First of all- Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mana aku lepak? Aku jarang lepak luar. Tapi kalau keluar juga favorit aku kalau di Pontian;
1-ZS Awana di Tambak Pontian.(takda la special sangat. Tipikal je.Cuma sedap kena angin laut dan mengenang kenangan praktikal area sekitar Tambak tu).
2-Kedai Awe(aku lupa apa nama kedai Mat Kelate ni. Nur ke Seri ke. Lokasi depan Tombot.Dulu belakang bengkel taman aku, sekali tuan rumah sudah tekan laaaa.....Pindah la ke lokasi sekarang.Pasal kawan-kawan, harga mahal sikit pun tak kisah........)
3-Pantai Rambah(fuhhhh syok kalau kau jenis ada awek rugged bawak situ. Ala aku selalu nampak kapel2 baru lepas sekolah dengan kapel tak pegi sekolah melekat kat situ....aku takda 'awek' ye........Ni bahaya ni kang aku kena fitnah kang...aku jarang2 sekarang port situ......Pi la sekali singgah Muzium Bugis kalau pi situ na. Free admission.)
4-Restoran Alif(dulu kalau balik USM selalu port sini. Gathering la, WIFI la,cuci mata la...tengok laut dengan Pulau Pisang nu.Rega terus terang mahal. Konon ekslusif la....Khaleel restoran lagi ummppppphhhhh...ahhhh how I miss Penang.....)
5-Kedai makan lepas simpang empat dari Parit Masjid terus boleh tembus ke Parit Selangor(ni aku tak tau ada ke tak nama untuk kedai ni. Tempatnya kecik je.Tersorok sikit tepi jalan.Sedap.Nasi bagi banyak.Nasi Ayam dia sedap dan harga patut.Errkkkk...terliur daaa)
6-Seaside(dulu takda orang panggil seaside, cuma beberapa tahun kebelakangan ni je pengaruh kuning sampai.Dulu semua orang panggil Tepi Laut......ke?ke? Sekarang dah maju tempat tu.Cuma penunggu ada lagi kot balik pokok bakau sinun.......)
7-Menara Jam Nenas(depan balai Polis lama.Padang Stadium awam Pontian dan mengadap Seaside.)
8-Jamming studio(ni pun aku lupa apa nama tempat studio. Kat Tambak.First floor sebelah Kolej Komuniti....dulu backline mantap. Amp Peavey satu,Rocktron,gajet2 Boss. Epiphone dengan beberapa gitar cap ayam sama la bass pun entah apa brand. Bila aku pegi selalu kualiti dah mula menurun.Tak jaga.Sekarang member2 kata dah tutup....aduhhhhhh.RM25 sejam tak silap).
Ehhhh banyak juga tempat aku suka melepak....kira kaki kental jugak aku ni?Gila kau.Aku budak baik sekarang.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment