Suatu masa, seorang Arab Badwi membuang air di dalam masjid dihadapan Rasullullah saw(yang kita semua cintai). Para sahabat tatkala melihat pun bangun untuk mencegah perbuatan si Badwi ini tadi.
Rasullullah saw bagaimanapun melarang para sahabat dengan berkata: 'Jangan kamu putuskan kencingnya'.
Rasullullah saw yang penuh kasih sayang pada umat Baginda kemudian mendekati Badwi tadi dan bersabda: 'Bahawa masjid-masjid ini tiada patut untuk sesuatu kotoran,kencing dan berak'.
Dalam riwayat lain Rasullullah saw(yang kita cintai)bersabda:'Dekati dia, jangan kamu jauhkan'
(H.R Bukhari dan Muslim)
1-Rasullullah saw setinggi-tinggi pemimpin,rasul,dan kekasih Allah SWT nombor 1 pun tidak pernah berlaku sombong dan kasar. Tertib Baginda sangat terpuji.
2-Baginda melayan seseorang dengan tingkat pemahaman fikiran seseorang dan menasihati dengan kelembutan dan bijaksana.
3-Masjid dahulunya berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pada zaman sekarang cuma pada waktu-waktu tertentu saja diisi sedang begitu banyak masjid terbina megah besar dan mewah namun yang ada cuma beberapa kerat warga tua saja didalamnya(sindiran dan ingatan untuk saya sendiri).
Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment