Wednesday, May 23, 2012

Sunday, May 20, 2012

Momento 06-10 USM

'Motor aku hilang laaa' gurau seorang rakan. Lokasi parkir dikawasan parkir berhampiran Dewan Kuliah SK USM Penang. Tahun antara 2008 2009.

Beberapa kali gurauan sama kedengaran. Kebetulan rakan tadi memang mempunyai, dibeli baru, sebuah Yamaha 125ZR, model terakhir 125Z sebelum kegilaan LC135.

Bermain serigala, kata orang Kaukasian. Suatu masa benar hilangnya. 125ZR tadi.

Agak gempar juga dikalangan kami rakan rakan. Kerana kehilangan motor terjadi dalam universiti yang mempunyai sistem keselamatan tersendiri terasing daripada polis (dalam lingkungan universiti atau kecuali kes kes berat).

Akhirnya kawan tadi cuma dapat mengenang momen momen manis bersama 125ZR beliau, yang sebenarnya baru juga dibeli beliau.

Pepatah Jepun mengatakan- watashi boro murut tara ga (awak kurang pintar bila mulut tak berjaga). Kata ninja dalam childish diri penulis.

Kisah pertama.




Friday, May 18, 2012

Permulaan hidup Dunia

1-Nak kejar kerja itu, nak kejar kerja ini. Nak baca artikel itu, nak baca artikel ini.

2-Nak ekstrak bab ini, nak ekstrak bab itu. Nak perhalusi isu ini, nak perhalusi isu itu.

3-Nak mengejar siap ini, nak mengejar siap itu. Nak siap sekarang ini, nak siap sekarang itu.

4-Akhirnya terperangkap dalam kelemasan, akhirnya tercungap penat.

5-Rindu kasih untuk berkasih. Kan ku peluk rimbun ampun rahmat Yang Maha Agung (Nyanyian serambi, Ramli Sarip)

Pact of wolves

Somewhere, deep in the dark forest, far from civilization,  that even Hell boy dare not to call it home. 

The gathering of  monster giant wolves, or should I say werewolves, is taking place. 

Like puppies, the argument got from just plain hot turned to blizzard.

That is which is better- Les Paul or Explorer?


Les Paul (L) Explorer (R)






Here it goes

 Les Paul! I said Les Paul!!


Explorer!!!!! Explorer!!!!!!!


Les Paul!!!!! Les Paul!!!!! Les Paul!!!!! You rabid dog!!!!!


 Am outta here for the sake of my Epiphone


Explorer!!!! No doubt!!! The heaviness!!! The image!!!!


Les Paul!!!! Bros at the back, what did ya say? (background sound with growl-Les Paul Les Paul Les Paul!!!!)


 

 Fender anyone? 












Wednesday, May 16, 2012

Wreck Paul

 Banjo LP



 To install Kahler is fine but not for the overall makeover. That is very very over the top.


I can understand this. To prevent the next headstock breakage. 



 
 Don't ever said to your wife that your love for guitar is far big than for.... Hmm. She's your wife, I rest my case.



 Super light LP. Hmm. Hollowing is far better than chambering here.



 What do we learn here? I got one.

Source- http://www.mylespaul.com/forums/gibson-les-pauls/110128-most-horrific-les-paul-story-2.html


Tuesday, May 15, 2012

Watak Watak dalam Universe Guitar

1-Zakk Wylde. Satu perkara paling sinonim bila nama Zakk sampai dalam minda saya ialah teknik pinched harmonic/pig squealing beliau. Dan arak beer. Macam air kelapa kita disini.


2-Saya pernah terbaca dalam Guitarworld mengenai Zakk dengan masalah blood clotting. Yang menjadikan beliau berstatus sober (rasanya sampai sekarang).

3-Koleksi koleksi signature gitar beliau memang pelbagai. Cuma saya tertanya tanya kenapa lebih menyerlah yang versi Epiphone? Coffin guitar anyone?

4-Gibson LPC Bull's eye beliau memang mencuri perhatian. Teringat saya pada satu acara 'roasted' dimana seorang pelawak membuat lawak kasar berkaitan Bull's eye Zakk (so that the audience will know where the horrible sound came from).

5-Saya tidak dapat menghadam muzik beliau bersama Black Label Society. Terlalu 'raw'. Zakk mungkin tidak dalam kategori shredder tapi masih virtuoso. Solo beliau yang saya selalu ingati ialah dalam No More Tears (zersi asli bersama Ozzy).


6-Waktu ditanya tentang saat awal beliau menyertai kem Ozzy, Zakk mengimbas kembali begini- 'What do I gotta to lose (regarding the guitarist audition for Ozzy)? I just working in a gas station.'

7-Zakk dulu dan sekarang kelihatan berbeza. Dulunya dengan rambut blonde mengerbang dan badan sekeping yang berlainan dengan sekarang gaya bikers dan macho.

8-Satu yang bagus berkenaan Zakk ini ialah beliau masih beragama. Dibandingkan ramai atheis dalam muzik rock metal seperti duo guitarist Slayer.

9-Gary Rossington dan Ed King (Lynyrd Skynyrd) memberi penghargaan pada Zakk kerana tidak segan segan mengaku meminati muzik Southern Rock. Rossington membuat lawak dengan mengatakan ada parut dibadannya yang jauh lebih tua daripada Zakk (pada waktu interviu, awal 90an).

Lihat dengar belajar

1-Kebarangkalian tinggi buat saya yang tidak sesuai mencatatkan perkara ini disini, sesuai status saya yang ke bulan terawang ditanah terapung.

2-Saya paling tidak boleh menerima pernyataan masing masing nak selamatkan diri sendiri saja. Biarpun saya juga menyedari sebab sebab perlakuan begitu.

3-Soalnya sampai bilakah kita membiarkan sesuatu yang tidak betul berjalan sedang kita melihat mendengar saja tanpa mahu membetulkan?

4-Politik. Dalam semua lapangan.Dalam lapangan saya ialah universiti (tidak ditujukan khas pada Alma Mater saya sekarang).

5-Cantas mencantas yang seolah olah tidak menggambarkan minda intelektual. Tidaklah saya terlibat kerana saya lalang dipadang pasir dipantai saja. Cuma saya punya hati buat menilai baik buruk.

6-Dan tidaklah saya mahu menjadi wira cuma terkesan juga dengan mereka mereka yang berpolitik lebih daripada akuan Berkhidmat untuk Negara.

7-Paling teruk ialah janji beramai ramai mengubah keadaan, tatkala menghampiri konflik beransur ansur berkurangan jumlah.

8-Infrastruktur kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.

9-Saya melihat, mendengar dan mengambil iktibar. Bak kata seorang pensyarah saya di USM 'hang bukan nak selamatkan dunia. Dapatkan your degree sudahlah'. Ironik. Biarpun terselit sebuah kebenaran.

Thursday, May 10, 2012

Tertulis

1-Dalam seminggu dua ini berlaku beberapa peristiwa yang membuka mata saya. Hakikat yang selain keutamaan pertama pengajian saya, tidak dapat dielakkan keutamaan yang mengejut datang.

2-Ayahanda saya kemalangan, ditabrak daripada belakang oleh sebuah Perodua Kelisa, seusai pulang daripada surau Hj Mohd Salleh kampung kami. Buat saya sedikit blues ialah Ayah sempat mengambil sepinggan bihun goreng lebihan majlis disurau untuk saya sebelum kemalangan. Ayahanda saya berbasikal lengkap lampu reflektor namun kalau sudah tertulis akan jadi tetap jadi.

3-Syukur Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana (koyak kulit kepala, pinggang lebam, luka luka dibelakang, sendi sendi, bahu dan bentan dipinggang) walau semalam sempat di X RAY di Klinik Kesihatan Pontian- menemui retakan dikawasan pinggang.

4-Waktu saya bergegas ke tempat kemalangan( diberitahu jiran jiran), saya lihat darah berpecaran di jalan raya (Pontian menuju Kukup) dan jantung terasa mahu meletup. Apa pun yang penting Ayahanda selamat. Itu lebih baik. Saya mahu saja menumbuk pemandu Perodua Kelisa yang memandu laju namun ditahan orang oran tua kampung. Saya dan Abang memandu ke hospital kerana kelambatan ambulans. Berselisih kami dengan ambulans beberapa ratus meter sebelum sampai ke Hospital Pontian. Saya berkain pelikat saja tanpa membawa apa apa tatkala sampai ke hospital.

5-Dan dengarnya (bila saya sudah dihospital) pemandu Perodua Kelisa menangis dikeroyok pemuda rakan sekampung. Kawan kawan pemandu Perodua Kelisa sekadar duduk saja melihat. Dengarnya juga pemandu Perodua Kelisa cuma sempat diselamatkan sebuah kereta kawannya yang membuat operasi menyelamat tergempar.

6-Saya bukanlah perkauman kerana doktor doktor yang membantu Ayahanda saya dihospital (Pontian dan Sultanah Aminah) adalah bangsa bangsa lain dibumi bertuah ini. Terima kasih pada mereka.

7-Namun saya sedikit terkilan kerana mengikut pengakuan seorang rakan sekampung waktu mereka mengelilingi pemandu Perodua Kelisa itu, mulut beliau berbau arak. Jika dilihat kesan brek tayar yang masih kekal dijalan raya sekarang dan kesan pecah kaca depan kereta bahagian pemandu- sah memang laju kereta Perodua Kelisa itu.

8-Saya bercuti tanpa izin SV saya hampir seminggu, dan sekarang pun saya masih bingung bingung lagi untuk mula membuat kerja. Teringat Ayahanda.

9-29 April jam hampir 9 malam. Semalamnya BERSIH 3.0

10-Semasa dihospital, saya cuma mengulang ngulang zikir.  Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit dan paling rendah ialah kebimbangan.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA