Wednesday, March 16, 2011

Bisnes Kedai Makan.

Menyinggah lagi ke kedai Awe. Jujurnya tomyam Awe memang tak sedap. Sekali saja aku makan. Tahun 2008 dulu. Yang lain tu okay la. Biasa la. Lelaki yang masak. Kurang cinta sayang buat resepi.

Aku masak megi, goreng telur dengan rebus ikan untuk kucing, handal la.

Awe hari ni nampak sikit letih. Sebagai memenuhi tuntutan Islam agar mengasihani saudaranya agar diri sendiri dikasihani membuatkan aku bertanya gerangan kegusaran bersarang di taman hati Awe.

Mula-mula Awe geleng-geleng aja. 'Dok ada apa la. Biasa la hidup ni, mesti ada problem.' jawab Awe berdalih.

Aku faham. Bisnes kurang la ni. Jujurnya aku pun tak reti macam mana bisnes kedai makan begini 'rolling capital' mereka. Tapi asas yang aku tahu ialah tengok jumlah pelanggan pun kita tahu sifir turun naik buku lejar akaun kedai.

'Dahla Awe. Bungkus kawe nasi goreng ayam, nasi lebih. Milo ais sekali bungkus.' Awe senyum. Berseri sikit wajahnya. Alhamdulillah.

30 minit kemudian aku pulang ke rumah, dan sambil makan sambil menonton muat turun Youtube-Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel.

Lega dapat menolong Awe 'rolling cash money'. Amin.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA