1-Adik saya memohon kemasukan universiti untuk sesi 2011/2012 melalui cara talian/online disini-https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=13&AS=04 .Ini adalah kebiasaan pada zaman sekarang. Urusan dengan jabatan kerajaan dipermudahkan dengan kemudahan internet.
2-Bagaimanapun cara ini perlulah dilakukan dengan bijak dan sentiasa mempunyai pelan kontigensi. Saya katakan penganiayaan kerana adik saya termasuk 28 orang di Matrikulasi Tangkak,yang mana data permohonan mereka tiada pada pihak yang memproses permohonan. 28 orang. Bukan seorang.
3-Saya telah menelefon ke pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)-03-8883 5000 dan bila ditanya seorang 'public servant' pekerja wanita selamba saja mengatakan sepatutnya sebelum tarikh tutup permohonan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk memeriksa. Gaya tipikal lepas tangan selepas menketedarah gaji yang dibayar rakyat Malaysia.
4-Kalau sudah diperiksa oleh pemohon, kenapa permohonan yang sudah disahkan telah dihantar kepada pihak KPT(sebelum disahkan untuk dihantar, pemohon perlu menanda sebuah kotak yang menyatakan- SAYA MENGESAHKAN SEGALA MAKLUMAT ADALAH BENAR dan kemudian baru ditekan butang HANTAR/POHON/dll)- DIDAPATI TIADA DALAM DATA PIHAK KPT? Ini isu teknikal. Setiap tahun berpuluh ribu menghantar permohonan dalam talian/online. Bukan seorang. Jadi bolehkah pihak KPT lepas tangan sekarang? Iya. Mereka boleh lepas tangan kerana bukan mereka yang teraniaya. Moga Allah SWT menukarkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini secepat mungkin.
5-Saya tidak tahu apakah persediaan pihak PKT dalam memastikan proses permohonan lancar. Cukupkah server yang disediakan?Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan sistem online pada pihak KPT?Apakah yang dibuat pihak KPT dalam menangani masalah?Banyakkah duit yang dikutip melalui pembelian nombor unik I/D hingga bila ada masalah selepas permohonan dihantar, pihak KPT boleh lepas tangan selepas mengutip hasil?
6-Sekarang bila masalah berlaku,selamba saja menyuruh memohon sekali lagi pada bulan Disember 2011 nanti. Bagus akhlak mereka. Moga Allah SWT memberi balasan yang dahsyat pada mereka-mereka ini. Adik saya dan 27 orang lagi telah teraniaya.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment