Seorang ahli keluarga aku(dah meninggal 5 ke 6 tahun lepas) pernah bekerja mengikut konsesi balak.Kisah ini terjadi dalam tahun 70 an.
Beliau(kita panggil Tok Sieron)dan kawan-kawannya selalu lah memasuki hutan-hutan tebal diseluruh negeri Johor,siap dengan semua kelengkapan,yang pada waktu itu taklah begitu membangun sangat.Untuk memasuki kawasan hutan yang kaya dengan balak,semestinya jalan perhubungan(darat)boleh dikatakan tiada.Nak tak nak kena la rentas jalan sendiri.
Mereka akan menjalankan kerja ini selama berbulan-bulan,berpandukan peta yang disediakan oleh ketua mereka.Namun untuk tugas berat ini iaitu selain membuat jalan lori balak,mereka jugalah yang akan memantau kawasan balak yang dipajak itu.Jadi kalau jumpa yang molek,molek la jadinya.Kalau yang buruk,tak dapek den nak nolong....
Suatu malam,selepas makan,kesemua pekerja termasuk Tok Sieron ni akan masuk tidur awal.Dalam jam 9 lebih.Nak buat apa tidur lambat?zaman tu belum ada celcom broadband lagi.Kawasan mereka berkhemah ini sudah memasuki suku perjalanan dari panduan peta yang dibawa.Esok mereka bercadang membuat kerja yang lebih banyak lagi termasuk menanda pokok balak yang akan ditebang kelak.Jadi tidurlah mereka semua dalam pondok beratap daun pokok hutan.Jangan lupa buat unggun api,buat halau nyamuk dan mawas......
Tup-tup,sedang mereka cuba melelapkan mata,terdengar bunyi yang pelik.Mereka semua lelaki,tetapi bunyi yang terhasil itu seperti suara orang perempuan.Sayu,sedih,mengilai dan mendengus.Maka semua mereka saling merapatkan diri masing-masing.Sekeras-keras mereka,tahu juga takut.Suara pelik itu terus-terusan berbunyi sepanjang malam.Namun mata mengantuk tetap dilayan.....
Keesokkannya,bangun saja daripada tidur,mereka dapati kawasan sekeliling telah menjadi terang benderang.Pokok-pokok kecil sehingga sebesar pokok 2 pemeluk telah tumbang.Mereka mahu tak mahu tetap juga meneruskan kerja mereka,atau gaji tak dapat dan kena buang kerja.
Malamnya mereka berpakat tak mahu tidur selagi belum mengetahui apa sebenarnya yang menganggu mereka malam sebelumnya.Maka dibuat unggun api lebih besar,dan mereka tidur berkeliling.Malangnya tiada apa pun yang datang malam tersebut selain mimpi yang indah-indah......
Bangun esoknya,mereka dapati salah seorang daripada mereka telah hilang.Pada kali ini mereka mengalah dan terus membatalkan kerja-kerja mereka.Bukan kerana takut,tetapi kerana merasakan kehadiran mereka tidak dibenarkan dikawasan hutan rimba tersebut.Mereka terus pulang dan melaporkan kehilangan kawan mereka itu.
Setahun kemudian kawan mereka yang hilang itu muncul semula,tetapi dalam keadaan sudah tidak siuman.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment