Wednesday, March 16, 2011

Dalam air keruh



8.64 meter

1-Reptilia ini adalah yang paling saya minati dan geruni. Apakala saya menyelam dalam air, fikiran saya menghasilkan rembesan sel elektrik yang memancarkan imej sang bedal ini sedang mengendap saya sambil mengeruh kelaparan. Itu faktor saya tak pandai-pandai berenang sampai sekarang.

2-Tahun 1994 di Darjah 2 Hijau(kelas kanak-kanak lembap hasil acuan sosial masyarakat), saya dibelikan sebuah buku karya Tok Peran, tak silap, yang dikatakan anak murid Tok Awang Ngah. Terbitan Mulyadi Ent. Buku mengenai Bujang Senang. Waktu itu sedang heboh tentang Bujang Senang di Batang Lupar, Sarawak. Sinopsis cerita ialah mengenai seorang pahlawan Iban yang menjadi jelmaan buaya kerana melanggar pantang. Buku itu selamat dipinjam buat pusaka oleh seorang rakan yang tidak lagi saya jumpa sejak tamat sekolah rendah.

3-Waktu-waktu kecil begitu saya dan adik beradik lain dijaga oleh keluarga Mak Usu disebelah siangnya. Di Kampung Pesisir, Pontian. Pesisir Sungai Pontian. Bila dijengah tingkap dapur, dapatlah dilihat sang buaya berehat dibeting pasir. Seram bila teringatkan waktu air sungai pasang. Saya tidak berani sesekali bermain ditebing sungai. Ada sekali satu kampung kecoh kerana ada budak terjatuh ke dalam sungai, mujurlah dapat diselamatkan. Anak Mak Usu yang sulung pernah bercerita pengalamannya menaiki bot meredah sungai, dapat dilihat buaya-buaya bersidai ditebing. Besar-besar. Sekarang, 2011, rasanya sudah tiada buaya lagi. Tak tahulah kemana perginya. Tebing pasir pun banyak sudah runtuh. Sungai bertambah lebar, tapi sang buaya hilang entah kemana.

4-Ada sekali di kampung Arwah Atuk, seorang saudara bercerita waktu sungai dikorek buat dalamkan dasarnya, mesin jentera 'tersapu' sekali sang buaya. Menggelitik marah binatang itu. Saya kalau berdiri ditebing sungai dikampung, warna airnya yang keruh hitam coklat memang menggerunkan. Tapi ada saudara yang selamba saja masuk ke sungai membasuh tangan dan menjala udang.

5-Paling dekat aku pernah berhadapan dengan buaya ialah di Taman Buaya Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau di Johor ialah di Taman Arapaima. Duduk di wakaf yang bawahnya kolam buaya. Ada seekor buaya yang sangat besar bersidai dibawah. Memang sangat-sangat besar.

He..

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA