Dulu pada awal sebelum millennium 2000, aku dan adik beradikku disertai sepupu sepupu kami ,daripada keluarga Mak Usu, akan tinggal di kampung. Waktu itu arwah Atuk dan Mak Long masih kuat. Anak-anak Mak Long yang 2 orang masih menetap di kampung bersama-sama.
Aktiviti kami diawal pagi ialah memasuki kebun dibelakang rumah. Kemudian merayap diseluruh kampung. Selalu juga kami memancing diparit-parit yang merentangi seluruh kampung. Pada waktu itu masih jalan tanah merah. Internet masih muda lagi. Apatah lagi peralatan elektronik lain. Paling canggih pun game yang 'menyusun bata' itu, susunan harus tepat dan jangan terlanggar skrin atas game.
Waktu tengahari, paling seronok kalau mengelilingi Mak Long Tik yang sibuk berperang dengan kuali berisi minyak panas. Kami mahu mendengar pelbagai cerita keturunan kami. Mak Long Tik akan melayan kerenah kami sambil-sambil menjaga lauk dimasaknya.
Paling digemari ialah cerita hantu. Walaupun telah diulang beberapa kali cerita-cerita tersebut, namun gaya penceritaan Mak Long Tik sangat menarik. Kami akan rasa seram sejuk kemudiannya. Kalau hujan tengahari tersebut,sambil bercerita kami dijamu jemput-jemput, keropok atau kuih. Sambil makan sambil bercerita.
................................. .
Suasana tersebut tidak akan berulang lagi.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
6 days ago
No comments:
Post a Comment