Saya membeli multi efek ini pada tahun 2007 di Evo Music, Gurney Plaza, Georgetown, Penang. Harganya agak berat juga bagi seorang pelajar universiti awam (terbaik)-RM600. Turut diberi percuma apa entah saya terlupa, cuma manual BI nya terpaksa saya kembali semula esoknya bagi mendapatkannya. Saya gagal membaca tulisan Itali atau Jerman atau Sepanyol pada manual yang disertakan waktu membayar. Sebenarnya saya telah mencuba dulu multi efek ini beberapa minggu sebelumnya dan berpuas hati juga dengan bunyi yang dihasilkan terutama kelebihan ritma dram yang dibekalkan sekali.
Setelah membelinya, saya dapati saya adalah orang yang 'plug and play'. Kualiti distortionnya agak menjengkelkan.Kedengaran terlalu digital. Saya memadankan unit ini dengan Roland Mcube saya. Telah 2 kali saya membawa unit ini ke studio latihan muzik, oleh kerana kurang minat mendalami manual, maka bunyi yang memuaskan tidak dapat dicari. Akhirnya saya jarang-jarang menggunakannya.
Cuma kebelakangan ini saya mula menghidupkannya semula. Saya cuba
simulate bunyi gitaris yang saya tahu seperti Roy Buchanan dan agak berpuas hati juga kecuali
sustain yang terlalu nipis.
Tidaklah saya simpan preset yang saya jumpa kerana sekadar menggodek-godek begitu saja. Kadang-kadang rasanya dapat juga bunyi Megadeth, cuma perlu distortion yang lebih 'lelaki' bagi lebih meyakinkan. John 5 juga menggunakan unit ini pada rig beliau.
Pelajaran saya dapati ialah jangan percaya dengan iklan reviu demo pedal efek seperti demo di Youtube dalam mencari pedal, ini kerana bunyi yang terhasil dan akan anda dapati berbeza bergantung pada apa yang digunakan. Contoh pendemo mungkin menggunakan ESP MII siap EMG aktif dan amplifier tube, manakala anda cuma berbekal gitar TGM single coil dan amplifier solid state Yamaha. Mana nak dapat bunyi yang sama walaupun menggunakan pedal yang sama?
Ada rezeki lebih rasanya lebih bagus saya cari head amplifier siap dengan kabinet. Pilihan dalam hati tentunya Mesa Boogie Rectifier.
No comments:
Post a Comment