1-Saya pernah beberapa kali menemankan sepupu mencari kerja di kilang-kilang ditempat kami. Beliau graduan UniKL dalam bahagian perkapalan(fiber dan kayu).
2-Kami beberapa kali terperanjat kerana gaji asas yang ditawarkan majoriti pengusaha tersangatlah rendah-RM300 hingga 450. Campur OT mungkin dapat RM600 tak lebih RM800 sebulan.
3-Saya terfikir, beginikah cara pemilik kilang menidakkan hak anak tempatan(baca-Melayu) demi mendapatkan keuntungan penuh(kapitalis)? Kita terdengar pengusaha merungut pekerja tempatan(baca-Melayu) tidak berminat bekerja(baca-malas/tidak serius), sedangkan motivasinya(baca-duit gaji) sangatlah rendah.
4-Bagi bidang saya pula dikira sangat bernasib baik andai boleh menggunakan Msc kami dalam lapangan swasta. Ini kerana secara umum pihak swasta kebiasaannya memilih ijazah sarjana muda sebagai pilihan pekerja. Jadi apa guna kami bersusah payah membuat Master dahulu?
5-Ada kawan-kawan yang sama-sama mempunyai MSC tetapi cuma bergaji RM1800 permulaan menggunakan ijazaha sarjana muda dan bekerja sebagai QS berbanding RM2800 permulaan jika menjadi pensyarah IPTS(memerlukan minimum Msc).
6-Dalam bidang kami;-pengurusan pembinaan, industri memerlukan profesional yang 'tough', cepat membuat keputusan(yang perlu tepat selalu), dan skil negosiasi.
7-Industri sering dikaitkan dengan penyelewangan. Bukti-ramai profesional menjadi pensyarah kerana inginkan suasana yang lebih tenang. Kos kontigensi anda pernah dengar dan tahu mana disalurkan ia?
8-Pernyataan fakta diatas menerangkan kenapa saya lebih berminat menyambung lagi pengajian. Insya Allah.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment