Abi dan ibunya, Adik(beranak dalam almari pakaian di bilik saya)
1-Abi. Antara anak kucing jantan kesayangan saya. Saya lihat sendiri ia membesar daripada sekecil penumbuk hingga ke panjang pangkal paha hingga ke lutut. Segak dan handsome rupanya. Suaranya halus saja.
2-Sekarang hobinya curi-curi keluar rumah. Saya tak berapa gemar hobi terbarunya itu, kerana dulu beberapa kucing belaan keluarga kami;-arwah Atih dan seekor kucing lagi(Abi juga namanya) keluar dan tak pernah pulang-pulang. Atih dikatakan mati dilanggar kereta, diberitahu seorang kawan sekampung, dan Abi yang lama hilang tanpa jejak.
3-Atih, beberapa hari sebelum matinya, bergurau kasar dengan saya. Dicakarnya jari saya tatkala saya menyapu-nyapu perutnya. Silapnya saya menepuk kuat kepalanya kerana terperanjat setelah dicakar. Mungkin itulah dikatakan buang tebiat. Tatkala diberitahu Atih ditemui mati dijalan raya besar kemudian, saya rasa tersangat-sangat kesal. Malangnya bila saya keluar mencari bangkai Atih, tidak berjumpa.
4-Dulu pernah ada seekor kucing jantan ekor panjang hitam penuh datang ke rumah. Sangat segak gayanya. Kucing datang kata orang. Digelar Tam. Saya melayannya dengan baik. Satu masa saya pulang dari sekolah, saya lihat Tam bergelimpang ditepi jalan, pecah kepalanya. Dengan hati yang sebak, saya pulang ke rumah bertukar baju dan kembali mengambil bangkainya.
5-Orang-orang lalu lalang melihat dengan wajah hairan. Tam saya kebumikan di belakang rumah. Esoknya Tam muncul. Iya. Tam. Mungkin yang saya jumpa mati dan tanam sebelumnya itu kucing lain. Dan itu kali terakhir saya lihat Tam yang kemudian terus menghilang.
6-Setiap hari saya mencium Abi, bergurau dengannya. Gurau kasar juga saya sebenarnya. Tarik ekor panjangnya dan julang ke atas. Mula-mula dulu Abi mengeruh garang, sekarang sudah biasa agaknya. Kemudian saya peluk cium makhluk Allah SWT ini. Semakin besar Abi, pasti satu masa nanti perpisahan akan terjadi. Harap-harap generasi waris Abi masih ada untuk saya bela kelak.
No comments:
Post a Comment