Monday, July 20, 2009

Hah!!!

Selepas puas bermain berlari-lari

Basuh kaki
Cuci tangan
Makan nasi
Cuci pinggan
Bersih nasi dipipi
Buat kerja sekolah diberi

Malam selepas dipaksa sembahyang maghrib

Pergi mengaji
Habiskan 2 mukasurat Quran dah mesti
Layan kawan berborak sambil mengaji
Pulang berjalan kaki

Selepas jam 11 malam

Ambik buku majalah ataupun apa-apa saja
Baca sampai rabun
Tertidur
Bangun pagi siap ke sekolah
Jam 7.20 pagi berhimpun
Hinggalah ke darjah akhir

Aku tak mahu membesar
Aku mahu preserved semua itu

Tapi kalau tak besar tak boleh jalan-jalan satu dunia
Tapi kalau tak besar tak boleh pandu kereta mewah
Kalau tak besar macam mana nak jaga Mak Ayah dah tua nanti

Sekarang bila menoleh kebelakang
Kenangan itu semua tetap hidup dalam memori

Bahagia sungguh aku menjadi manusia,juga akhirnya
Sekarang di universiti
Zaman bocah cilik dah berlalu pergi
Aku nak berjaya
Aku nak berjaya

Aku nak berjaya
Nanti kalau umur panjang
Dapat juga aku nilaikan
Sepanjang hidup apa yang paling bermakna

Duitkah?
Pangkatkah?
Keluargakah?
Teman-temankah?

Apa kah hujung nanti kelak terjadi
Aku tak tahu
Aku cuma menghargai apa yang ada sekarang
Sebelum semua menghilang
Sebelum semua pergi menjauh

Aku menanti

Hijau hijau hijau

mana la sama
letupan solar dengan pecahnya dada dek kerana marah

tak boleh sipi-sipi pun
bila Coca Cola dibanding dengan air jeruk asam

tapi
hehe
mesti ada tapi

air lebih bernilai daripada minyak
jangan lupa.

Tak faham?
Like I care

Awat la

Perkauman
Melayu diam
Cina India bising menuntut itu ini untuk kepentingan bangsa mereka
Melayu diam
Cina India teriak untuk liberalisasikan dasar
Melayu diam

Merdeka sama-sama
Hari Kemerdekaan semua sambut sama-sama
Batu kepala ada dalam duduk
Kenapa tak mahu makan sama-sama?

Melayu bising sikit
Semua marah suruh diam

Melayu takut mengaku kuasa dah makin terhakis

Gua menyampah la
Lu politik gua anti politik
Tapi gua tak boleh duduk diam
Hati gua sedih
Kalau pun ada yang tak peduli
Gua peduli
Kalau ada pun yang senyap
Gua menyuarakan

Tup tup
Dikata perkauman

Cool
Selamat Hari Kebangsaan yang ke...errr Gua lupa
Cuba lu tanya Ah Seng atau Gobala

HEH

Halo sedare
Lu bikin apa?
Apa cerrrrrrrr?
Rokok sebatang Brader
Gua ok punya kaki
Tipu orang sana sini
Kawan jadi musibat
Awek pun cabut
Tak apa
Asal gua banyak duit dan banyak mimpi,banyak kaki,tukar mercedes,MPV
Lu tak hisap rokok?
OK
Takpa
Gua beli sendiri

Menipu
Lagi
Menyembelih

Lu tak mau join?
Jangan kata Gua ajak.Hehehehehe...

PENILAIAN

"Periksa dapat nombor berapa?"
"40"(sedih)
"SPM kau dapat berapa kredit?"
"4 je"(slow2 cakap)
"Hek eleh kena P1?Hahahaha"
"Heh"

Kegagalan adalah ubat untuk menjadikan kita kebal.Akhirnya nanti pencapaian kita akan dinilai pada masa mendatang,bukannya hal-hal lepas akan menjadi lebih penting,tapi apa yang kita capai hujung nanti.

Gua dah sambung study ma!!!
Lu kutuk2 gua pun lu kat mana sekarang?
Tak riak.Tapi gua boleh balas balik sekarang.Cuma gua slow2 je.Alhamdullillah.Allah maha adil.

Sunday, July 12, 2009

Boring gila blog ni

Siapa gitaris paling cool?

Sepanjang transisi peralihan irama Blues,Rock n roll,Rock,Hard rock,Heavy metal,punk,Black metal,trash metal,deathmetal,grindcore,nuclear doom deathmetal,skullgrinding f*ckingmetal,deathcore,mathcore,emocore,tenggiling,yamaha sukan etc.

Aku suka nak listkan hero-hero aku,tapi yang sebenarnya influence aku ialah lagu Isabella(?),solo Kid(dia dah jual Kramer berhantu dia tu,sekarang owner baru nak jual pulak-6k).

Jadi disini senarai gitaris paling cool pada aku(rockstar okeh?tau la lifestyle Sex,drug,and rock n roll+diva)

1-Buckethead
2-Paul Gilbert
3-Roy Buchanan
4-Steve Vai
5-Slash
6-Din Search
7-Hassan Babylon
8-Allahyarham Samad Lefthanded
9-James Hetfield
10-Kirk Hammet
11-Al Pitrelli ex Megadeth
12-Joe Satriani
13-Edward van halen
14-Tom Morello
15-Matthias Jab
16-CD Naz
17-BB King
18-Arlen Roth
19-Sham Kamikaze
20-The Edge
21-Siapakah orang Islam yang menghasilkan notasi carta muzik?
22-Siapakah orang Islam yang namanya diabadikan dalam sebuah lagu Paco de lucea?

Pening kepala petang2 ni....

Saturday, July 11, 2009

Gitarekpedia

Ok

Sambungan.

Yang kat bawah

30 Mei

Heh

UANG

Lahir perlukan uang
Membesar pun perlukan uang
Belajar perlukan uang juga
Mati pun kena ada uang juga

Kahwin
Sara keluarga
Harta benda
Bil,sewa,loan

Sekeping kertas
Bercetak
Hologram

Aku penniless
Kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja
Uang habis
Uang masuk

Susah dicari
Cepat menjalar

Racun adalah uang
Penawar adalah uang
Antibiotik adalah uang

Uang tiada dalam tangan

Senyum dalam hati
Kita adalah hamba

Pehhh

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA