Thursday, March 3, 2011

KEDAI BUKU TERPAKAI CHOWRASTA

1-Dulu masa di Penang, ada la beberapa kali ke Chowrasta. Mula-mula pergi pasal mengikut kawan cari jeruk. Saya tak berapa suka dengan jeruk pasal masa kecil-kecil dulu dimomokkan otak boleh kecut kalau makan jeruk.

2-Usai membeli,naik ke tingkat atas. Untuk pengetahuan Chowrasta ini 1 bangunan yang menempatkan pasar basah/medan asam jeruk dibawah dan diatas ada kedai makan, majoriti kedai jualan kain, selipar dan paling menarik- kedai buku terpakai. Harganya agak sombong. Tapi bolehlah. Teringat kenangan-kenangan lama tiap kali menyelak majalah-majalah/buku-buku/komik-komik lama.

3-Kemudian adalah lagi beberapa trip ke Chowrasta,orang datang cari jeruk, saya cari buku/majalah/komik. Kedai favorit saya ialah 2 kedai dibahagian belakang. Saya tak tahu pemiliknya memang Mamak Penang atau India mari. Ada sekali datang, kedai tutup 2 minggu-pemilik balik India.

4-Kena pandai tawar menawar tiap kali terjumpa longgokan majalah yang kita suka. Saya jumpa majalah Gila-gila(80an), Ujang (Karisma Publication-90an), Wira Tunggal(awal dan suku 2000an), Roda-roda ((90an), ROTTW(awal 2000), Guitarworld(1995), novel-novel lama(untuk kawan perempuan), majalah Bintang Kecil(90 an)(majalah kanak-kanak terbaik dan paling genius pada saya-sebahagian pemikiran saya dibentuk majalah ini pada era tersebut. Teringat kat 'Uncle'), buku-buku masakan(70an,80an,90an,Chef Wan) untuk Mak,novel grafik Disney(2000an) bahasa Indonesia, campuran majalah-majalah lawak(Apo,Ujang MOY,G3), dan banyak lagi. Pekedai juga akan mencadangkan buku majalah yang sesuai berdasarkan apa yang kita tanya dan cari.

5-Memang rambang mata kalau jumpa yang menarik. Siap la poket. Rasanya tak la membazir kalau membeli majalah buku ni kan?Selamat la sikit daripada menuju ke arah menambah koleksi gitar,pedal,dan amp(akan datang!!!!)

6-Lepas itu apa lagi-Line Clear la. Nasi kandar(mahal) powerrrrrr!!!!!!

1 comment:

DINBRASCO said...

As-Salam, beli buku memang tak membazir! Saya membeli pelbagai jenis buku setiap bulan sejak 10 tahun lalu, kira2 150 hinggit sebulan dan buku2 tersebut dijaga dengan baik hingga sekarang. Paling banyak Roda2, National Geographic, Majalah2 moto luar negara.......dan banyak lagi

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA