Sempena Helloween II
Oleh MFT
Keluarga besar saya berasal dari Mexico dan Sepanyol. Kami mewarisi beberapa cerita turun temurun, yang dikira pengalaman secara berdepan terus@ first hand. Saya mesti tegaskan sekarang, ahli keluarga yang menyampaikan cerita yang saya ingin kongsikan disini bukanlah jenis orang yang akan mereka-reka cerita dan berbohong terutama berkaitan cerita-cerita paranormal dan misteri begini.
Disini sebuah cerita yang ‘pretty creepy’(agak menyeramkan) untuk dikongsi:
Dalam kebudayaan Sepanyol/ Mexico terdapat sesuatu yang digelar ‘Lechuza’. Ia dikatakan simbol nasib buruk dan kejahatan. Berbentuk seekor burung hantu yang besar, dan dikatakan membawa semangat ahli sihir perempuan(witch) dan dikatakan kadangkala ditemui mempunyai bentuk kepala manusia berbadan burung hantu. Pada kita yang kononnya moden ini memang kedengaran kelakar cerita-cerita begini. Kepala manusia tapi berbadan burung?Ahli sihir? Hahaha. Tetapi… Cerita yang didengari ini telah membuatkan saya berfikir semula tentang hal-hal berkaitan mistik sebegini.
Kisah ini terjadi pada Pakcik sebelah emak saya (Great Uncle/Datuk Saudara). Beliau menceritakan pada emak saya dan kaum keluarganya yang lain. Datuk Saudara cuma bercerita kisah ini pada waktu mereka semua telah dewasa dan berkeluarga, maka ini bukanlah cerita untuk menakutkan budak-budak kecil. Waktu kejadian, Datuk Saudara yang ketika itu berumur belia berada dirumah ibu bapanya yang jauh dari bandar dan terasing pula kedudukannya.
Kebetulan ada seekor burung hantu besar terbang mengelilingi rumah.
Memandangkan kepercayaan mereka yang menganggap burung hantu melambangkan sesuatu yang kurang baik, Datuk Saudara cuba menghalau burung hantu tersebut.
Beliau memaki "Mañana bienes por sal, hijo de tu @#&% madre!" . Yang jika ditafsirkan berbunyi ‘Esok sajalah kau datang ambil garam disini,@%$& punya burung!!!’. Tapi frasa tersebut asasnya ialah cuma untuk menghalau saja burung hantu tersebut meninggalkan kawasan rumah.
Datuk Saudara tidaklah berfikir apa-apa kesan boleh terjadi tatkala menghalau burung hantu tersebut. Maka burung hantu tersebut terbang pergi. Keadaan tenang-tenang saja kemudian.
Pagi esoknya kedengaran ketukan perlahan dimuka pintu. Datuk Saudara pun menjenguk keluar. Dilihatnya seorang gadis kecil tidak berambut dengan wajah pucat, berpakaian gaun putih lusuh didepan pintu. Gadis kecil kemudian bertanya samada terdapat garam di dalam rumah untuk diberikan padanya?
Tanpa bercakap apa-apa, Datuk Saudara bergegas ke dapur mengambil sebungkus garam dan terus memberinya pada si gadis kecil. Dengan selamba gadis kecil menyusuri jalan tanah merah dan menghilang.
Happy reading everyone!!
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment