Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim (Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ (Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ (Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya Insya Allah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, Insya Allah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, Insya Allah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment