berdepan tekanan. Get out of my mind.

2-Baiknya jika tunggu sekejap dalam ruang tekanan, saya boleh jadi karekter yang lebih baik. Tapi saya bukan golongan yang suka bersabar untuk tunggu sekejap. Universally speaking.

3-Saat bahayanya seorang pemuda bila ia menganggur dan tiada apa-apa dibuat. Betapa benar. Alasan dicipta bukan tercipta.

4-Semua membuatkan kita kebal. Poket saja tidak tebal. Nanti,nanti. Hujan hasilkan pelangi.(sounds cool!! Yeah)

Video music



Hmm. Cool playing.

Sabar

1-Sabar itu separuh daripada iman. Separuh lagi? Amal ibadat?Saya tak pasti apa sebahagian lagi itu. Sabar dan itu separuh daripada iman. Besar sabar itu. Besar juga agaknya faedahnya. Saya tak pasti. Maaf.

2-Sabar itu paling susah dihasilkan. Ketidaksabaran paling senang jadi.

3-Semasa tahun 1996, waktu saya dalam darjah 4 Merah, saya lihat dalam bulan puasa, seorang Cikgu yang sangat 'cool' dengan saya terbatal puasa bila beliau menendang meja seorang kawan saya kerana marah bila pesan beliau pada kawan saya itu tidak dibuat kawan tadi, yang terkenal dengan selalu tidak siap kerja rumah. Zaman sekarang buat begitu, esok satu negara kecoh. Cikgu itu tetap 'cool' dan sangat-sangat saya hormati. Lebih saya hormat daripada golongan cikgu pilih kasih yang berleluasa.

4-Sabar. Saya tak punya tahap sabar yang tinggi. Di USM, satu petang saya ke Kompleks Bukit Jambul. Berjalan-jalan keseorangan memandangkan saya bukan kaki perempuan. Bertemu mesin ATM lalu teringat kekurangan wang,maka dijolok saya mesin tersebut. Tiada amaun yang saya perlukan. Saya tepuk mesin tersebut dibahagian atas. Kuat-kuat. Mat-mat Indon melihat dengan muka cuak.

5-Tahap sabar saya berbeza dengan tahap orang yang saya jumpa. Selalu tiada keseimbangan yang khusus tergantung mood saya. Biasanya mangsa saya ialah kucing-kucing dirumah.

6-Kesal adalah hasil ketidaksabaran.

7-Teringat sebuah cerita, nasihat seorang ayah pada anaknya yang pembengis tapi cepat sejuk. Begini: tiap kali si anak naik marah, ambil paku dan ketuk di dinding kayu bagi setiap satu kemarahannya sama dengan sebatang paku diketuk.

Lakukan setiap kali marah. Syahdan penuhlah dinding dengan paku-paku. Ayah kemudian menyuruh anaknya mencabut semua paku itu. Apa yang tinggal kesan lubang-lubang paku yang hodoh diatas atas dinding kayu.

Begitulah akibat marah, walau kemudian kita rasa kesal, kehodohan hasil kemarahan itu tetap terlihat seperti bekas ketukan paku itu tadi.

8-Kata seorang penting pada saya-kerana mulut badan binasa. Ya, saya sedang dalam mode self destruction.

9-Saya amalkan zikir Ya Latif dan Ya Rahman Ya Rahim, kesabaran saya masih tetap tidak kekal lama. Saya telah sedar, egonya saya sebagai manusia.

10-Cuma harap saya pada Allah SWT masih tinggi.

Monday, April 11, 2011

Sunday, April 10, 2011

Nur Nilam Sari

1-Pertama kali mendengar lagu sakti ini dipancarkan Radio Era pada tahun 1998, Search keluar dengan album Bikin Wilayah.

2-Kid benar-benar mengagumkan dengan solo dan tone beliau. Kemudian saya mengetahui beliau menggunakan Peavey Wolfgang, maka ia dalam senarai gitar mesti milik oleh saya. Kaler hitam. Jelita sekali.

3-Saya tujukan lagu ini pada 'dia'.

4-Buat diriku yang hina manusia melarat. Tak pernah kenal erti bahagia. Sekadar berhasrat berlindung dalam lena. Pejamkan mata untuk ku lupakan sengsara. Mungkin kalau nasibku berbeza, aku tak mampu menilaikan dikau.

Saturday, April 9, 2011

Lamunanku tersentak

Link dibawah untuk sesuatu yang dimudahkan bagi melihat hasilan saya berseni-

Pautanhttp://mftaqiyuddin.blogspot.com/

Terima kasih pada 'dia'. Awak tetap ratu.

Thursday, April 7, 2011

Taj Mahal Ku- Sebuah Interpretasi











Going international

Hetfield

Les Paul (R.IP)

Danny Gatton

Yesterday I read on the wall of Guitarworld( a guitar mag from America. Here price tag RM25.00 last time I bought one) asking for their reader to sent their artwork with any guitarist as subject by email. So I send them 3 of mine. All by using Microsoft Paint.

Unfortunately( yeahh..typical me) I forgot to include the name of guitarists for each picture. But they still can guess 2 of them BTW.

But, hey what do you call that?-Blessing in disguise?- the staff of the mag asked me for the third name and that give me a lil hope that my work may got a chance got published maybe (I SAID MAYBE only, ok?) in July this year and in coming month after that.

Not sure what will the winner got as I will win...heh. There maybe thousands of participation, but who know right?

If I got luck, I may got a little recognition. Hopefully. We all can have a dream right?

And the best part is I already stopped buying Guitarworld from May 2010 due to no outlet to get it here in my place. What a heck.

Below was our communication via email (with little alteration on the email address- you know those idiot spammer) :

..........................................................................................................................................................................
From:
od od
To:jaff@guitarworld.com


Yeahh!!! Its the Telemeister-Danny Gatton

MF Taqiyuddin


From: Jaff Kitts
To: od od
Sent: Tuesday, 5 April 2011 23:39:14
Subject: Re: Artwork

Thanks…one is Hetfield, one is Les Paul. Who is the third?

Jaff Kitts
Managing Editor

From: od od <xxxxxxxxxxx@yahoo.com.my>
Date: Mon, 4 Apr 2011 22:41:52 -0700
To: Jaff Kitts <soundingboard@guitarworld.com>
Subject: Artwork

Hi. Greetings from Malaysia.

These attachments are my drawings using Microsoft Paint and the subject was refer to the pictures from Google Image.

Sincerely,
MF Taqiyuddin.

Monday, April 4, 2011

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA