Wednesday, November 30, 2011

Makan

1-Kebanyakkan golongan pelajar , terutama Bumiputera, dikategorikan lebih miskin daripada kategori dibawah garis kemiskinan (MFT,2006), kerana
  • Hidup dengan wang dalam julat tidak melebihi RM500 sebulan atau kurang(terutama dikawasan yang kos hidup tinggi seperti di Penang).
  • Ada yang meminjam untuk membayar hutang yang dipinjam (gali lubang tutup lubang)
  • Ada yang bergolok gadai berjimat cermat (kebanyakkan berjimat untuk membeli gajet dan bercuti)
  • Ada yang memakan maggi sebungkus dipatah dua, sepatah untuk siang ,sepatah untuk malam (cerita benar seorang Pensyarah Arkitek)
  • Dan lain-lain.
2-Waktu saya di USM dulu, Alhamdulillah keperluan saya cukup. Tidaklah mewah tetapi jarang berlapar. Emak saya sentiasa bertanya keperluan saya setiap minggu. Ayah saya juga jenis tidak berkira wang sangat kerana faham anaknya ini jenis kuat makan.Tinggi 180 cm dan berat 120 kg. Orang Johor kata 'sihat' badan.

3-Diperhatikan ramai kawan-kawan yang mengikat perut mereka. Waktu makan agak berkira namun kemudian saya dapati banyak wang mereka dialirkan pada rokok, belanja kekasih, berpoya-poya, membeli hanset dan lain-lain. Biarkan. Wang mereka.

4-Ada juga yang saya dapati memang berjimat cermat terutama seorang kawan dari Samarahan Sarawak yang keluarganya berpendapatan sederhana. Kerja kampung. Cuma ada sekali cerita kelakar berkenaan kawan saya ini- memilih untuk membeli maggi atau rokok sebatang. Duit cuma ada ngam-ngam saja. Dibelinya rokok.

5-Golongan pelajar adalah nokturnal. Waktu malam adalah waktu perut berfungsi setelah siangnya otak difungsikan. Jam selepas 12 tengah malam dirasakan 'malam masih muda', maka berbondonglah keluar ke kedai makan atau restoran atau tempat tempat eksklusif (saya kata ekslusif sebab pada saya satu kepala RM20 untuk buffet adalah mahal. Pada sayalah. Di tempat saya jarang ada buffet.)

6-Kebanyakkan kawan saya menyimpan stok makanan ringan dibilik. Biskut, roti, maggi dan lain-lain. Ada yang berjualan makanan. Sikit haru bila bilik asrama jadi dapur memasak. Penuh bau bawang. Ada kawan Kristian dari Sabah siap beli dapur lagi. Asid masakan penuh berselirat diceruk dinding. Sedap juga rasanya. Halal. Sebab dapur kongsi beli dengan rakan Sabah yang Islam. Kalau non Muslim nak makan yang haram seperti babi golek, mereka makan diluar.

7-Saya ingat di USM dulu waktu jualan pasar malam. Satu di depan Tesco Mart Sungai 2 (Sabtu), Taman Tun Sardon (Rabu tak silap) dan satu lagi sepanjang jalan ke Queensbay Mall. Ada lagi tempat lain, cuma saya jarang merayap.

8-Bulan Puasa, maka depan RST dan Gate Sungai Dua akan dibuat bazar Ramadhan. Boleh juga berjalan-jalan melihat air minuman pelbagai warna. Menu saya tak kira bulan Puasa atau tidak ialah Nasi Kandar.

9-Nasi kandar is legend. Saya tak nak cerita lebih sebab dah terliur sangat-sangat. Sekarang di Batu Pahat di Parit Raja ada juga restoran mamak mengiklankan nasi kandar. Tapi saya melihat pada signboard itu dengan rasa tidak yakin. Nantilah saya cuba.


Tuesday, November 29, 2011

Haha (tutup mulut)




While the response to my last blog post about string stretching was generally positive, some of you did reply that it was a bit too easy, that "everyone knows that."

In response to those claims, I thought I’d use this post to tell you about some silly episodes that prove that we don’t all know what we’re doing.

I worked in a music store in Glasgow, Scotland, for almost 18 years. Anyone who has ever worked in that kind of environment will tell you that they’ve seen some pretty weird stuff in their time. Factor in that I was the guitar repair guy, and the potential for weirdness rockets into the stratosphere.

Here's exhibit A to kick things off:

There was the young guy with a silver sparkle Charvel - a Model 375, if I remember correctly. Anyway, bored with his guitar’s finish, he decides to strip it off. He dips the guitar in a vat of paint stripper before thinking, "Oh, maybe I should have taken the hardware and pickups off first."

By the time I saw it, all of the guitar’s plastic bits had melted and the black hardware was way past its best.

B. Fella brings in a guitar he’s put together himself. It looks good. He tells me he’s wired up all the components correctly but the guitar doesn’t work. I take a look inside the control cavity and all the wires and capacitors are indeed connected in the right places ... with Plasticine modelling clay and sticky tape. There’s not a drop of solder in sight.

C. Fed up that his guitar was going out of tune - probably needed to stretch the strings - a novice player comes up with a genius idea. He gets the guitar in tune, then coats each machinehead with Superglue. If it can’t move, it can’t go out of tune, right? Then he broke a string. Er ... (See the main photo at the top of this post.)

D. Angry customer approaches one Saturday morning with a Squier Strat he bought the previous week. "It’s not working," he barks. I take a look and spot the problem immediately. He’s only gone and fitted his new guitar with a set of classical strings.

He tied huge knots in the end of each string to stop them slipping through the vibrato. That should have been his first clue. Electric guitars don’t cope too well with plastic strings, I tell him. He stops shouting.

E. This one is terrifying. Man is buying a guitar cable. He says it’s for his daughter, who has just got her first electric guitar. He’s about to leave when he says, "So, I just snip the end off one end of the lead and fit a wall socket, then?"

"No!" I replied. He thought that the guitar was plugged directly into a wall socket. Imagine that! His daughter could have been fried. I explained the whole concept of electric guitars and sold him a practice amp. Disaster averted, I hope.

I’ve got countless more stories like this. The young lad staying up for hours the previous night trying to screw the vibrato arm into his Stratocaster’s jack socket is just another one.

The message is, if you’re not sure what you’re doing, get some advice first. There’s no shame in admitting you don’t know something. If you’re one of those guitarists that has been round the block and knows a thing or two, share it with those less experienced.

That’s exactly what I’ll be doing next time when I’ll be looking at the problems that can be caused by top nuts. See you then.

http://www.guitarworld.com/eds-shed-some-crazy-stories-my-repair-shop-days

Thursday, November 24, 2011

??

1-Fakta dan keadaannya sekarang ialah saya menyambung peringkat Doktoral (Thesis). Alhamdulillah. Harapan saya terkabul. Rezeki daripada Allah SWT. Berkat doa Emak saya. Walau ada yang bertanya kenapa tak sambung di luar negara?

2-Kita akui tidak ramai yang menyambung ke peringkat Doktoral ini kerana pelbagai sebab. Paling popular- kewangan. Itu pun yang beralasan begitu bila sudah bekerja mereka gunakan wang untuk membeli kereta, telefon pintar dan lain lain. Saya yakin mereka ada juga menabung untuk sambung belajar kelak. Mungkin mereka mahu rasa belajar di negara luar jadi mereka menyimpan dahulu perlahan-lahan. Insya Allah, moga murah rezeki selalu. Saya teringat seorang berpangkat besar bertanya, waktu mahu mendapatkan tandatangan dan pengesahan dokumen, kenapa tak bekerja dulu ? Mungkin rezeki saya, waktu mahu menyambung pengajian ini Kerajaan telah menawarkan banyak biasiswa seperti Bajet Mini, My Brain 15, dan lain-lain.

3-Saya juga dapati terutama orang lelaki, bila mereka tahu saya menyambung ke peringkat sekarang, mereka perlakukan saya seperti seorang yang asing. Bila terjumpa buat-buat tak nampak. Sebelumnya boleh saja bertegur-tegur bertukar senyum.

4-Apa salah saya? Mungkin mereka rasa tercabar dan tahu mereka boleh buat lebih baik berbanding saya. Alhamdulillah jika begitu dan itulah yang sepatutnya.

5-Tak semua begitu, ada juga yang sangat senang hati mengetahui orang sendiri dapat peluang begini dan menjadikan ini sebagai satu semangat. Alhamdulillah semoga Allah SWT rahmati mereka yang baik-baik hatinya.

6-Orang perempuan pula lebih mesra dan memberi galakkan pada saya dan mereka juga memberitahu mereka juga mahu begitu satu masa nanti. Insya Allah. Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

7-Saya percaya jika Allah SWT nak beri, dengan mudah diberi Nya.

Wednesday, November 23, 2011

Skil hidup-Gitar dan kaitannya dengan perempuan

1-Popular juga tanggapan perempuan yang tahu bermain alat muzik e.g. gitar sebagai 'hot'. Saya tak tahu cuma peribadinya tidak berapa gemar begitu. Pada saya perempuan lebih sopan bila kita tahu mereka pemalu sopan dan santun.

2-Saya dapati pula jika perempuan tahu seorang lelaki boleh bermain alat muzik e.g. gitar, sedikit mudah memulakan perbualan. Energi lebih kuat datang daripada perempuan untuk menegur(tertarik), ini mengikut pengalaman saya dulu.

3-Saya lupa nama khas satu pekerjaan yang anda boleh mengupah seseorang pergi menyanyi (sambil bermain gitar) satu lagu khas untuk seseorang istimewa, skop disini pasti perempuan yang diminati/dicintai. Saya pernah terfikir untuk memulakan karier begitu di USM dahulu. Hahahahaha.

4-Gitar adalah alat muzik paling popular dan senang didapatkan. Anda tahu beberapa kord dan 5 fretboard pertama gitar, maka asasnya sudah ada. Untuk mendapatkan lebih lagi perlulah usaha sendiri.

5-Pilihan lagu untuk dimainkan tergantung. Saya memilih lagu-lagu yang tidak begitu leleh ke arah keIndonesiaan sangat (kecuali Dewa 19). Kalau boleh mahukan lagu yang berkarisma isinya. Contoh- Parisienne Walkways (Gary Moore), lagu-lagu Elvis Presley (Love Me Tender, Always on my mind, etc), dan lain-lain.

6-1 lagu yang saya tahu pastinya sangat mampu memenangi hati perempuan, saya dah cuba, ialah lagu Muse-Unintended. Lembut, kuat melodinya dan lirik yang terus. Atau kalau saya mahu keras sikit-Nothing Else Matters (Metallica) dengan vokal Hetfield album live S&M. Keras dan jantan tonanya.

7-Ada kawan-kawan saya yang mahu belajar bermain gitar semata-mata untuk mengurat perempuan. Ada pula bermain gitar semata-mata untuk bermain didepan perempuan. Ada yang bermain gitar bolehlah sedikit tapi dibantai beli gitar mahal-mahal semata-mata untuk berdepan perempuan. Pada saya gitar adalah sambungan organ badan manusia.

Bilik baru

Sebelum ini saya membuat posting berkenaan bilik yang diberi Penyelia saya untuk kegunaan membuat kerja. Hari ini saya membuka emel khas pelajar UTHM dan membaca emel dibawah-


-Dear students

We would like to share that the Library of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia has prepared a Postgraduate Research Room. It can accommodate up to 100 users at a time and a dedicated research room for academic staff, researchers and postgraduate students of this university. This room is located at Level 3 and is equipped with the following facilities:



(a) 30 units of computer

(b) Desk review / discussion

(c) Plasma TV with Astro broadcast

(d) Sofa set


Users are required to bring the staff card / students matric card to access their facility. Thank you.

"With Wisdom We Explore"

Centre for Graduate Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537906/ 07-4537757-

Dibilik sewa dengan kapasiti 2 orang sebilik sekarang cuma tinggal saya seorang, tambah bilik Penyelia lagi dan bilik di perpustakaan. Harapnya kerja saya pun bercambah kualitinya. Insya Allah.

Monday, November 21, 2011

RenderPaul






Looks real eh?

Source-http://www.mylespaul.com/forums/gibson-les-pauls/58679-gibson-1959-les-paul-3d-model-4.html

Bahasakan diri

1-Dulu saya keliru panggilan apakah untuk pensyarah universiti? Apa beza gelar Doktor, Profesor Madya, Profesor, Naib Canselor, Canselor dan seterusnya?

2-Cara mudah saya panggil 'Tuan'. Terutama pada mereka yang saya tidak kenal tapi dapat merasakan mereka ini mempunyai kedudukan.

3-Begitu juga pergaulan dengan rakan-rakan. Saya agak terkesan jika ada yang lebih muda selamba saja menggunakan kata ganti diri- aku kau lu gua. Adab ke mana-mana perlu dijunjung kan? Anda suka bercakap 'Wak lu' pada seorang tua lain? Saya fikir beradab itu lebih bagus daripada mengharapkan orang lain berfikiran terbuka untuk anda.

4-Di sini (di peringkat sarjana ke atas) ramai kawan-kawan yang lebih tua berbanding saya. Sebaya saya kebanyakkan mengambil Msc kerana mereka bekerja dulu selepas Ijazah Muda. Pada saya ini sedikit masalah kerana ruang lingkup kerja saya sebelum ini bersama dengan yang sebaya saya. Jadi saya lebih banyak tersenyum, hulurkan tangan, rendahkan diri dan menggunakan 'saya, Tuan, Puan'. Terutama yang sebangsa saya.

5-Seorang senior saya berbangsa India. Orang Kedah. Lebih tua berbanding saya. Mungkin kerana kami sama-sama saling perlu memerlukan dalam mencapai objektif penyelidikan, kami menggunakan 'I you saya Hang ang' dan sesekali 'aku kau'. Beliau sangat ikhlas dalam membantu saya. Sangat sabar mendengar penerangan saya dan mahu saya bertanya lebih lagi.

6-Seorang lagi senior saya, pelajar dari Pakistan. Paling tua antara senior saya. Beliau pastinya tidak menguasai Bahasa Melayu, maka komunikasi kami agak terbatas sedikit. Bahasa Inggeris saya bolehlah untuk bercakap dan menyampaikan, cuma kurang sedikit dalam memahami accent etnik non English speaker ini.

Sunday, November 20, 2011

Mencari masalah

1-Dalam penyelidikan ilmiah saya diminta 'mencari' masalah/isu untuk dikaji dan mencadangan penyelesaian sebagai sumbangan kepada badan penyelidikan. You are not going to save the world with your research, just try to get your degree, that is the point. Right? (Pensyarah saya,2009)

2-Wow. Kita cari masalah dan kupas dalam-dalam dalam 1 ruang sempit yang menjurus pada kajian kita. 1 masalah cukup. Piramid terbalik konsep disini.

3-Ok. Saya mahu pergi membaca jurnal. Buat Penyelia saya harapnya bersabar dengan pelajar mu yang agak slow ini. Amin. Amin. Amin.

Saturday, November 19, 2011

?

1-Hari ini hari Sabtu. Hujung minggu. Memang janggal untuk bekerja pada hujung minggu bagi kebanyakkan orang. Saya faham kalau yang sudah berkeluarga pasti mahu meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang. Saya tiada masalah dan ini perkara biasa.

2-Jadi hari ini jam 2 petang tadi saya masuk ke bilik bekerja saya (pada masa yang sama bilik Penyelia saya, seorang Profesor Madya) dengan 2 tujuan. Menguji tahap penerimaan Broadband dan membaca jurnal setakat termampu.

3-Hampir selepas masuk waktu Asar, 4 suku hingga 4 setengah, awan mula kelihatan membawa kegelapan kandungan airnya. Saya pada mulanya mahu pulang pada jam 6 petangnya nanti. Terus ke kafe Tun Ismail membeli makan malam.

4-Pada jam 5 petang, hujan lebat turun. Saya membungkus laptop dan beg. Kemudian keluar ke ground floor mencari surau. Tidak berjumpa hinggalah bertanya seorang lelaki yang nampaknya seperti juruteknik, bertanyakan surau. Rupanya ditingkat 1. Ini kali kedua saya ke bangunan baru fakulti saya-FKAAS.

5-Usai solat saya lihat hujan mula renyai. Pekerja buruh binaan ada berbasikal dalam renyai hujan. Masa untuk bergerak ujar saya dalam hati.

6-Waktu memasukkan kunci ke tombol bilik bekerja, dihujung koridor di bilik terakhir keluar seseorang. Rasanya pensyarah FKAAS. Saya tidak kenal dan rasanya tidak pernah ternampak. Mungkin bertaraf Profesor Madya atau Profesor.

7-Beliau memandang saya dan bertanya-"Nak buat apa masuk bilik Profesor?". Beliau menghampiri saya.Saya jadi serba salah. Pertama kerana saya memang orang baru disitu, kedua saya tidak kenal siapa yang bertanya kecuali common sense memberitahu beliau seorang yang berautoriti.

8-Saya memberitahu beliau saya pelajar PHD dibawah seliaan Penyelia saya. Saya dekati beliau dan menghulurkan tangan. Kelihatan beliau seperti ragu-ragu. Kurang 30 saat kemudian saya dan beliau memasuki bilik masing-masing dan sempat beliau sedikit melaung bertanya 'Hujung minggu pun kerja juga?'. Saya menjawab 'A ah'.

9-Saya mengambil beg, memakai jaket dan topi keledar. Keluar bilik. Kebetulan yang bertanya tadi juga keluar. Bersama 2 orang perempuan. Mungkin pelajar dibawah seliaan beliau. Oh mereka bekerja dihujung minggu tidak pelik? Mereka ada menyebut sampel sampel. Kami kemudian bergerak memasuki lif.

10-Yang bertanya tadi bertanya nama saya dan asal orang mana. Saya jujur menjawab sesuai adab orang baru. Selesai. Waktu balik, beliau saya lihat memandu sebuah Mercedes. Memang orang berautoriti di FKAAS sini. Mungkin ada peluang lain untuk saya selepas ini. Insya Allah.

11-Cerita kedua. Saya katakan mahu ke Kafe Tun Ismail tadi kan? Saya pun kesana menempuh hujan yang renyai-renyai.

12-Masuk saja ke kafe, saya lihat dalam 20 lebih orang menonton TV melihat perlawanan bola sepak. Saya terus berjalan ke gerai nasi campur.

13-'Transformer datang. Transformer datang. Kah kah kah kih kih kih kih' jerit seseorang. Saya kalau ke kafe ini memang jarang membuka topi keledar. Tambah pula visor saya jenis krom. Memang nampak ke 'depan' pada mata orang kebanyakkan.

14-Saya berhenti sebentar mencari sumber suara itu. Saya tahu ada yang cuba mengolok-olok saya. Ikut darah panas saya pasti kejap lagi ada yang merasa besi but saya. Sabar dulu kata saya.

15-'Siapa cakap transformer tadi?' saya bertanya pada kelompok orang yang menonton TV tadi. Senyap semua. Saya menjengil pada salah seorang. Terus diunjuk pada seorang yang betul betul didepan saya. Budak muda berambut sedikit kerinting dan bermisai nipis memakai baju jersi bola.

16-Saya tepuk belakang beliau sedikit perlahan dan betanya 'Apa kau cakap tadi?' Dijawab beliau 'Transformer'. Saya tanya semula 'Kenapa kau panggil aku transformer?' Beliau nampak sedikit gabra tapi menjawab 'Saja. Bergurau'.

17-Darah terasa naik ke muka saya. 'Apasal pulak kau nak bergurau?Tak pandai hormat orang?' tanya saya. Saya lihat orang yang lain. Terdiam semua. Terus saya ke gerai nasi campur. Saya cuba bersabar. Itu pun masih kedengaran suara ketawa daripada sumber yang sama.

18-Waktu mahu pulang, saya tepuk perlahan belakang orang yang sama tadi. Saya hulurkan tangan. Beliau menyambut tergesa-gesa dan berkata 'Assalamualaikum'. Saya terus berlalu.

19-Saya pun bukanlah baik sangat. Tapi apa gunanya tunjuk jantan depan orang ramai bila ditangkap tahu pula takut?Saya yang bergraduasi daripada sekolah yang pernah mencetuskan kekecohan satu Malaysia pada tahun 2003 dulu. Kes pukul budak. Kes buah pinggang. Anda ingat? Saya ada dan melihat pada masa kejadian itu. Yang memukul itu kawan-kawan saya juga. Tapi apa perlunya sampai ke tahap begitu? Bergaduh-gaduh itu?

20-Saya kecewa pada hari ini. Moga Allah SWT jadikan ini sebagai kifarah dosa saya. Wallahualam.

Thursday, November 17, 2011

Ruang 4 segi



1-Hari ini saya menjengah bilik Penyelia saya di bangunan baru fakulti kami (FKAAS). Tingkat 6. Bilik ini diserahkan pada saya sementara sebagai ruang kerja. Penyelia saya faham keperluan saya yang sebelum ini bekerja diruang bilik sewaan saja. Saya diberi kunci asal dan diminta membuat pendua. Baik Doktor.



2-Sekarang saya bergelar 'professor' (Insya Allah). Walaupun itu cuma tanda nama dipintu bilik Penyelia tadi saja. Suasana bangunan baru yang sunyi sepi.



3-Saya masuk ke bilik jam 3 petang. Duduk sebentar sambil menulis-nulis sedikit jus idea. Saya alihkan dulu kerusi khas yang kebiasaannya orang berjawatan duduk (milik Penyelia), kerana masih berbalut plastik dan saya tidak mahu dianggap memandai-mandai merasmikan kerusi tersebut, jadi saya ambil kerusi pengunjung. Selesai.



4-Inilah ruangan baru saya. Harapnya lebih banyak yang baik-baik akan dihasilkan kelak. Insya Allah. Duduk lebih sedikit setengah jam, saya keluar pula bagi memulangkan kunci asal ke Penyelia dan ke kelas PFA 11000.



Tuesday, November 15, 2011

Puiii Hahaha Dadada

11 pagi dan isu dengan perpustakaan

1-Waktu catatan ini dibuat, kurang setengah jam lagi saya akan berjumpa dengan Penyelia. Perjumpaan sebelum ini hampir ke 5 minggu lepas.

2-Sebelum itu, saya cuba akses ke website perpustakaan UTHM. Gagal masuk. Loading gagal loading gagal. Saya mahu periksa tarikh pemulangan buku pinjaman. Lewat 1 hari 20 sen. Kalau 8 buku darab seminggu?

3-Saya cuba connect dengan WIFI UTHM, juga gagal masuk. Celcom Broadband yang jauh lebih kuat signalnya juga gagal masuk. Rasanya isu ini berkaitan dengan setting internet laptop. 1 kerja lagi untuk dicuba cuba betul salah.

4-Oh ya, catatan untuk Blogspot telah berubah. Ia menjadi terlalu ringkas. Tak dapat saya nak bold atau italic kan ayat lagi. Saya tak tahu kalau ini dinamakan regress engineering.

Update-Cantik. 6 buku due dan satu buku RM0.60. RM3.60. Masih mampu lagi berbanding di USM dulu. Percuma saja RM9 disedekahkan ke perpustakaan.

Sunday, November 13, 2011

Quote dalam menulis kajian literatur

1-A kata begini. B kata begini. C begini. D begini. Skopnya ialah pendapat ahli akademik yang pelbagai dalam bidang kajian dilakukan setiap penyelidik berinisiatif sendiri. Menyokong, membantah, menyoal, mencadangkan. Mudahnya BANYAK (yang menarik untuk dilambakkan kelak dalam draf kajian literatur).

2-Makin banyak dibaca makin banyak pendapat makin berkembang idea dan persoalan. Kata kunci disini ialah disemak- samada memenuhi apa objektif?

3-Saya dicadangkan satu kaedah yang saya lupa nama spesifiknya dalam mencari quote ahli akademik/pengkaji lain dalam kajian saya. Buat jadual. Buat kolum nama penulis, tajuk artikel, tahun, Misc. Letak quote tadi. Susur kerelevanan quote itu.

4-Apa lagi ya kaedah pengkaji lain dalam kajian mereka? Mungkin boleh juga dibuat kajian mengenai kaedah kajian untuk rujukan pengkaji kelak.

Dalam negara

1-Melihat kawan-kawan sekolah dahulu, baik lelaki dan perempuan, yang sudah bekerja, berkahwin (ada seorang kawan perempuan yang saya minat dulu, kahwin hari ini, semoga berbahagia dunia akhirat. Insya Allah), berniaga, dan lain-lain buat hati sedikit rasa lain. Antara rasa ternanti-nanti bila giliran saya dan dengan siapa(kahwin)? bila nak berharta (kerja)? bila nak jadi jutawan (berniaga)?

2-Menuntut ilmu adalah jihad. Itu adalah janji. Dan itulah apa yang saya beritahu diri. Jika bukan saya bersusah payah (sasteranya) sekarang dalam bidang akedemik, sekurang-kurangnya Bangsa Melayu ada sudah orang mereka yang berpengetahuan (Insya Allah) di pengajian tinggi. Siapa tak senang hati tengok lebih ramai orang Melayu yang bergelar ahli akademik tinggi (walau perjalanan masih jauh)?

3-Ada kawan menulis di FB, beliau ditanya kenapa bersusah payah sambung belajar? Ditambah lagi oleh yang bertanya yang kekasih si bertanya tadi ada lulusan Master pun tidak bekerja. Jawab kawan tadi beliau mahu sambung belajar. Mudah.

4-Ada bertanya (ini pengalaman saya) lepas PHD sambung apa lagi? Saya tidak tahu itu sindiran atau pembakar semangat. Ada bertanya kenapa tak diluar negara(ini ditanya bekas Cikgu Kejuruteraan Awam saya)? Itu saya akui salah saya banyak main main dulu (SPM 2003).

5-Ada yang bertanya- KAU KERJA APA SEKARANG?!! Ini ditanya seorang jiran saya. Saya malas cakap panjang- TUTOR!!

6-Ada mengajak saya menjadi rakan niaga kontraktor. Saya tolak kerana tahu belum lagi masanya atau saya memang mahu dia kaya dulu.

7-Seorang tua bijaksana di India berkata- orang miskin mahu apa orang kaya ada, orang kaya mahu apa orang miskin ada. Begitulah bagi mereka yang mahu berfikir.

Thursday, November 10, 2011

Blues Bahasa Inggeris

1-Ini adalah pandangan melalui pemerhatian saya bermula daripada zaman saya mengambil STPM, Ijazah Muda, Master dan sekarang. Saya berasal dari Pontian, sebuah daerah ditengah Johor Bahru dan Batu Pahat. Suasana tenang dan pembangunan bertaraf sederhana. Disko?Dulu ada sekarang tinggal nama. Bila bercakap pasal Pontian, orang akan teringat nenas.

2-Waktu saya dalam Tingkatan 6 Kenanga di SMKDPB, sebuah kelas aliran sastera dalam sebuah sekolah Bestari (atau premier?), kami (semua pelajar Tingkatan 6) diwajibkan mengambil Malaysia University English Test atau MUET. Pemberian keputusan berdasarkan band 1 hingga band 6. Makin besar band anda dapat maka semakin baik peluang anda untuk ke universiti. Begitulah pemahaman kami waktu itu.

3-Saya tidak begitu mengambil serius ujian MUET ini kerana sedari kecil asas Bahasa Inggeris saya agak baik. Saya tidak menyombong. Ini adalah hasil pendidikan yang diberikan oleh Emak dan Ayah saya. Semasa membesar dahulu, saya cukup gemar membaca buku, menonton National Geographic dan mendengar album Metallica aka Black album oleh Metallica (selain May Wira Cyborg, XPDC Kita Peng Yu, Iklim- Suci dalam debu, Scorpion Rock you like a hurricane, Deep Purple, Rainbow Temple of the King dan Amelina ah ah).

4-Tambah lagi waktu itu rumah kami mendapat siaran TV5 daripada Singapura, maka setiap hujung minggu kami adik beradik akan berkhemah didepan TV menonton pelbagai kartun dalam Bahasa Inggeris seperti X Men, SWAT Kat, Conan the Barbarian, Bikers Mice from Mars, Robocop dan banyak lagi. Walau tidak faham waktu itu apa isi cerita, tapi kami menonton dengan penuh minat. Dan tak lupa jam 11 pagi setiap hari Sabtu kami menonton cerita hantu Hong Kong alih bahasa ke Bahasa Indonesia. Iya, kami dapat siaran RCTI,SCTV dan entah apa lagi.

5-Saya paling tertunggu setiap malam hari Rabu jam 9 malam, rancangan National Geographic di TV3. Sarikata terjemahan disediakan sangat membantu penguasaan Bahasa Inggeris saya. Daripada situ saya mula perlahan-lahan menguasai bahasa penjajah ini.

6-Kami turut dihantar tuisyen dirumah Cikgu Hamisan, waktu darjah 4, di Rambah untuk kelas matematik dan Bahasa Inggeris. Cikgu Hamisan jarang-jarang sangat mengajar (berlainan waktu saya ambil UPSR di rumah Cikgu Mahsar dan disertai Cikgu Hamisan sekali) dan diambil alih isteri beliau,Cikgu Sharifah. Saya lebih meminati kelas Bahasa Inggeris berbanding dengan matematik kerana saya bermasalah dengan angka(saya dyslexic) jadi saya lebih menumpukan pada apa yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Begitu minatnya saya hingga bila waktu Cikgu Sharifah menulis ayat Inggeris di white board, beliau berhenti menulis dan saya berhenti menulis. Beliau menulis kembali saya menulis kembali. Siap ditulis di white board saya siap menulis dibuku. Cikgu Sharifah sangat menyenangi saya sewaktu kelas Bahasa Inggeris tapi bertukar garang dengan saya waktu kelas Matematik. Kemudian pada waktu sebelum PMR saya dan adik saya dihantar ke tuisyen di rumah Cikgu Joseph Santiago. Bahasa Inggeris beliau memang sangat baik namun Bahasa Melayu ada banyak ruang untuk diperbaiki. Saya sangat menghormati beliau. Kami disuruh membaca buku-buku dengan standard tertentu dan menerangkan apa yang dibaca pada minggu hadapan. Kemudian disuruh membuat karangan untuk membangunkan penguasaan tatabahasa kami.

7-Berbalik pada MUET tadi, kawan-kawan sekelas saya ketakutan. Seorang kawan kami, Ehran bin Adnan telah 2 kali mengambil MUET, kali pertama Band 3 dan kali kedua Band 2(!!) tak silap saya. Kurang ingat. Seorang lagi rakan saya Khairul Azwan bin Mohd Ajib merungut-rungut ketakutan sebelum mengambil ujian ini. Saya pula tidak berapa ingat apa saya buat waktu itu, mungkin membaca-baca nota sedikit untuk menyeru semangat Bahasa Inggeris (melawak tak boleh?).

8-Untuk MUET ada 2 tahap ujian-oral dan bertulis. Yang saya ingat waktu oral itu kami beberapa orang diminta membincangkan satu topik. Kami berdebat. Saya rasa nak tergelak melihat kami kawan-kawan yang sama-sama melepak malas dalam kelas sebelumnya bertutur dalam Bahasa Inggeris 98% untuk mendapatkan markah yang tinggi. Habis ujian oral kami kembali semula bercakap Melayu, kalau ada pun bercakap Inggeris itu pun kerana kami tergelak-gelak mengingati ujian oral itu.

9-Alhamdulillah, saya mendapat Band 4 bersama-sama Ehran. Dalam sekolah saya hanya seorang saja mendapat Band 6, pelajar Cina. Yang penting pada saya ialah lepas kelayakkan masuk universiti. Kawan-kawan lain ada mendapat Band 2 hingga Band 3. Kami ditambah semangat dengan kata-kata di universiti boleh ambil lagi MUET. Padahal ujian ini ialah menilai taraf Bahasa Inggeris untuk kemasukkan ke universiti. Kami mendapat maklumat kurang tepat.

10-Bila saya menyambung di USM Pulau Pinang, kami diwajibkan mengambil kelas Bahasa Inggeris dengan kod LSP. Oleh kerana saya mendapat Band 4, maka saya cuma akan mengambil kelas LSP ini pada tahun ke dua. Band-band bawah perlu mengambil pada semester pertama tahun pertama. Untung juga saya ini.

11-Masuk tahun kedua saya pun mengambil kelas LSP ini. Seingat saya cikgu Bahasa Inggeris saya ialah seorang warga Amerika, Mr Dave M.Faherty. Seorang yang baik hati dan penyabar. Namun pada tahun seterusnya saya mendengar beliau telah menjadi seorang yang garang. Mungkin tertekan dengan sikap sesetengah pelajar yang culas.

12-Pada tahun ke tiga saya mengambil kelas LSP ini dengan Mr Lai. Seorang Cina yang berperwatakan senyap dan anda boleh bermasalah memahami samada beliau sedang gembira, marah, malu atau apa-apa saja sepanjang kelas. Ekspresi muka yang sama. Saya ingat seorang kawan sekelas saya Saiful Ali bin Omar membentangkan satu tajuk dan agak kontroversi iaitu hubungan seks yang selamat. Siap dengan contoh pisang dan kondom lagi. Sangat berani beliau ini. Hahahahahahahahaha!!!!

13-Tugasan dan kuliah di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan menggunakan Bahasa Inggeris. Saya agak sedikit tertekan disini kerana penggunaan Bahasa Inggeris disini agak intensif. Tambahan pelajar Cina bersoal jawab dengan pensyarah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana kami Melayu Tuan di Tanah Melayu, maka kami juga perlu mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ada seorang kawan saya Mohd Ezwan melahirkan rasa tertekan beliau dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebegitu. Saya cuba menyabarkan beliau dan dalam masa yang sama menyedari masalah yang bakal kami hadapi selama 3 tahun belajar Ijazah Muda disitu. Cabaran Bahasa Inggeris.

14-Kawan-kawan negeri Kelantan seperti Jamaludin Abdul Rahman, Mohd Shazimie dan Mohd Syawal Ab Rahman juga mengeluh kerana mereka tidak memahami butir kata pensyarah. Seorang pensyarah kami, Encik Azlan Raofuddin sangat mengambil berat pada kawan-kawan Kelantan ini kerana menyedari masalah penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Rasanya majoriti kawan-kawan Kelantan saya dan negeri-negeri lain juga berhadapan masalah dengan Bahasa Inggeris. Setiap tahun ada saja muka kawan-kawan kami yang perlu mengulang kelas LSP. Mujur saya bolehlah juga dalam berbahasa Inggeris ini hingga dapat berkawan dengan seorang perempuan Cina Muar yang kecil-kecil molek. Nakal sedikit saya dulu. Sikit.

15-Tugasan perlu dihantar dalam Bahasa Inggeris maka kami perlulah juga membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris. Paling ngeri ialah jika ada pembentangan pula. Maka kami menjalankan sistem rotary-tugasan kali ini aku ketua, kau bentang. Lain kali kau ketua, aku atau siapa-siapa lagi bentang. Bergilir-gilir. Tidaklah kami mahu berderet saja menjadi ketua dan membentangkan tugasan dalam Bahasa Inggeris. Seorang pensyarah kami Dr Ilias Said pernah memperli saya kerana pronounciation main pukul rata saya pada perkataan -determine. Saya menyebut deter 'main'. Itu menjadi pengajaran pada saya agar memeriksa penuturan Bahasa Inggeris saya dahulu. Hasilnya perempuan Cina Muar kecil-kecil molek tadi memberi 'thumbs up' pada penuturan Bahasa Inggeris saya kemudiannya. Ada juga untungnya berusaha ini.

16-Berkat pendedahan di USM, penguasaan Bahasa Inggeris saya semakin baik. Cuma masih agak ketinggalan berbanding pelajar Cina. Bagaimanapun tidak semua pelajar Cina yang mahir menguasai Bahasa Inggeris. Saya tahu. Seorang kawan kami, Tee Kuan Kooi mahir dalam Bahasa Inggeris dan mahir juga Bahasa Melayu loghat utara. Seronok tengok dia bercakap Melayu.

17-Waktu dalam Msc pula, kami bergaul dengan pelajar-pelajar antarabangsa dari Nigeria, Sudan, Iran, dan negara-negara Arab lain. Maka semakin galaklah kami menguasai Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama perlu pula memahami gaya percakapan mereka. Kawan kami dari Sudan, Husam Al Haj boleh berbahasa Melayu sedikit-sedikit dan gemar makan nasi dengan tangan. Kawan dari Nigeria Umar Abdullahi Bedou sangat-sangat peramah dan mesra serta tidak memandang rendah pada kami biarpun kadang-kadang seperti bercakap ayam dan itik. Yang lain seperti Ibrahim Ado, Hadiel, Izzi, Bashir juga mesra dengan kami. Mereka-mereka ini sangat istimewa dihati kami.

18-Tugasan yang dituntut waktu Msc ini ialah mini tesis atau disertasi. Pastinya dalam Bahasa Inggeris, kecuali seorang yang menggunakan Bahasa Melayu. Encik Mior Abe kereta Kelisa. Tiada masalah. Untuk peringkat Msc ini pastinya perlukan Bahasa Inggeris yang lebih tinggi berbanding Ijazah Muda dahulu. Disini kami berkenalan dengan Google Translate, Chit Chat, dan beberapa lagi. Tool for survival.

19-Membaca jurnal,artikel, kertas seminar, buku dan sumber-sumber lain dalam Bahasa Inggeris seperti kata tak kenal maka tak cinta. Ditulis nota, ditafsir semula, dipilih perkataan yang sesuai dan kedengaran cantik. Tatabahasa perlu disemak dan dipelihara. Kebanyakkan teguran ialah ejaan dan tatabahasa. Alhamdulillah kami mendapat A- untuk disertasi.

20-Saya pula cuba menanamkan minat saya dan keperluan disertasi dengan memuat turun PDF majalah Guitar World (selalu juga beli majalah ini di Borders Queensbay Mall Penang, RM25). Ia ternyata membantu sedikit sebanyak penguasaan Bahasa Inggeris saya. Cuma kita tahulah stail American English ini, maka kadang-kadang terkeluar juga WTH, WTF, dan entah apa lagi eksplisit.

21-Untuk PHD saya, masih jauh lagi perjalanan saya. Terfikir juga memasuki kelas Bahasa Inggeris untuk menajamkan lagi skil pengucapan dan kemahiran Bahasa Inggeris untuk persediaan VIVA. Insya Allah. Tok Guru saya Guitar World dan strip cartoon Dilbert telah mula membantu sedikit sebanyak.

22-Saya telah memberitahu pada tampalan sebelum ini dan diulang lagi disini-menguasai Bahasa Inggeris dan mengukuhkan Bahasa Melayu bahasa Ibunda.

Apatah jadi?

1-Manusia punya asa Tuhan punya kuasa- satu quote daripada terjemahan autobigrafi Gandhi yang paling saya gemari. Jangan terperanjat jika anda terbaca transkrip perbualan Gandhi dengan seorang rakannya yang diganggu kanak-kanak Inggeris. Kedengaran vulgar sedang maksudnya tidak. "Mereka melancapi andakah?". Tidak percaya sila cari dan baca sendiri. Koleksi saya sendiri entah ke mana terselit setelah saya menyambung ke USM. Oh, ini introduksi untuk tampalan ini.

2-Ada beberapa blogger serius yang membincangkan PPSMI. Pendapat saya ialah kuasai Bahasa Inggeris dan perkukuhkan Bahasa Melayu bahasa Ibunda kita. Pengalaman saya ialah Bahasa Inggeris memudahkan kerja dan dalam masa yang sama saya berangan-angan wujudnya lebih banyak ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Itu juga antara tujuan tampalan saya tentang perbezaan asli dan palsu gitar Gibson Les Paul. Sekurang-kurangnya saya ada 1 hobi sampingan untuk faedah yang mahu mencari.

3- Saya dapati adik bongsu saya yang berada dalam era PPSMI tidaklah begitu bermasalah, cuma terfikir juga dilema pelajar lain yang kekurangan sedikit dalam penguasaan bahasa antarabangsa itu. Tapi di FB saya perhatikan Bahasa Melayu telah berevolusi ke tahap beruk menjadi beruk semula (sinikal), contoh- Rasewth pewneat saengaet haeryie ineiy.taeydo jewh lae. Anda perlukan Google Translate?

4-Kelakarnya jika dibincangkan tentang PPSMI ini adalah lebih banyak komen menjatuhkan maruah pihak yang berdebat daripada membincangkan fokus PPSMI itu sendiri. Tapi perlu lagi kita dalam bermasyarakat seorang Hang Jebat. Jika anda faham. Saya? Hang Kebun(diam diam ubi, besar boleh bakar kongsi makan).

Wednesday, November 9, 2011

Robert William Gary Moore (Watak watak dalam universe gitar)

1-Atau Gary Moore. Kematian beliau pada awal tahun ini sedikit menyentap rasa saya. Mungkin kebetulan- ini kali kedua seorang legenda gitar yang saya mula ikuti perkembangan mereka dan katalog rekod mereka, maka tidak berapa lama kemudian mereka meninggal dunia. Yang pertama Lester Polfus.

2-Mendiang Gary Moore mempunyai kelebihan dalam membuat bunyi gitar itu berperasaan. Kegemaran saya ialah Parisienne Walkways, Still got the blues, cover The Messiah will come again, Cold Day in Hell dan Always gonna love you dan Falling in love with you. Saya tahu jika dimainkan salah satu lagu ini dihadapan orang tersayang, peratusan kecairan hati adalah tinggi. Jika anda bagus.

3-Melihat video permainan beliau meyakinkan saya yang pemilikan gitar Gibson Les Paul Standard adalah antara kemestian dalam hidup. Sebelum ini saya membenci Les Paul Studio kerana kelihatan terlalu 'plain', kemudian bila diperhatikan satu video Gary Moore menggunakan sebuah Les Paul Studio dengan flame top yang begitu cantik dan bunyi yang sedap-saya berubah pandangan. Jika dapat pada saya maka pastinya saya tukar ke fake binding kelak.

4-Kirk Hammett sewaktu merakam album Metallica aka Black Album memberitahu jurubunyi beliau mahukan sound seperti dalam album Still got the blues. Maka produksi mula menyewa beberapa peralatan seperti amplifier dan Gibson Les Paul 59 untuk menghasilkan bunyi seperti Gary Moore. Namun pada Gary Moore- it should be not like that.

5-Paling menarik dalam persembahan Gary Moore ialah teknik infinite sustain beliau pada solo pertengahan Parisienne Walkways. Sangat mengagumkan. Anda yang tidak bermain gitar dan tidak meminati beliau pun pasti akan terpegun sebentar. Carlos Santana juga menggunakan teknik begini pada persembahan live lagu Samba Pati. Sekarang saya bercita-cita mendapatkan sebuah gitar Burny single cut style lemon burst yang dilengkapi pickup Fernandes sustainer. To infinity and beyond.

6-Saya pernah terbaca di internet di satu forum yang thread nya berkonsep siapakah artis yang anda jumpa dan kemudian anda dapati beliau seorang yang @#$%^? Seorang forumer menulis Gary Moore pernah berada dalam sebuah pub dan tiada seorang pun yang mengenali beliau. Asam garam orang terkenal.

7-Mendiang bertukar-tukar gitar sepanjang karier seperti Fender Strat, Firebird, Superstrat dan paling menarik pastinya Gibson Les Paul.

Thursday, November 3, 2011

Slash

Slow II

1-Progres yang dinantikan. Komen Penyelia adalah tambahan dalam undang-undang untuk saya. Patuh atau cari Penyelia lain. Saya pilih dengar dan perbaiki.

2-Darah tinggi seperti sealiran dengan Pengajian Tinggi. Tidak. Saya tidak ada masalah hypertension cuma menggunakan analogi atau apa apa saja. Samada mendapat Doktoral atau bertemu doktor.

3-Salam Aidiladha.

Wednesday, November 2, 2011

Slow

1-"Jadi 3 minggu lagi kita jumpa dan you present apa yang you jumpa (berkait dengan isu/masalah kajian)" kata Penyelia. Saya mengangguk. Ini baru untuk proposal.

2-Jadi pada Isnin minggu ini yang lepas, hujan lebat turun menyebabkan saya menghantar melalui emel bahan saya pada hari Selasa kepada Penyelia dan turut 'cc' sekali kepada seorang senior saya yang turut membantu.

3-Semalam seorang lagi senior lain meminta saya berjumpa beliau pada hari ini (Rabu). Beliau ikhlas mahu membantu saya dalam kajian. Kami ada berbincang sebelum ini melalui telefon dan memang banyak idea dicurahkan beliau hingga saya termanggu menunggu beliau habis bercakap. Terima kasih kepada beliau.

4-Saya adalah Kryptonite saya sendiri.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA