Disini adalah pengalaman Mak Long Tik,ibu saudara penulis.Diceritakan semasa penulis masih bocah cilik lagi.Begini ceritanya:
Mak Long Tik bersama Atuk turun menoreh bagi membantu setelah kematian arwah Nenek.Setiap pagi mereka dua beranak akan bersama-sama menoreh dikebun getah yang pokoknya bersaiz lebih sepemeluk.Sepatutnya dilakukan penanaman semula,namun negara masih mundur waktu itu.Apa yang ada itulah seadanya.
Suatu pagi yang gelap gelita,Mak Long Tik terjaga dan terkejut kerana dilihat Atuk sudah turun menoreh dulu,tanpa mengejutkannya.Bergegaslah Mak Long Tik bersiap dengan pakaian menoreh.Dicapai pisau toreh,dan lampu minyak tanah yang dipakai dikepala.
Sesampai dikebun,oleh kerana gelap,Mak Long Tik dengan mudah melihat dari dalam kebun,satu pancaran api.Beliau menyangkakan Atuk lah itu yang sedang asyik menoreh.Maka Mak Long Tik pun mengambil baris pokok getah yang biasanaya bahagian diperuntukkan pada beliau untuk ditoreh.
Namun terdetik kehairanan dihati Mak Long Tik,kenapa Atuk tidak mengejutkannya sedangkan kebiasaannya mereka akan sama-sama menoreh oleh kerana Atuk tidak membenarkan Mak Long Tik menoreh seorang diri,risaukan keselamatannya.
Api yang dilihat dari kejauhan itu semakin menghampiri.Mak Long Tik tidak terasa apa-apa.Biasa saja.Semakin dekat,diikuti derap tapak kaki.
Pukk.Tiba-tiba tangannya ditarik,rupa-rupanya Atuk yang cuma berkain pelikat dan berbaju pagodaAtuk tergesa-gesa menarik tangan anaknya itu dan berlari-lari anak balik ke rumah.Mak Long yang kehairanan tidak membantah.
Sesampai didalam rumah,Mak Long dimarahi kerana pergi menoreh berseorangan.Sebenarnya Atuk tiada pada waktu Mak Long Tik terjaga kerana Atuk keluar membuang air.
Namun yang paling dikesali Atuk ialah kecuaian Mak Long Tik,rupa-rupanya api yang dilihat itu bukan Atuk.Jadi pastinya hantu yang meneman bersama.
Api yang kelihatan itu berwarna biru,sedang api minyak tanah yang dipakai berwarna kuning kemerahan.Barulah Mak Long Tik tersedar dan berasa seram.Mujurlah nasibnya begitu baik kerana cepat disedari oleh Atuk akan kecuaian anaknya itu.
Pagi itu Atuk seorang saja yang menyambung kerja-kerja menoreh.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment