Jujurnya saya pun jarang-jarang ke masjid. Cuma pada hari Jumaat mungkin nampaklah muka berbauk saya ini di masjid. Syahdan, saya ke Tangkak menghantar adik balik ke matrikulasinya siang tadi.
Maka merasalah saya sembahyang berjemaah 4 waktu hari ini. Saya perhatikan ada masjid yang cantik, sederhana dan perlukan sedikit perubahan. Kesamaannya cuma jemaah yang kurang. Yang ramai cuma saf-saf kosong dibelakang(ingatan untuk diri sendiri).
Maaflah,saya ingin berkongsi sedikit tentang perihal solat jemaah di masjid ini sepanjang pengetahuan saya hidup 25 tahun di bumi Allah ini.
Ada imam yang gemar membaca surah lazim panjang-panjang. Maaf cakaplah, sebagai pemuda Melayu Islam yang sederhana pengetahuan agamanya(asyik nak jadi pemuzik je.....), bacaan yang terlampau panjang mendatangkan rasa tidak khusyuk pada saya.
Ya. Pada saya. Memang tak khusyuk. Kerana saya teringat hadis Nabi yang lebih kurang begini(berfikir pada waktu saya sedang bersolat!!!)- Nabi melarang membaca surah-surah panjang hingga mendatangkan kebencian padahal masjid ini tempat kita bersatu padu. Lebih kurang begitulah hadis Baginda saw yang mulia. Saya lupa mana sumbernya.
Tapi pasti ada hikmah pembacaan surah lazim yang panjang. Contohnya jika anda terlambat ke masjid untuk berjemaah. Tatkala imam membaca surah yang panjang sempatlah anda dan saya berwuduk dan menyertai rakaat tersebut sebelum rukuk. Alhamdulillah. Yang lain setakat ini saya tak nampak lagi.
Satu lagi pandangan saya, ada juga anak-anak muda yang mahu berubah. Ke masjid solat berjemaah beramai-ramai. Dan kita tahu anak muda ini darahnya panas. Mungkin ada janjinya dengan rakan-rakan mahu keluar, tapi imam membaca pula surah-surah panjang. Apabila kita datang sedikit lambat dan bertemu kawan-kawan mungkin disindir tunjuk alim lah, teruk diperli si kawan-kawan lagi. Ini mungkin membantutkan minat anak-anak muda ini. Serius.
Tambah lagi segan di masjid ramai warga tua. Takut warga tua tak berkenan pula kalau-kalau anak muda tanpa sedar terbuat bising di masjid. Malu.
Anda tahu/ingat kempen Jom ke Masjid? Apa jadi?
Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment