Salam Hormat
Saya Muhammad Fahmi Taqiyuddin bin Saad,Mykad-860202235765, ingin membuat aduan berkenaaan dengan mutu perkhidmatan Celcom Broadband(BB) yang saya langgani.
1-Saya sekarang tinggal di Pontian, Johor atau lebih tepat lagi dipinggir bandar Pontian Kechil di Rimba Terjun. Perkhidmatan BB yang diterima sangatlah tidak memuaskan walaupun tidak sampai 3km dari Bandar Pontian.
2-Dengan kadar bayaran RM98.00 per bulan perkhidmatan yang diterima adalah sangat-sangat mengecewakan. Jarang-jarang benar saya mendapat HSDPA /3G dan jika dapat pun tidak akan bertahan lebih 20 minit kebiasaannya dan terputus terus. Lebih teruk lagi sambungan EDGE/GPRS sejak kebelakangan ini adalah pada tahap 'POOR'.
3-Apa yang membuat saya semakin tidak berpuas hati sudahlah perkhidmatan teruk, tiba-tiba keluar paparan di skrin laptop mengatakan BB saya sudah menghampiri had limit 5GB sedangkan sambungan yang diterima ialah EDGE/GPRS semata 24/7, bagaimanakah boleh begitu banyak memakan 'byte' sedang talian yang digunakan adalah paling perlahan(EDGE/GPRS)?
4-Saya paling tidak berpuashati ialah masih perlu membayar RM98.00 setiap bulan untuk perkhidmatan yang dijanjikan kononnya lebih bagus daripada pakej RM68.00 atau yang lebih rendah tapi mutu perkhidmatan tersangatlah menghampakan. Apakah pihak Celcom memang tidak serius dalam memberikan perkhidmatan?Saya telah 'update' perisian modem Vodafone saya kepada versi 9.4.6 namun tiada perbezaan.
5-Memandangkan telah beberapa bulan keadaan ini berterusan saya sudah semakin hilang kepercayaan pada Celcom dan akan memberhentikan terus langganan BB melainkan ada langkah mengatasi masalah ini. Saya membayar RM98.00 untuk perkhidmatan BB yang tersangat teruk pada setiap bulan dan sebagai pelanggan saya mahukan penerangan dan penyelesaian daripada pihak Celcom.
6-Jika tiada maklumbalas sehingga Jumaat 22 Oktober 2010 maka saya akan ajukan kan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pihak media massa selain mengadu perihal ini di semua forum sembang maya di internet.
7-Disini saya sertakan maklumat berkaitan
Nombor Hanset-019451****
Pakej dilanggan-Celcom BB Advance(RM98.00)
Modem-Vodafone K3565Z.
Harap diberikan perhatian serius.
Terima kasih.