Semua orang termasuk binatang punya minat tersendiri. Ada yang suka mengumpat, tikam belakang,curang, merasuah dan menerima rasuah, meniru assignment, menipu pelanggan, berpura-pura, mengumpul setem, menambah koleksi aweks/perempuan, menaikkan harga barangan, menyeludup, menulis, berjudi, bercakap bohong seperti ahli politik/menteri/YB, bekerja, main snooker, merempit, mengubahsuai enjin kereta/motor,membaca,tidur,membela kucing,bermain gitar/muzik,melancong,mendekorasi rumah,mengintai,SMS pakwe/makwe,membuli,cerita hantu,berlagak seperti isteri menteri,berangan,berkhayal,mencuri sport rim,mereka-reka cerita Hang Tuah orang Cina,main PS2,nasi kandar,mengkaji sejarah,bohsia,bercium seperti artis,berforum, dan lain-lain.
Aku suka bermain gitar/muzik. Kontranya antara semua ni muzik selalu dipandang lekeh.Korang kata habis tu yang rasuah tu tak keji?Tapi tu kan amalan biasa kan?kan?kan?Pura-pura tak tahu pulak konon.Ikut koranglah kalau nak buat benda-benda negatif tu.Mak Bapak korang pun tak larang ni kan aku nak sound?Heh.
Tona serius-Waktu aku mula start main muzik dulu, orang tua aku larang aku jadi pemuzik. Aku faham kehendak orang tua aku. Tumpu pada pelajaran dulu yang depa nak. Depa tak la larang aku bermuzik tapi kenalah tahu hadnya. Ok. Alhamdullillah aku sampai juga level yang kira ok dalam akedemik even SPM aku macam haram, tu salah aku la.
Semakin bertambah usia dan pemikiran ditambah pembacaan, aku tengok untuk bermuzik ni perlukan nasib dulu baru pengetahuan.
Malaysia terlalu ramai orang yang digelar artis.Dari situ jika kau berwajah kacak,jelita,manis,ketinggian model,seksi,takda otak(cakap tak fikir panjang),masih single adalah kelebihan, dan lain-lain dan kau bernasib baik kau boleh merecup ke puncak kemahsyuran.
Pengetahuan?berapa ramai yang so called artis ni tahu baca not/teori muzik?ok la berapa ramai pemuzik terutama gitaris yang tahu menulis dan membaca not?Aku tahu sikit-sikit la even aku tak sampai tahap profesional.Ok aku memang tak cukup syarat.Rupa takda, ilmu pun sikit aja. I admit.Dan aku pemuzik amatur...NOKTAH
Tapi bila dikatakan bermuzik aku rasa tak semua orang faham konsep sebenarnya. Muzik pada aku ialah sesuatu yang kita minat samada nak main,dengar,belajar,gubah,buat duit atau apa-apa saja asal bukan tarian haram atau muzik macam Namewee tu. Totally rubbish.Racist and offended.
Pendek kata bermula dengan minat lama-lama menjadi hobi. Untuk menjadi karier aku tak rasa menjamin sangat. Dilema. Kalaulah boleh aku dah jadi pemuzik sepenuh masa juga.
Outlet juga tak sebanyak mana. Terutama di kawasan-kawasan slow development macam Pontian, tempat aku. Harapkan dinner waktu sekolah,talentime,persembahan Hari Guru, dan lain-lain. Barang nak satu tempat untuk perform/rehearse pun takda.Modal untuk buat lanskap taman bunga/majlis keramaian/kroni ada pulak kat setiap tempat.
Ikut pemahaman aku. Pemuzik dan muzik dikaitkan dengan benda negatif.Ok.Aku ada otak jadi aku faham maksudnya.Contoh dalam kelab malam/pub dll dengan arak,perempuan seksi,tempat-tempat gelap,percampuran lelaki perempuan memang memungkinkan benda-benda negatif terjadi.Ok aku setuju begitu.
Aku pun menyampah tengok dengan seluar pendek, nampak pusat tapi nak cakap pasal moral?Atau perempuan seksi kemudian terjerit-jerit menyanyi.Aduhhh......Konsert?Kau fikir sendiri.
Tapi setiap pagi hari kita menyanyi lagu Negaraku atau at least menyanyi dalam hati?
Then ada yang kata muzik hukum haram. Tapi kenapa ada nasyid?Muzik juga kan?
Ada yang jawab nasyid tu boleh asal saja ada memuji-muji Allah,mengajak kepada kebaikan, tutup aurat, berdakwah, dan lain-lain.
Tapi tetap akhirnya muzik juga kan?Aku cuma lame man aja kalau nak cerita pasal muzik dan Islam. Muzik selain nasyid tak boleh berdakwah?
Masalahnya ialah pembawaan manusia tu sendiri. Full Stop.
Then ada yang kata tu la Melayu minat hiburan aja.
Kenapa sempitkan otak sampai macam tu sekali?
Metallica bermuzik dan jual 80 juta unit album. Nusrat Fateh Ali Khan terkenal dengan muzik Qawwali(boleh dikatakan muzik sufi), AR Rahman terkenal dengan hasil kerja gubahan berkualiti,Sham Kamikaze ada signature gitar sendiri,P.Ramlee legenda, Iwan Falls hero Asean,Yusuf Islam pun dah start bermuzik lagi dll.
Maksud aku disini ialah potensi.Potensi boleh digunakan untuk buat duit kalau disertai nasib,pengetahuan dan yang sepatutnya.
Instrumen muzik pun satu lagi halangan. Nak kualiti harganya mahal.Nak murah kualiti pakai hari ini tahun depan beli lain. Gitar Gibson Les Paul Standard cecah harga ribu belas-belas ribu puluhan ribu. TGM, Santa Cruz, Omiya, Kapok, GIO, SX, Squier dll jenis low end pun harga selalu tak logik.
Jarang aku dengar ,atau memang tak ada, orang konsepkan muzik as an opportunity.Jual album,ringtone dll tu memang buat duit.Bisnes.Tapi mana karismanya?
Dah dengar Tubular bells?
Guna la sel otak sendiri untuk berfikir.Atau google.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment