Tuesday, November 3, 2009

GUNUNG PULAI

Abdul seorang yang tersangat menyayangi anak-anaknya.Pekerjaannya sebagai seorang pemasang menara telekomunikasi menuntutnya berjauhan dengan keluarganya.Namun peluang yang ada untuk bermesra dengan keluarga akan digunakan sepenuhnya.Walaupun jarang-jarang dapat lama untuk bermesra dengan anak-anak.

Pada suatu masa Abdul ditugaskan memasang menara di Gunung Pulai,tugasan ini mungkin memakan masa berminggu-minggu memandangkan beliau dan pasukannya perlu memasang menara dibeberapa tempat disekitar gunung.Pada mulanya keluarga Abdul terasa berat melepaskannya pergi entah kenapa,namun kerana tanggungjawab Abdul terpaksa juga meninggalkan keluarganya namun berjanji sehabis saja kerjanya,beliau akan mengambil cuti beberapa hari.

3 hari kemudian pada waktu malam Abdul tiba-tiba pulang kerumahnya.Anak-anaknya tersangat gembira melihat kepulangan ayah mereka yang lebih awal daripada biasanya.Abdul melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan mesra.Cuma kali ini layanan Abdul menjadi terlalu istimewa.Anak-anaknya dimanjakan sepuas-puasnya pada malam tersebut dan tidak dibenarkan tidur oleh Abdul walau ditegah isterinya yang mahu Abdul berehat.

Hampir menjelang Subuh Abdul mengatakan beliau terpaksa pergi,alasannya mahu pulang bekerja.Isterinya tidak dapat berkata apa-apa,kaku lidahnya.Sebelum pergi Abdul memberi gula-gula pada anak-anaknya,dan meminta mereka memakan gula-gula itu didepannya.Setelah itu baru Abdul bergerak pergi.

Jam 7 pagi esoknya,rumah keluarga Abdul didatangi wakil syarikatnya.Mereka dengan sedihnya memaklumkan yang Abdul lemas di air terjun Gunung Pulai pada hari pertama mereka sampai.Mayatnya dijumpai pada waktu Subuh hari tersebut,tepat pada waktu Abdul bergerak meninggalkan keluarganya tadi.

Al Fatihah

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA