Friday, April 30, 2010

Terfikir

Aku, Abe dengan Syafiq suatu masa makan tengahari di Restoran Kapitan Queensbay. Ni kali kedua aku makan situ. First time Pokcek bawak, orang ramai jugak malam-malam walau tempatnyat tersorok sikit. Abe yang bawa ke situ, dia tak mention pun situ ada nasi beriyani. Jadi aku dengan Syafiq bantai la nasi kandar aje. Ok la.

Harga mahal sikit beberapa sen daripada jenis lauk sama yang aku ambil kalau makan nasi kandar kat tempat lain. Cuma servis kat situ lembap sikit. Nak order air pun tunggu dekat 10 minit sedang nasi dah ada depan mata. Patutlah restoran ni letak jauh sikit dari USM, tidak mesti bankrap. Khaleel rules!!!!!

Sedap-sedap makan(air dah sampai, aku order 2 air kosong yang sampai 1 je) sambil marah macha hantar air tu, Abe cakap sesuatu 'Kita sedap-sedap makan kat sini. Keluarga kat rumah entah makan apa...'

Aku terus melayang fikiran. Dalam hati cakap-

'Apa khabar la gitar-gitar aku kat rumah?'

Saturday, April 24, 2010

Friday, April 23, 2010

Saturday, April 17, 2010

Menulis sesuatu untuk dikenang nanti

Peperiksaan. Entah berapa kali dah dilalui sepanjang hidup. Ada cemerlang, sederhana dan selalu juga gagal. Kesemuanya menjadikan kita kebal.

Wednesday, April 14, 2010

HARTA AKHIRAT?

........

Ya Allah, ampunilah kami Ya Allah.......berjuta-juta kali meminta keampunan Mu Ya Allah.....hati kami tetap terpikat dengan dunia.....sedang akhirat Mu tempat yang kami pasti sampai............

HARTA-HARTA DUNIA YANG DIMINATIKU PART 5


ESP EXPLORER. Hehhhh

HARTA-HARTA DUNIA YANG DIMINATIKU PART 4


Fuhhh. Tak kahwin la aku kalau dok niat simpan duit nak beli kereta super mewah ni


Perggghhhhhhh. Agak kalau ada mamat sondol belakang kereta ni, cukup tak gaji dia setahun nak bayar repair?

Lambo Reventon

HARTA-HARTA DUNIA YANG DIMINATIKU PART 3


DUCATI 1198.Selamba. Minimum RM100,000 tak termasuk kos lain.Spesifikasi racing Troy Bayliss cecah basicRM200,000.Selamba.Tengok gambar je la.Rindu sangat bukak Youtube.

Tuesday, April 13, 2010

HARTA-HARTA DUNIA YANG DIMINATIKU PART 2

Erkkk...R8? model konsep ke apa?best la

HARTA-HARTA DUNIA YANG DIMINATIKU


YZF R1. Tapi ni model lama ni. 2007 tak silap. Kalau ada RM100,000, cantekk la nak angkat

IMPIAN GUA UNTUK BERMUZIK BERSAMA-SAMA:-(OK.SAJA GUNA KATA GANTI NAMA 'GUA'.GUA MAT TRASHER.OK?TAPI ISLAM FIRST!!!!).


Metallica. No doubt. The biggest band ever. Influence Gua paling besar sekali. Gua dulu main 'air guitar' pasal terpengaruh dengan Encik Hetfield la, masa S&M keluar dulu. Orkestra gabung dengan Trash Heavy Speed Metal. Fenomena tu. Erkkk silap betul aku ni. Awat la aku tak letak minat aku pada tokoh-tokoh Islam macam Ibnu Sina ke, Ar Razi ke, Imam Ghazali ke. Dunia-dunia.



Ni Gua plan ni, kalau pergi KFC Gua nak request satu Bucket ayam free. Diperkenalkan manusia paling slapstik didunia-Encik Buckethead. Gitaris ini dulu pernah masuk GNR kejap. Mungkin pasal band member rasa dia ni 'freak', maka takat tu je lah kerjasama antara depa ni. Hangpa jangan under estimate mamat ni. 29 album dah dia release tak silap aku. Kreatif dan inovatif!!!!!

Gitaris berapi daripada segi permainan dan percakapan. Encik Yngwie Johann Malmsteen. Lu kalau main gitar tapi tak kenal ini Maestro, lu tak 'true'. Eh?lu main 'indie' je eh?Ooooooooo. Gua mengaku Gua dah jatuh hati dengan gitar Strat warna 'vintage olympic white' dia tu.

Joe Wings. Brader ni Gua tak perlu introduce lagi. Kalau lu orang tak yakin Brader Joe ni memang betul-betul handal bergitar, Gua cadangkan lu orang dengar lagu Ranggi Metropolis. Gua sampai sekarang tak dapat-dapat lagi solo intro apatah lagi solo penuh lagu tu. Ni la satu-satunya gitar hero yang Gua pernah jumpa perform depan Gua. Kat Pesta Penang je.(p/s-gambar ni gua ambik dari- http://shw.zaifiecreation.fotopages.com/)




Gua rasa ada lagi pemuzik-pemuzik yang Gua teringin nak letak sama dalam ini list. Tapi Gua sibuk study la. Ni posting ni pun saja ja. Ketagih. Pasal A.Samad Said dah racun gua-'Menulis itu derita yang bahagia'.





Thursday, April 8, 2010

TAIP APA JE.... I AM IN TRANCE

Sebagai Muslim, ingatan untuk aku dulu dan sahabat semua;- apa sebenarnya kita buat sepanjang hidup kita?Aku dah 24 tahun menarik hela nafas di bumi Allah. Tapi 24 tahun tu apa yang aku buat selain membesar, belajar,dan hidup sebagai manusia klise?

PHD?Duit 1 juta pertama?perempuan?tesis MS ISO?karier?Ferrari?Nasi Kandar?

Tu semua dunia kan?tapi penting kan?tapi kat mana aku letak dulu antara agama dengan dunia?

Dahi hitam?entahlah. Tu bukan soalnya. Ikhlas adalah antara Allah dan hamba-Nya.

Nak buat apa menyesal?Tu pun bukan masalah kat sini. Apa yang dah jadi sebab kelemahan aku dan peringatan Allah untuk aku.

Friday, April 2, 2010

PERGINYA DIN BERAMBOI (Mior Ahmad Fuad Mior Badri)

Aku terkesima pagi ni,bila kawan beritahu DinBeramboi meninggal....

Aku rasa sikit sebak dan rasa tak percaya...Baru semester lepas aku nampak kelebihan/potensi/bakat/kaliber Allahyarham melalui download program Spontan.Memang best lawak-lawak Allahyarham.Tak terfikir lawak macam tu boleh keluar,dan menjadi lawak yang betul-betul lawak.

Aku teringat pada awal-awal penampilan Din Beramboi dulu.Ada komen mengatakan gaya beliau kasar.Menggunakan kata nama 'aku' 'kau' dan 'bodoh' bila berkomunikasi dengan penonton.Jujur.Aku pun tak berapa gemar gaya macam tu.Tapi itulah Din Beramboi.Berani dan selamba.

Aku teringat dulu juga wujud satu majalah kartun(selain Ujang)yang menggunakan Din Beramboi sebagai maskot.Sekarang mungkin yang tinggal cuma nama saja.

Tak kisahlah apa yang lepas pun.

Pada aku Allahyarham ada kelainan berbanding pelawak segera atau pelawak-pelawak lain.

Din,we all love you.

Al-Fatihah.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA