Selepas puas bermain berlari-lari
Basuh kaki
Cuci tangan
Makan nasi
Cuci pinggan
Bersih nasi dipipi
Buat kerja sekolah diberi
Malam selepas dipaksa sembahyang maghrib
Pergi mengaji
Habiskan 2 mukasurat Quran dah mesti
Layan kawan berborak sambil mengaji
Pulang berjalan kaki
Selepas jam 11 malam
Ambik buku majalah ataupun apa-apa saja
Baca sampai rabun
Tertidur
Bangun pagi siap ke sekolah
Jam 7.20 pagi berhimpun
Hinggalah ke darjah akhir
Aku tak mahu membesar
Aku mahu preserved semua itu
Tapi kalau tak besar tak boleh jalan-jalan satu dunia
Tapi kalau tak besar tak boleh pandu kereta mewah
Kalau tak besar macam mana nak jaga Mak Ayah dah tua nanti
Sekarang bila menoleh kebelakang
Kenangan itu semua tetap hidup dalam memori
Bahagia sungguh aku menjadi manusia,juga akhirnya
Sekarang di universiti
Zaman bocah cilik dah berlalu pergi
Aku nak berjaya
Aku nak berjaya
Aku nak berjaya
Nanti kalau umur panjang
Dapat juga aku nilaikan
Sepanjang hidup apa yang paling bermakna
Duitkah?
Pangkatkah?
Keluargakah?
Teman-temankah?
Apa kah hujung nanti kelak terjadi
Aku tak tahu
Aku cuma menghargai apa yang ada sekarang
Sebelum semua menghilang
Sebelum semua pergi menjauh
Aku menanti
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment