Friday, December 31, 2010

SETIA TURN TO SATAN

1-IMAGINE YOU HAVE BEEN SO LOYAL AND THEN SHE TURN YOU AWAY WITHOUT HESITATE. JUST TO FULFILL HER SELF CALMNESS.

2-YOU 100% BELIEVE THAT SHE CAN BE YOURS TRULY IN THE FUTURE.

3-IN THE SAME TIME SHE DONT HAVE A PROBLEM TO HIGHLIGHT HER SINGLE STATUS TO OTHER WHILE YOU JUST KEEP WAITING FOR HER. AND YOU DON'T KNOW THAT ATTITUDE OF HER.

4-WHEN EVERY TIME YOU POINT YOUR DISSATISFACTION AGAINST HER ATTITUDE ASIDE #3, SHE ACT LIKE ITS HER RIGHT TO DO WHATEVER HER PLEASE.

5-YOU KEEP WAITING AND ONE DAY IT WILL COME TO AN END.

6-THANKS BUT NO THANKS.

MUZIK DAN ENTHUSIASM.

Penggunaan muzik sebagai satu elemen penyambungan komunikasi adalah refleksi kepada kompleks struktur minda seseorang. Ia dibentuk samada sebagai satu identiti, satu simbolistik dan mungkin juga suatu sambungan organ manusia bagi yang menjadikan instrumen sebagai nama keduanya.

Muzik boleh menjadi malaikat atau syaitan. Positiviti bermuzik dan muzik secara jendral dilihat untuk menaikkan semangat, motivasi, mendorong kepada rajin bekerja, dan membangunkan negara (P.Ramlee).

Secara rambang muzik adalah sifat manusia itu sendiri.

Thursday, December 30, 2010

MY BRAIN 15

1-ALHAMDULLILLAH.

2-MUNGKIN BOLEH DIKATAKAN STRATEGI KERAJAAN MEMENANGI HATI GOLONGAN MUDA DENGAN PENYEDIAAN PERUNTUKAN/BIASISWA PROGRAM INI.TAHNIAH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA.

3-SYARAT-SYARAT YANG MUDAH.

4-CUMA WUJUD KEBIMBANGAN APAKAH JIKA(BACA-JIKA)KERAJAAN BERTUKAR KELAK PADA PRU13, ADA KAH APA-APA JAMINAN PROGRAM INI AKAN DITERUSKAN?

5-BAGAIMANA NASIB MEREKA YANG BERADA DIBAWAH PROGRAM INI?

6-SEKARANG AKU MAHU MEMINTA SEDIKIT BAHAGIAN PERUNTUKAN INI UNTUK PERINGKAT DOKTOR
FALSAFAH PULA.MOGA ADA BAHAGIAN AKU.AMIN.

Sunday, December 26, 2010

JANGAN ENGKAU KAHWINI WANITA YANG ENAM

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."



Sedikit pesanan-

"Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu? Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala." - Amri el Wahab -

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

Thursday, December 16, 2010

IT

All Rights Reserved


Tweaking....

Too many leisure time...Okay I want to be an artist(drawing speciality), any help?


Just for fun.....the talent inside already rusty.

AN APPRECIATION FOR HELLBOY


This is re-drawing from Bride of Hell.

MR GUILLERMO DEL TORRO I DEMAND HELLBOY III


1-Just finished reading the Wild Hunt #1-#8 due to too many free time (okay...not working any career yet). One from the Hellboy's franchise. Love the artwork of Duncan Fegredo and, of course, the storyline by the creator of Hellboy- Mike Mignola.

2-This collaboration between art and supernatural fictional make me wanted to grab a pen and paper again, though I am too lazy to find those so I just launced MS PAINT. I used to dream to be an artist before. Making comic, cartoon, animation. Unfortunately I stuck with the reality of life or God wanted me to do other thing, maybe.

3-So this is it. I present you-The boy from hell. Anung Un Rama.

Saturday, December 11, 2010

Melindungi koleksi penulisan sendiri

Opera

oleh MFT

‘Teo aa…Lu nanti bila itu Tuan Rumah datang kasi tau Gua, ada sini belakang.’ kata Leong pada seorang pekerjanya. Mereka sedang berkemas seusai siap persembahan opera mereka. Yang lain-lain ada yang sudah siap mahu tidur. Mereka semua ditempatkan dibawah khemah besar disediakan keluarga yang menjemput mereka.

Hampir 30 orang jumlah pekerjanya semua.Leong turut memberikan beberapa arahan pada pekerja-pekerja yang lain sebelum berlalu ke ruangan belakang.

Opera mereka mendapat sambutan diseluruh negeri di Tanah Besar China.Mereka menjelajah dari satu tempat ke satu tempat memenuhi undangan.Keuntungan yang diterima cukup memuaskan.Leong terfikir kelak mahu membawa beberapa sepupunya menyertainya dan membantu menguruskan opera warisan keluarga mereka ini.

Malam ini mereka mengadakan persembahan setelah dijemput wakil keluarga Tuan Rumah.Boleh tahan bilangan penonton malam itu.Agak meriah banding persembahan di daerah lain.

Setakat ini Leong masih mahu mencari keuntungan dan kemashyuran dulu sebelum berfikir mengembangkan perniagaan ke bidang lain hasil keuntungan operanya ini.Biar operanya terkenal diserata China dulu kemudian barulah berangan-angan mahu ke luar negara membawa bersama seni budaya mereka untuk dikongsikan bersama masyarakat luar.

Suasana diperkarangan rumah si Tuan Rumah yang luas agak sejuk. Maklumlah dikawasan berbukit.Disebelah sana ada lembah menghijau yang indah. Esok mereka akan melalui lembah tersebut untuk memenuhi jemputan ditempat lain pula.

‘Ketua. Tuan Rumah sudah datang.’ Ujar Teo mengejutkan lamunan Leong.

Leong keluar berjumpa dengan Tuan Rumah yang datang bersama seorang pembantunya. Dilihat beberapa pekerjanya sudah tertidur diruang tengah khemah besar. Disepak mereka dibantu Teo untuk mengejutkan mereka,sebagai menghormati Tuan Rumah yang tersenyum dari jauh sambil melurut janggut putihnya.

‘Encik Leong. Hahaha. Persembahan malam ini ada banyak bagus. Saya, isteri dan anak-anak serta semua orang sangat seronok menonton malam ini. Banyak gembira. Banyak-banyak terima kasih pada Encik Leong dan semua pelakon.Hahaha’ kata Tuan Rumah yang disambut pembantunya mengiakan sama.

‘Terima kasih juga seronok menonton persembahan kami semua. Maaflah kerana kebanyakan kami sudah kepenatan tidak dapat menyambut Tuan yang budiman. Walaubagaimanapun kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jemputan Tuan sekeluarga.Tuhan akan beri banyak keuntungan pada Tuan nanti.’ berbasa-basi Leong sambil menggoncangkan kedua tangannya tanda terima kasih.

‘Hahaha.Betul-betul.Oh ya, ini sebagai yang dijanjikan dan saya tambah 2 uncang lagi sebagai tanda terima kasih.Hahaha’ kata Tuan Rumah mengambil 5 uncang wang daripada pembantunya.

‘Banyak-banyak terima kasih.Terima kasih.Terima kasih.’ Leong tersenyum-senyum dan menundukkan kepala sambil menggoncang-goncang tangan. Teo dan pekerja-pekerja lain turut sama tunduk mengiringi.

‘Hahaha. Lain tahun kita akan panggil lagi Encik Leong dan semua orang. Kita mahu tengok lagi opera ini nanti tahun depan datang.Saya akan bagi lebih lagi nanti tahun depan.Hahaha.Kita seronok sangat tengok persembahan opera ini.Hahaha.’ ucap dan ketawa si Tuan Rumah.

Mereka berbual-bual dalam beberapa selang masa.Tuan Rumah kemudian meminta diri. Leong pun setelah memastikan apa yang patut mengambil tempat dibelakang dan tertidur.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

‘Ketua!Ketua!’

‘Ketua!Cepat bangun!’

Leong membuka kelopak mata.Dilihat langit biru dan awan putih. Seingatnya mereka semua berteduh dibawah khemah besar malam tadi.

‘Ketua!Tengoklah mana kita sekarang tidur tadi malam.Di kubur!’

Leong tersentak.Terduduk terus.Kelilingnya batu kubur terpacak.Timbun tanah setompok-tompok menimbun didepan batu nisan. Bekas colok tergolek diatas tanah.Suasana sunyi dipuput angin lembut.

‘Ambil duit yang Tuan Rumah bagi tadi malam pada Teo dan bawa sini pada aku!!’ perintah Leong keras pada pekerja yang membangunkannya itu.

Bergegas pekerja itu mengejutkan Teo dan lain-lain. Mereka semua terkejut bila mendapati mereka terbaring tidur ditengah-tengah kawasan kubur.Bergegas mereka mengelilingi Leong.

Leong hanya menggelengkan kepala. Uncang-uncang wang itu cuma berupa kain reput dan berisi batu kelikir saja isinya.

Barulah Leong faham kenapa hawa malam tadi begitu selesa. Sejuk kerana mereka didodoi angin dikawasan berbukit. Memang nyenyak tidur dibuatnya begitu.

Cuma kawasan berbukit yang mereka baru saja mengadakan persembahan malam tadinya adalah kawasan jirat/kubur.

Buat sementara operanya dihentikan operasi dan mereka semua kembali ke kampung halaman. Takut. Seram dan ngeri.

p/s- siapa datang menonton malam tadi?

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA