Maman baru pulang setelah 9 tahun merantau di Kota Tinggi.
Memanglah dekat saja sebenarnya tempat asalnya dengan tempat bekerjanya,dalam negeri Johor juga.Namun kerana terlalu sibuk terkejarkan wang,semua dilupakan.
Kepulangannya disambut dengan tanda tanya.Maklumlah terlalu lama Maman tidak pulang.Keadaan rumah keluarganya juga sudah terlalu usang semenjak kematian Arwah Mak Dah,ibu tiri Maman 5 tahun sebelumnya,dan adik kandung Maman yang terencat,Sutan meninggal 3 tahun kemudian.
Suatu petang yang tenang,Maman berjalan-jalan keliling kampung.Penduduk kampung dengan adat orang kampung tidaklah lokek menyapanya walaupun sedikit kesal kerana sejak Maman keluar dari kampung,tidak dipedulikan langsung ahli keluarganya disini.
Sedang berjalan-jalan,Maman terasa diekori.Bila ditoleh kebelakang dan tercari-cari siapa yang mengekorinya langsung tak kedapatan sesiapa pun.
Maman sampai kerumah selepas maghrib.Seusai mandi,beliau menanak nasi.Sambil itu digorengnya telur.Maman dapati nasi belum masak-masak lagi,maka Maman pun menonton TV.Leka sebentar.
Terasa pedih perut kelaparan,Maman ke dapur.Didapati telur gorengnya hilang dan nasi ditanak habis tidak bersisa.
Maman mula terasa seram dan pelik.Dia yakin tidak ada sesiapa pun yang akan memasuki rumahnya itu tanpa dapat dikesannya.Rumah kayu.Berjalan sedikit bergegar terasa orang dihujung.
Dibiarkan saja.Maman terus masuk tidur.Maman bermimpi.
Sutan mendatanginya dengan wajah masam.Diikuti Mak Dah.Kedua-duanya seperti marah padanya.Kemudian mereka menunjukkan reaksi cemas.Maman terjaga,tidak difahami apa makna mimpinya.
Malam esok,Maman terasa rumah pusakanya itu seperti ada kenduri lagaknya.Tak terasa bising,tetapi susup sasap seperti ada beratus-ratus orang dalam rumahnya.
Malam itu Maman bermimpi,terdapat beberapa lembaga hitam yang memandangnya dengan perasaan marah.Merah mata masing-masing melihatnya.Nekad,Maman terus berlari tidur di surau.
Esoknya ditemani Bilal,rumah Maman dijengah.Bilal menasihati Maman menjaga solat dan membaca Quran,seeloknya surah Al Baqarah diamalkan selalu.
Seminggu kemudian Maman menjual tanah rumah pusakanya itu.Alasannya tidak tertahan diganggu setiap masa.Katanya rumah itu dihuni beratus-ratus makhluk halus.Maman pulang semula ke Kota Tinggi dan tidak pulang-pulang lagi.
Walau tanah pusaka tersebut telah bertukar tangan,rumah pusaka tersebut tidak dapat dirobohkan.
Kata orang pandai ada saka dalam ruamh tersebut yang menanti orang tertentu untuk menjadi tuannya.Menanti dan terus menanti.Esok berganti esok.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment